DISQUS SHORTNAME

Khamis, 28 September 2017

Trip ke Singapore: Jalan-jalan cari masjid di Singapore

Jalan-jalan cari masjid di Singapore agak mudah kerana masjid banyak dibina di sini. Muslim di Singapore tidak seramai muslim di Malaysia. Mereka merupakan golongan minoriti di sana dimana kaum majoriti adalah Cina. Di Singapore, agak sukar untuk mencari mall atau shopping complex yang menyediakan kemudahan surau untuk penganut Muslim bersembahyang. Namun terdapat banyak masjid-masjid di Singapore hampir di setiap daerah. Azan tidak dibenarkan dilaungkan kuat melainkan hanya boleh didengari hanya beberapa meter dari kawasan masjid.

Dengan keterbatasan ruang tanah yang ada di sana, masjid disana rata-rata mempunyai lif bagi ruang sembahyang perempuan biasanya terletak di tingkat atas. Tandas dan kepala paip air untuk wuduk menggunakan kepala paip yang disettingkan secara perlahan tidak seperti tempat wuduk di Malaysia. Dapat dilihat poster kempen menjimatkan air di tampal di sekitar tandas.

1) Masjid Sultan di Arab Street

Masjid yang tertua di negara Singapore terletak di kawasan tumpuan pelancong di Kampung Glam. Masjid ini menerima ramai pelancong luar negara sama ada Islam atau bukan Islam yang ingin melihat keindahan seni bina masjid. Pelancong bukan Islam boleh memasuki masjid dengan had yang dibenarkan sahaja bagi mengelakkan gangguan kepada jemaah masjid yang ingin mendirikan solat. Masjid ini turut mempunyai penterjemah bagi membolehkan pelancong bertanya berkaitan dengan masjid secara khusus atau Islam secara amnya. Bagi pelancong wanita yang memakai pakaian yang terlalu terdedah mereka diharuskan untuk memakai jubah bagi menghormati kesucian masjid sebagai pusat ibadah orang Islam. Buat photobook murah gambar percutian anda disini




Masjid utama di Singapore ini seharusnya di kunjungi bagi pelancong Islam. Melancong tidak sekadar makan angin tetapi harus dijadikan salah satu cara mengutip pahala sekurang-kurangnya untuk menyempatkan diri melakukan solat sunat tahiyatul masjid di masjid setiap negara yang dikunjungi.

  

Bersebelahan masjid ini adalah Malay Heritage Centre dan dihadapan masjid ini merupakan Arab street yang sangat meriah dengan suasana seperti di tanah arab pada waktu petang dan malam. Dekorasi kedai-kedai yang terletak disini bertemakan budaya arab. Jika rajin untuk berjalan-jalan di setiap lorong kawasan ini akan ditemukan banyak mural-mural menarik yang boleh dijadikan port mengambil gambar untuk mengabadikan kenangan disini. 

2)Masjid Al Ansar, Bedok

Terletak tidak jauh dari Bedok Interchange yang hanya mengambil masa lebih kurang 7 minit dengan berjalan kaki. Bagi kaki masjid yang ingin melihat suasana dan cara pentadbiran masjid serta mencari masjid untuk kegiatan dakwah di Singapore, masjid ini antara masjid yang senang dan mudah untuk dicari. Keistimewaan masjid ini ialah menyediakan jamuan percuma setiap hari Selasa antara pukul 12 tgh hingga lebih kurang waktu Zohor (atau sehingga habis). Tidak dibenarkan untuk bungkus atau dibawa balik. Bagi pelancong yang berkebetulan musafir dan dalam keadaan kesuntukan budget untuk makan di Singapore boleh makan disini. Jamuan makan yang disediakan sangat sempurna sebagai hidangan lengkap untuk sepinggan nasi dengan bertukar-tukar menu setiap minggu.



3) Masjid Al- Islah, Punggol

Keunikan masjid ini dapat dilihat dan perancangan rapi senireka dan struktur bangunan masjid ini yang terletak di kawasan terhad berhampiran dengan traffic light di tengah-tengah bangunan kediaman di sini. Sebuah bangunan masjid yang sangat sempurna dengan mengambil kira semua keperluan dan susun atur yang perlu ada dalam masjid. Arkitek masjid ini sangat mendalami dan membuat kajian terperinci dalam merangka bangunan masjid dimana setiap ruang dibuat dengan sistematik dengan mengambil kira fungsi-fungsi tertentu. Masjid ini lebih berkonsepkan open air.

 


 
           ruang solat utama 

ruang telekung


Baca tentang sejarah menarik Kelantan di Singapore  di sini. Tidak sah melancong jika tidak shopping membeli cenderahati. 

Klik sini untuk mengetahui lokasi shopping murah di Singapore. Ketahui senarai tempat menarik di Singapore di sini.

Jumaat, 22 September 2017

Trip ke Singapore: 5 port free wifi Singapore jimatkan duit dari roaming intenet

Penggunaan free wifi akan menjimatkan budget ketika melancong di Singapore. Internet merupakan satu keperluan apabila mengembara atau melancong ke mana-mana negara. Di Singapore sebagai sebuah negara yang pesat membangun hampir semua tempat-tempat awam dan tumpuan pelancong menyediakan kemudahan wifi free tanpa perlu roaming untuk menggunakan internet. Jadi adalah tidak susah untuk melayari internet dan kekal berhubung dengan keluarga apabila berkungjung ke sini. 

    1) Changi Airport
Airport yang mendapat pengiktirafan dunia sebagai antara lapangan terbang didunia menyediakan wifi free yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa had. Dengan tahap kelajuan wifi yang tinggi tidak mempunyai masalah melayari internet.



2) Mc Donald
Di Singapore Mc Donald disana boleh dimasuki walaupun tanpa membeli makanan. Ramai penduduk disana yang memasuki Mc Donalds semata-mata untuk menggunakan wifi dan hanya memesan air kosong untuk melepak didalam café.

3) Masjid Sultan
Masjid yang terletak di area Arab Street merupakan masjid lama di Singapore yang dibina beratus tahun dahulu. Disini pihak pengurusan masjid menyediakan wifi free yang boleh digunakan oleh pengunjung masjid. Terdapat banyak  charger port yang boleh digunakan untuk mengecas bateri hanset.


4) Marina Bay Sands
Marina Bay Sand antara tempat tumpuan pelancong utama di Singapore. Ramai pelancong yang datang ke sini untuk bermalam di hotel bagi tujuan untuk akses ke infinity pool yang hanya boleh dimasuki oleh penginap hotel sahaja. Tidak sukar untuk melayari internet secara percuma di sekitar ini kerana dengan mudah wifi free tersedia.

5) Paragon mall
Mall ini menyediakan wifi free tanpa password yang boleh digunakan oleh pengunjung mall.


6) Stesen MRT
Hampir kesemua stesen MRT menyediakan wifi free. Anda boleh menggunakan internet untuk update media sosial tanpa perlu untuk roaming. Lebih menjimatkan wang berbanding membeli sim kad atau roaming.
                                     

Ketahui tempat menarik di Singapore di sini. Baca tentang tips penginapan backpacker  di Singapore di sini. Simpan kenangan manis anda melancong dalam bentuk photobook murah dan jimat di sini.


Rabu, 13 September 2017

Trip ke Singapore: 4 makanan khas Singapore yang wajib dicuba

Jalan-jalan cari makan di Singapore
Pergi ke mana-mana negara adalah tidak sah jika tidak mencuba masakan dari negara tersebut. Setiap negara mempunya signature dish tersendiri. Jika berkungjung ke Singapore antara makanan yang wajib dicuba ialah:

4 makanan khas atau authentic Singapore yang wajib dicuba.

1) Satay Singapore
Apa yang menarik satay disini mempunyai pelbagai jenis satay seperti satay hati, babat (kulit lembu). Bagi yang gemar mencuba masakan berbeza dari Malaysia, satay hati dan babat sesuatu yang perlu dicuba.

2)  Mee siam
Hidangan bersama bihun yang digoreng bersama kuah yang berwarna merah ditabur dengan hiasan seperti telur, daun sup, bawang goreng dan limau sungguh menggiurkan.
Hidangan yang tidak terlalu berat dan dianggap sebagai menu pembuka selera di saat tidak berselera dengan nasi.
Harga yang murah sekitar 2.5 ke 3.5 Sgd untuk semangkuk mee siam di gerai.




3) Sup tulang merah
Sup istimewa dari Negara singa ini mengamit selera untuk dicuba bagi merasai keistimewaannya. Dengan warna supnya merah menyala ianya sesuatu yang cukup asing dengan kebiasaan sup di mana-mana iaitu berwarna putih jernih tanpa colour.



4) Murtabak zam-zam
Muratabak yang sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Murtabak Singapore dimakan bersama dengan kuah kari dimana ianya sangat berbeza bagi tekak orang Kelantan. Hanya di Kelantan murtabak dimakan dengan kuah cuka. Bagi yang tidak biasa dengan kuah kari akan merasakan sedikit muak. Dengan harga murtabak ini lebih kurang 10 Sgd sangat mahal jika ditukarkan ke ringgit Malaysia tetapi ianya sesuatu yang sangat berbaloi untuk dicuba dan berpadanan dengan harga jika dikongsi 2-3 orang.
                                          

Masjid Sultan adalah masjid yang menjadi tumpuan pelancong disini dan seharusnya dilawati. Untuk mengetahui selanjutnya klik sini. Perkongsian tempat shopping best di Singapore disini.

Isnin, 11 September 2017

Trip ke Singapore: panduan lokasi backpackers hostel di Singapore

Tips penginapan di Singapore

Ada 2 pilihan penginapan yang boleh dipertimbangkan jika anda mempunyai budget terhad. Menginap di backpacker hostel di Singapore atau di Larkin, Johor.


1) Bermalam di hostel area bandar Johor

Harga hostel di Singapore sekitar SGD 35. Jika di tukar ke Ringgit Malaysia ianya agak mahal jika travel dalam keadaan budget yang nipis. Adalah lebih jimat jika menginap di hostel sekitar Johor samaada Larkin yang mana harga hostel disini boleh disewa serendah RM 35 ringgit semalam. Tempah hotel di Booking.com atau Traveloka. Perbandingan harga hotel dari 2 laman web ini dapat memberikan anda penjimatan yang berbaloi-baloi. 

Tetapi untuk balik menginap di Johor, menyebabkan anda keletihan kerana terpaksa mengejar bas sebelum bas menamatkan perkhidmatannya. Jika tidak anda terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi atau Grab.Cadangan bermalam di Johor hanya boleh dibuat jika anda benar-benar mempunyai stamina dan tenaga yang banyak serta tidak mengejar masa untuk kembali bekerja. 

Jika memilih untuk pulang bermalam di Johor anda perlu mengambil kira kesesakan yang mungkin berlaku di tambak Johor. Elakkan waktu peak hour semasa warga Johor bergerak pergi dan pulang dari kerja. Keadaan imigresen di kedua-dua arah akan mengalami kesesakan teruk sehingga mengambil masa berjam-jam untuk selesaikan urusan imigresen. 

2) Lokasi backpackers  hostel di Singapore

Di Singapore hostel backpacker yang menyediakan single room atau jenis dorm banyak terdapat disana. Harga walaupun agak mahal jika dibandingkan duit Malaysia tetapi berbaloi dengan masa dan tenaga tanpa perlu berpenat berkejar bas pergi dan masuk serta mempunyai lebih masa untuk berjalan-jalan di sekitar Singapore. Harga hotel biasanya lebih murah di Booking.com. Berikut antara lokasi  backpacker hostel yang mempunyai hostel murah di Singapore.

i) area Bugis street

ii) area Arab street

iii) area Little India 



Baca disini untuk mengetahui senarai tempat menarik di Singapore.


Khamis, 7 September 2017

Trip ke Singapore: bas ke Singapore dari Terminal Bersepadu Salak Selatan (TBS), Kuala Lumpur

1) Bas ke Singapore dari TBS ke Terminal bas Larkin, Johor

Perjalanan ke Singapore dimulakan dari Terminal Bersepadu Salak Selatan (TBS) iaitu terminal bas utama di Kuala Lumpur bagi perjalanan ke selatan tanah air, utara mahupun Pantai Timur. Untuk ke Singapore menggunakan bas boleh membeli tiket terus ke Singapore dengan harga dalam rm 45- rm 55 bergantung kepada syarikat bas. Tetapi bagi yang memilih untuk masuk sendiri Singapore, perlu berhenti di Larkin sebelum mengambil bas harian ke CIQ Johor. Bas ke larkin bergerak setiap jam dengan ticket berharga lebih kurang RM 35. Anda juga boleh membeli tiket terus ke Singapore tanpa perlu turun di Larkin. Tiket boleh dibeli dikaunter secara walk in atau dibeli secara online di Bus Online Ticket.  Pembelian tiket secara online dapat mengelakkan ticket kehabisan terutamanya cuti perayaan atau cuti umum. Perjalanan ke Larkin mengambil masa lebih kurang 5 jam bergantung traffic. 


2) Dari Terminal bas Larkin ke CIQ Johor

Setelah sampai di Hentian Bas Larkin, amik bas harian sama ada 950 ke Woodland, 170 ke Queens Street untuk menuju ke CIQ. Simpan tiket bas ini untuk ditunjukkan semasa naik d checkpoint Johor untuk ke checkpoint Singapore bermakna tidak perlu membeli tiket lagi dan hanya perlu guna tiket yang sama. Disini, tiada pemeriksaan bag dibuat jika mengambil tiket terus ke Singapore, penumpang tidak perlu mengeluarkan barang atau bagasi dari bas untuk pemeriksaan. Hanya perlu turun dari bas bergerak ke imigresen Malaysia dan bersedia untuk cop passport sahaja. Untuk membeli tiket terus ke Singapore klik sini
                     

Selesai urusan cop passport keluar Malaysia, turun ke bawah di bahagian stesen bas iaitu di bahagian hujung, jalan terus selepas kedai runcit dan cari balik bas yang dinaiki tadi untuk menuju ke CIQ Woodland, Singapore. Hanya perlu tunjukkan tiket tadi. Jika tiket direct, hanya naik semula bas yang sama yang akan menunggu di parking bas.

3) CIQ Johor ke CIQ Woodlands, Singapore

Sebaiknya mintak pada driver bas (jika menaiki bas direcr ke Singapore, jika tidak isi di kaunter) yang biasanya akan menyediakan kad putih iaitu kad visa on arrival yang perlu diisi untuk diserahkan kepada kastam Singapore. Untuk tidak membuang masa, tulis dan isi siap2 kad tersebut. Ini kerana, jika di waktu puncak, akan berlaku kesesakan yang sangat teruk di imigresen Singapore

Sebaik sampai di CIQ Woodlands, semua bagasi dan barang-barang perlu diangkut untuk tujuan pemeriksaan Kastam. Disini, tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dalam kawasan imigresen Singapore. Selesai urusan cop passport bahagian Singapore hanya perlu turun  ke bawah dan tunggu bas di bawah bangunan imigresen. Naik bas yang dinaiki tadi untuk ke destinasi yang dituju sama ada Woodlands Interchange, Queens Street atau Bugis Street.

Bagi yang tidak biasa dan pertama kali ke Singapore adalah lebih mudah untuk menaiki MRT yang mana untuk kesini ialah dengan mengambil bas 950 ke Woodlands Interchange dan MRT terletak di bahagian atas stesen bas tersebut dan dikenali sebagai MRT Kranji. Tetapi untuk tidak memeningkan kepala bagi yang pertama kali ke Singapore anda paling baik anda membeli terus tiket ke Singapore. Klik sini untuk membeli tiket secara online.

Untuk mengetahui lokasi penginapan backpacker di Singapore baca disini. Ketahui undang-undang di Singapore elak disaman klik sini.
Baca tentang perjalanan ke Batam dari Singapore di sini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive