Jalan-jalan cari masjid di Singapore agak mudah kerana masjid banyak dibina di sini. Muslim di Singapore tidak seramai muslim di Malaysia. Mereka merupakan golongan minoriti di sana dimana kaum majoriti adalah Cina. Di Singapore, agak sukar untuk mencari mall atau shopping complex yang menyediakan kemudahan surau untuk penganut Muslim bersembahyang. Namun terdapat banyak masjid-masjid di Singapore hampir di setiap daerah. Azan tidak dibenarkan dilaungkan kuat melainkan hanya boleh didengari hanya beberapa meter dari kawasan masjid.
Dengan keterbatasan ruang tanah yang ada di sana, masjid disana rata-rata mempunyai lif bagi ruang sembahyang perempuan biasanya terletak di tingkat atas. Tandas dan kepala paip air untuk wuduk menggunakan kepala paip yang disettingkan secara perlahan tidak seperti tempat wuduk di Malaysia. Dapat dilihat poster kempen menjimatkan air di tampal di sekitar tandas.
1) Masjid Sultan di Arab Street
Masjid yang tertua di negara
Singapore terletak di kawasan tumpuan pelancong di Kampung Glam.
Masjid ini menerima ramai pelancong luar negara sama ada Islam atau bukan Islam
yang ingin melihat keindahan seni bina masjid. Pelancong bukan Islam boleh
memasuki masjid dengan had yang dibenarkan sahaja bagi mengelakkan gangguan
kepada jemaah masjid yang ingin mendirikan solat. Masjid ini turut mempunyai
penterjemah bagi membolehkan pelancong bertanya berkaitan dengan masjid secara
khusus atau Islam secara amnya. Bagi pelancong wanita yang memakai
pakaian yang terlalu terdedah mereka diharuskan untuk memakai jubah bagi
menghormati kesucian masjid sebagai pusat ibadah orang Islam. Buat photobook murah gambar percutian anda disini.
Masjid utama di Singapore ini
seharusnya di kunjungi bagi pelancong Islam. Melancong tidak sekadar makan angin tetapi harus dijadikan salah satu cara mengutip pahala sekurang-kurangnya untuk menyempatkan diri melakukan solat sunat tahiyatul masjid
di masjid setiap negara yang dikunjungi.
Bersebelahan masjid ini adalah Malay Heritage Centre dan dihadapan masjid ini merupakan Arab street yang sangat meriah dengan
suasana seperti di tanah arab pada waktu petang dan malam. Dekorasi
kedai-kedai yang terletak disini bertemakan budaya arab. Jika rajin untuk
berjalan-jalan di setiap lorong kawasan ini akan ditemukan banyak mural-mural
menarik yang boleh dijadikan port mengambil gambar untuk mengabadikan kenangan disini.
2)Masjid Al Ansar, Bedok
Terletak tidak jauh dari Bedok Interchange
yang hanya mengambil masa lebih kurang 7 minit dengan berjalan kaki. Bagi kaki
masjid yang ingin melihat suasana dan cara pentadbiran masjid serta mencari masjid untuk kegiatan dakwah di Singapore,
masjid ini antara masjid yang senang dan mudah untuk dicari. Keistimewaan
masjid ini ialah menyediakan jamuan percuma setiap hari Selasa antara pukul 12 tgh
hingga lebih kurang waktu Zohor (atau sehingga habis). Tidak dibenarkan untuk
bungkus atau dibawa balik. Bagi pelancong yang berkebetulan musafir dan dalam
keadaan kesuntukan budget untuk makan di Singapore boleh makan disini. Jamuan
makan yang disediakan sangat sempurna sebagai hidangan lengkap untuk sepinggan
nasi dengan bertukar-tukar menu setiap minggu.
3) Masjid Al- Islah, Punggol
Keunikan masjid ini dapat dilihat
dan perancangan rapi senireka dan struktur bangunan masjid ini yang terletak di
kawasan terhad berhampiran dengan traffic light di tengah-tengah bangunan
kediaman di sini. Sebuah bangunan masjid yang sangat sempurna dengan mengambil
kira semua keperluan dan susun atur yang perlu ada dalam masjid. Arkitek masjid
ini sangat mendalami dan membuat kajian terperinci dalam merangka bangunan
masjid dimana setiap ruang dibuat dengan sistematik dengan mengambil kira fungsi-fungsi
tertentu. Masjid ini lebih berkonsepkan open air.
ruang solat utama
ruang telekung
Baca tentang sejarah menarik Kelantan di Singapore di sini. Tidak sah melancong jika tidak shopping membeli cenderahati.
Klik sini untuk mengetahui lokasi shopping murah di Singapore. Ketahui senarai tempat menarik di Singapore di sini.
Klik sini untuk mengetahui lokasi shopping murah di Singapore. Ketahui senarai tempat menarik di Singapore di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan