DISQUS SHORTNAME

Ahad, 10 Mac 2019

Cara mudah menentukan arah kiblat menggunakan smart phone

Hanya dengan menggunakan smartphone, arah kiblat boleh ditentukan dengan mudah dan tepat. Penggunaan kompas untuk menentukan arah kiblat tidak lagi digunakan pada zaman teknologi canggih. Kecanggihan teknologi dan kemahiran serta kepakaran tinggi telah merubah cara menentukan kiblat dengan melalui traditional kepada menggunakan smartphone.
Solat tidak lagi susah untuk dilaksanakan pada masa kini. Hanya berbekalkan telefon pintar, umat islam boleh sembahyang di mana-mana sahaja. Arah kiblat akan ditunjukkan dengan jelas melalui skrin phone. Keterbatasan pengunaan smartphone untuk menentukan arah kiblat ialah sekiranya tiada internet ianya tidak dapat digunakan.
Walau bagaimanapun, hampir semua tempat di dunia ialah telah diliputi dengan jalur lebar. Internet merupakan saluran komunikasi utama di mana-mana negara.
Ikuti panduan mudah ini untuk menentukan arah kiblat menggunakan smartphone.

1) Buka website qiblatfinder. Klik sini


2) Klik got it



3) Klik allow devices camera. (penting untuk klik allow, jika tidak qiblat finder tidak boleh trace arah kiblat)



4) Klik allow devices location (penting untuk klik allow)



5) Perhatikan anak panah arah kiblat yang ditunjukkan di atas skrin smartphone













Rabu, 6 Mac 2019

Ini sebab Vaksin Pneumococcal wajib diambil oleh traveller

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis ( jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).


vaksin untuk traveler
Cucuk vaksin bagi traveller

Streptococcus pneumoniae boleh merebak dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan dari individu ke individu apabila terdapat hubungan secara langsung atau melalui titisan daripada bersin atau batuk dari orang yang dijangkiti. Bukan semua individu yang terdedah kepada bakteria tersebut akan dijangkiti. Sesetengah individu membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti. Kanak-kanak adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.

Vaksin memberi perlindungan terhadap banyak jenis dan strain bakteria . Perlindungan sesuatu vaksin bergantung kepada jenis strain yang terkandung dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal akan membantu merangsang badan menghasilkan antibodi terhadap Streptococcus pneumoniae yang menyebabkan penyakit ini. Ini kerana vaksin mengandungi sebahagian daripada bakteria yang dapat mencetuskan badan untuk membina imuniti terhadap bakteria tersebut . Sekiranya sesorang individu yang menerima vaksin tersebut dijangkiti dengan strain(serotaip) Streptococcus pneumoniae tertentu , antibodi ini akan membantu melindungi individu daripada penyakit.

Dalam erti kata lain, vaksin pneumokokal menyediakan vaksinasi terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain yan terdapat dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal mengandungi strain yang biasanya menyebabkan penyakit pneumokokal. Sekali cucuk boleh bertahan sehingga 5 tahun. Harga berbeza mengikut jenis dan brand ( rm120- rm300) termasuk consultation.
Kredit: FB Nasser Othman


Sabtu, 2 Mac 2019

9 cloud storage percuma dan selamat untuk simpan gambar travel



9 storage ini boleh digunakan untuk menyimpan gambar atau fail secara softcopy dan ianya percuma sahaja. tidak perlu lagi keluarkan duit untuk membeli pend drive at untuk simpan gambar travel. 

Korang yang selalu travel mesti banyak gambar-gambar yang diambil untuk kenangan. Gambar menyimpan pelbagai memori dan tentunya amat bermakna. Selalunya apabila balik travel, bukan sikit gambar yang diambil. Adakalanya mencecah ribuan keping gambar. Tentunya peningkan bagaimana untuk simpan gambar-gambar ini dari memory card. Sayang kalau gambar-gambar travel yang diambil hilang atau fail gambar tidak boleh dibuka. Pergi melancong bukan setiap masa. Sesetengah negara sekali seumur hidup dapat jejak kaki. Tentunya gambar akan menjadi kenangan terindah.


Gambar disimpan sama ada secara soft copy atau hard copy. Tetapi untuk print beribu-ribu gambar tentunya memerlukan budget yang besar. Apa salahnnya menyimpan dalam dua-dua cara. Storage percuma ini memberi kemudahan kepada anda untuk menyimpan gambar-gambar travel tanpa perlu keluarkan duit.

1) Facebook album
Hampir semua orang ada mempunyai akaun facebook. Cara paling mudah, cepat dan selamat ialah dengan menyimpan gambar-gambar travel anda dalam bentuk album. Create album di facebook akan memudahkan anda untuk mencari balik gambar-gambar travel sebelum ini mengikut nama album. Jika sekiranya anda terus memasukkan gambar-gambar di wall facebook tanpa membuat album terdahulu, masalah adalah gambar-gambar tersebut akan hilang ditelan garis masa facebook.semakin lama gambar tersebut semakin susah untuk anda mencari balik gambar-gambar yang sudah diupload. Cara paling mudah ialah dengan membuat album dan namakan untuk memudahkan anda mengingat. Tukar setting album kepada umum, kawan-kawan atau personal memgikut priority untuk berkongsi album gambar tersebut.

2) google drive
Merupakan produk google yang menyediakan storage percuma untuk anda menyimpan fail sebesar. Jika anda mempunyai akaun email gmail maka anda secara automatic boleh menyimpan gambar –gambar travel di google drive

3)jotta cloud
Buka website jotta cloud  sini

4) box.com
Klik  sini
5) dropbox.com
Klik  sini untuk sign up

6) onedrive.live.com
Klik sini
7) mega.nz
Buka laman web mega.nz di sini

8) pcloud.com
Buka website klik sini





9) Instagram travel personal
Buat satu page khusus di instagram untuk anda berkongsi gambar-gambar sepanjang travel. Perkongsian tentang cerita, pengalaman dan suka duka semasa travel di instagram adalah cara paling mudah untuk anda menyimpan segala kenangan dan cerita-cerita yang dilalui sepanjang berkunjung ke negara orang. Jika anda tidak pandai untuk berblog, maka intagram page adalah cara paling mudah. 


Rabu, 27 Februari 2019

Krisis India dan Pakistan semakin tegang. Wisma Putra keluar arahan untuk elakkan dari berkunjung ke negara terbabit


PUTRAJAYA: Berikutan ketegangan antara India dan Pakistan yang tercetus, Wisma Putra menasihatkan warga Malaysia supaya menangguhkan kunjungan “tidak perlu” ke kedua negara itu, terutamanya di kawasan yang paling terkesan akibat konflik berkenaan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagai sebuah negara yang menjalinkan hubungan rapat dengan kedua-dua negara itu, Malaysia menggalakkan India dan Pakistan untuk berdialog dan berunding ke tahap ‘maksimum’.
Wisma Putra turut berpendapat ini selaras dengan harapan negara yang berharap untuk membina suatu susunan antarabangsa yang aman dan stabil.
Jika memerlukan sebarang bantuan, warga Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada talian +911124159300 atau +919319150306 selepas waktu bekerja atau di Islamabad pada talian +95212072900 atau +923000808549 selepas waktu bekerja.

Pada Rabu, Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara, Kashmir.

Langkah itu dilakukan sehari selepas India melakukan serangan udara di kawasan sama, tindakan berani pertama negara itu dalam tempoh 50 tahun, dipercayai untuk membanteras aktiviti keganasan.

Kini India telah menutup sekurang-kurangnya empat lapangan terbang di kawasan utara negara itu, termasuk di Pathankot, Leh, Srinagar, Jammu dan Amritsar, menurut kenyataan seorang pegawai kerajaan India kepada portal berita Reuters.


Tarikh: 27 Februari 2019

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tangguh-perjalanan-ke-india-dan-pakistan-wisma-putra-199749

Selasa, 26 Februari 2019

Cara guna Google Maps tanpa internet


Google maps adalah produk google yang memberikan kemudahan navigasi sesuatu tempat dengan bantuan satelit. Untuk bergerak ke mana-mana setiap kali melancong adalah sangat susah tanpa bantuan maps. Masalah bahasa adalah halangan terbesar yang menyukarkan anda untuk bertanya dengan penduduk tempatan tentang sesuatu tempat. 

Google maps boleh digunakan secara online mahupun offline. Hanya dengan on kan mobile data anda sudah boleh menggunakan google maps secara online. Penggunaan google maps offline dapat menjimatkan data sekaligus menjimatkan budget anda membeli data. 

Berikut adalah langkah-langkah mudah menggunakan google maps tanpa internet. 

1) Klik google maps di telefon anda


2) Klik  garisan 3 bergaris

3) Klik offline


3) Klik download

5) Tunggu proses download selesai



Nantikan pelancaran SMART INNER TRAVEL, inner untuk safety! 

STAY SAFE, KEEP TRAVEL


















Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index