DISQUS SHORTNAME

Selasa, 30 Oktober 2018

Malaysian passport ranked among the best in the world

KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award.
Immigration director-general Datuk Seri Mustafar Ali and Datasonic executive director Steven Ng received the award in Hanoi on Tuesday.
The award was presented during the High-Security Printing Asia Global Conference 2018 held from Dec 3 to 5.
The ePassport was jointly developed by the department and Datasonic’s subsidiary, Datasonic Technologies Sdn Bhd.
Being the first in the world to develop and introduce the ePassport back in 1998, the new version launched in November 2017 has upgraded security features including an embedded chip in the polycarbonate personal particulars page.
The chip’s new position, as opposed to being in the back cover previously, makes the passport harder to forge and allows data to be read easily. — Bernama

Tarikh: 28 Oktober 2018


Sumber: Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/07/msian-epassport-wins-travel-award-it-was-also-a-world-pioneer-created-in-1998/#kLGbfedJ3CF9zRcR.99

Isnin, 29 Oktober 2018

Trip ke Indochina di Vietnam: Tip menjimatkan duit penginapan di Hoi An hotel

Tempat ini merupakan tumpuan pelancong. Harga hotel boleh dikatakan agak mahal bagi yang melancong ke sini secara backpackers. Tetapi, ianya dikira berbaloi jika dapat berkongsi bilik. Bagi yang ingin menjimatkan budget hotel, boleh menginap di area Danang dan mengambil bas harian untuk ke sini. Perjalanan ke sini dari Bandar Danang mengambil masa kurang dari sejam. Bandar bersejarah Hoi An boleh dilawati dalam setengah hari kerana tempat bersejarah tersebut tidak lah sebesar mana.



Bagi yang masih ingin menginap di sekitar Hoi An, terdapat hostel di kawasan belakang Bandar bersejarah yang harganya sedikit lebih murah berbanding hotel-hotel berhadapan dengan kawasan pintu masuk. Tempah hostel lebih murah di Booking.com klik sini. Jika anda ingin membuat perbandingan harga hostel Traveloka sini atau Trivago sini memberikan anda perkhidmatan perbandingan hostel terbaik. 



Hampir tiada makanan halal disini melainkan jika anda ke pasar mungkin boleh membeli sedikit buaha-buahan untuk alas perut. Pilihan lain ialah dengan memasak sendiri. 

Baca info sebelumnya sini. Info seterusnya tentang Danang disini.










Ahad, 28 Oktober 2018

Masuk free di Istana Gyeobokgung, Korea

Jika anda merancang untuk ke Korea.. Ini masanya memasuki Istana Korea dengan percuma. Rancang percutian anda di Korea dan dapatkan penjimatan dengan MASUK PERCUMA ke sini!

Hari Rabu minggu terakhir setiap bulan, korang boleh masuk percuma saja ke Istana Gyeobokgung, istana era Joseon terbesar di Korea!

Tarikh terdekat: 31 Oktober, 28 November, 26 Disember.



Sumber: https://www.facebook.com/kimchimanis/photos/a.177761573043213/306266873526015/?type=3&theater&ifg=1

Pulau Boracay dibuka semula kepada pelancong bermula 26 Oktober 2018

MANILA: Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina dibuka semula kepada pelancong hari ini dengan peraturan baru yang lebih ketat.
Pulau yang pernah menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal.
Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.
Hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.
Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pada April lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’.
Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.
Minggu lalu, setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat, berkata beliau berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’ di Filipina.
Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia.

Tarikh: 26 Oktober 2018

sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2018/10/389812/pulau-boracay-perkenal-peraturan-lebih-ketat?fbclid=IwAR2r-tuko7OMZnBpmbLleYwBsGynQxqgREfoZL-x_sgegEeh4W0Kh-1seRQ

Selasa, 23 Oktober 2018

Trip ke Singapore: 7 taman tema ini tidak akan merugikan tiket anda ke Universal Studio Singapore

Tiket ke Universal Studio Studio sangat mahal beratus-ratus ringit. Tetapi aktiviti-aktiviti menarik yang ada di sana akan menjadikan pembelian tiket anda berbaloi-baloi. Universal studio yang paling dekat ialah Universal studio Singapore. Jika anda ingin merasai pengalaman Universal Studio  tetapi masih lagi tidak berpeluang untuk menjejak kaki ke mana-mana Universal  Studio, pergi sahaja USS yang hanya bersebelahan Malaysia. Konsep Disneyland dan Universal studio hampir sama tetapi Universal Studio merupakan sebuah taman tema yang berkonsepkan filem-filem terkenal dalam dunia. Hanya terdapat 4 sahaja universal studio di seluruh dunia iaitu di California, Florida, Japun dan Singapore.  USS mempunyai 7 tema utama dengan keluasan 20 hektar persegi. Beli tiket ke USS lebih murah di Klook untuk dapatkan diskaun pembelian online di sini.

Aktiviti di USS

1) Zon Sci-Fi-City
      i.            3D Transformer The Ride- The Ultimate Batle
  ii.            Battlestar Galastica Human vs Cyclone



2) Zon Ancient Egypt
      i.            Revenge of the mummy
  ii.            Treasure hunter
                                 
3) Zon Lost World-Jurasic Park
      i.            Canopy Fly
  ii.            Dino-Soarin


4) Zon Madagascar
      i.            Madagascar: A Crate Adventure
  ii.            King julien’s beach party go round
5) Zon Holywood

6) Zon Far Far Away


7) New york 

Beli tiket ke USS murah di sini dengan harga diskaun.

Baca panduan berguna untuk ke USS di sini. Untuk ke Garden by the Bay baca disini.

Buat photobook murah klik sini.

Isnin, 22 Oktober 2018

Trip ke Singapore: 13 Tips berguna untuk ke Universal Studio Singapore

Tip ini penting untuk anda baca jika ingin ke Universal Studio Singapore.
 
1) Elakkan hujung minggu jika hendak puas bermain. Manusia akan bersesak-sesak beratur menunggu giliran. Hari biasa pun kadang sesak jika negara lain tengah bercuti.

2) Beli tiket online. Lebih murah dan tidak perlu beratur panjang membeli tiket. Beli di sini.

3) Masuk masa buka, keluar masa tutup supaya anda dapat mencuba semua permainan.

4) Sediakan air mineral secukupnya. Keadaan sesak jika ramai orang dan panas.

5) Bawak roti, biskut dan sebagainya untuk kudapan disana.

6) Makanan mahal dalam USS. Tapi kalau tidak kisah harga, ada restoran halal dalam tu.

7) Sediakan pakaian tambahan untuk persalinan jika baju terlalu lencun kepanasan atau kebasahan.

8) Beratur di ekspress line atau single line untuk mengelakkan anda beratur panjang dan boleh main banyak permainan.

9) Jika ada duit lebih, beli VIP Pass supaya anda tidak perlu menunggu lama. Tiket akan jadi = tiket  USS + tiket Vipp Pass.

10) Dicadangkan untuk habiskan studio tour dahulu sebelum main game.

11) Alert dengan live show untuk tengok persembahan secara langsung.

12) Ada tempat simpanan locker untuk menyimpan beg. Tetapi free hanya 40 minit.

13) Lebih mudah bawa stroller jika membawa kanak-kanak kecil.  Singapore negara mesra stroller dan keadaan jalannya sangat bebas dari bahaya jalanan.

Baca cara-cara ke USS di sini. Ketahui tarikan terbaru di Singapore Zoo klik sini.


Trip ke Singapore: tarikan utama di Gardens by The Bay

Gardens by The Bay adalah tempat wajib dikunjungi bagi pencinta alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan bungaan. MRT terdekat ialah stesen Bay Front. Taman-taman di sekitarnya adalah free untuk lepak-lepak dan sighseeing. Tempat ini akan diterangi dengan lampu-lampu berwarna-warni pada waktu malam dan suasananya snagat memukau dan mempersonakan. Disinilah juga salah satu tempat pengambaraan dalam cerita Hitman Agent 47. Disini tempat yang ada bangunan macam pokok besar . 

Tarikan utama di Gardens by The Bay:

1) Flower Dorm
Tempat ini sahaja seluas 2 padang bola yang dicantumkan kira-kira 1.2 hektar tetapi berbentuk kubah dan diperbuat dari kaca. 5 taman  tema mengikut bunga dari seluruh dunia dengan jutaan bunga-bungaan pelbagai versi dan jenis. Bunga Sakura dari Jepun dan Korea, Kaktus dari Amerika Selatan dan macam-macam bunga dari negara berlainan. Banyak pokok bunga dan tanaman eksotik boeh dijumpai disini. Jika datang pada musim sakura datang tengok bunga sakura disini tanpa perlu ke Japan. Ada musin tulip mania, dahlia.


Hari: Isnin-Ahad
Waktu operasi: 9 am-9pm

Tiket masuk Flowers Dorm: SGD 28 ( sekali dengan Cloud Forest)

Beli tiket online dan kombo lebih murah dengan harga diskaun di sini.

2) Cloud Forest Dorm
Konsep pembuatan yang sama dengan Flower Dorm iaitu berbentuk kubah daripada kaca. Tempat ini adalah air terjun buatan paling tinggi dan terkenal di dunia. Tarikan utama di  Garden by the Bay. Suasana di tempat ini akan memberikan anda pengalaman merasai suasana hutan yang diliputi bunga-bungaan dan tanaman  dengan air terjun buatan manusia di tengah bandar. Terletak bersebelahan Flower Dorm.
        


3) OCBC Skywalk
Enjoy pemandangan menarik bandar Singapore dari tempat tinggi sambil mengelilingi supertree Groove. Sky bridge ini tidak sesuai untuk orang yang gayat tempat tinggi. Jambatan akan bergoyang-goyang jika berangin kuat. Tempat ini lebih cantik pada waktu malam. Super tree groove show pada pukul 7.45 malam. Show ini sangat lawa dan menarik dengan pancaran lampu warna-warni. Untuk tengok light show ini dengan lebih dekat perlu beli tiket masuk. Naik dalam pukul 7.40 pm dapat tengok light show ini dari atas jambatan gantung. Naik lift ke atas bangunan dan ada jambatan gantung untuk melihat pemandangan pelabuhan, marina bay sand dan kawasan sekitar.


Waktu operasi:

Tiket masuk OCBC Skywalk:  SGD 8


4) Super tree Groove
Bangunan yang berbentuk pokok buatan setinggi 50 meter. Tempat ini akan sangat indah pada waktu malam dengan dihiasi lampu berwarna-warni.


5) Far East Organization Children’s Garden
Taman untuk kanak-kanak beriang ria dan bergelak tawa menikmati taman air sambil bermain-main air.

Tips untuk ke Garden by The Bay ialah datang pada waktu petang dan menjelang malam pengunjung berpeluang melihat pertunjukkan cahaya dan muzik yang dimainkan secara percuma di kawasan Supertree Groove. Elakkan pada waktu tengahari kerana keadaan akan panas. Dapatkan photobook lebih murah dengan harga diskaun di sini.

Baca tentang panduan travel budget di sini. Untuk ke USS klik sini.


Jumaat, 19 Oktober 2018

Panduan jimat berbaloi-baloi membeli tiket diskaun di Singapore Zoo dan USS

Panduan ini akan memberikan anda cara berguna untuk dapatkan tiket diskaun bagi masuk ke Singapore Zoo dan juga USS.

1) Walk in
Tiket boleh juga di beli di kaunter tiket. Tetapi anda terpaksa beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan tiket. Jimat waktu cuti sekolah atau weekend atau pada masa cuti di negara lain, quequ untuk beratur akan panjang dan anda terpaksa menunggu lama. Sangat membuang masa jika terpaksa beratur berjam-jam semata-mata untuk membeli tiket apatah lagi jika anda bercuti dalam masa singkat. Harga tiket semestinya perlu bayar penuh mengikut harga sebenar. Tetapi anda boleh mendapatkan dengan harga diskaun iaitu sedikit murah daripada tiket sebenar dengan meminta ahli keluarga, kawan-kawan membeli tiket di pihak anda. Harga tiket untuk warganegara lebih murah berbanding tiket pelancong.

2) Online
Pembelian online dapat mengelakkan risiko kehabisan tiket dan terpaksa beratur lama membeli tiket. Apa yang lagi best, beli tiket online adalah lebih murah daripada harga walk-in. Ianya lebih murah kerana anda boleh membeli dengan harga diskaun yang ditawarkan di website-website pelancongan yang sudah established. Beli tiket murah di Klook atau di KK Day untuk dapatkan diskaun tiket masuk ke mana-mana termpat menarik berbayar di Singapore sama ada Singapore Zoo, USS, Flower Dome, Sentosa Island dan lain-lain.  2 laman web ini akan memberikan anda diskaun membeli tiket masuk ke tempat menarik di Singapore.

3) Tiket Kombo
Rancang percutian anda supaya anda dapat membeli tiket dengan lebih jimat. Ini kerana di Singapore, ada beberapa tempat masuk yang boleh dibeli tiket secara kombo. Pembelian tiket secara kombo lebih jimat berbaloi-baloi berbanding beli tiket satu-satu. Beli tiket online sini atau sini atau sini.

Ketahui panduan ke USS baca disini dan Singapore Zoo di sini. Simpan kenangan percutian anda dalam bentuk photobook murah dan jimat di sini.

Trip ke Singapore: tarikan menarik di Singapore Zoo

Banyak tarikan menarik yang boleh dibuat di Singapore Zoo diuruskan oleh Wild life Reserves Singapore yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus, memulihara dan melaksanakan semua aktiviti di sini. Terdapat 4 park yang boleh anda kunjungi disini. Setiap park  memberikan anda pengalaman berbeza melalui  aktiviti berbeza. Aktiviti yang terdapat di zoo ini sangat berbeza dengan dan pengalaman yang tidak sama memasuki zoo lain di mana-mana negara.

1) Singapore Zoo

Tempat paling gembira bagi pencinta haiwan. Disini anda boleh meet and greet haiwan dengan lebih dekat.

Aktiviti utama disini;
i) Melihat kehidupan haiwan liar dan ganas dan pelbagai jenis haiwan seperti berada dalam hutan. (cheetah, zirafah, badak zumbu dan sebagainya)
ii) “Splash sari show” –pertunjukan singa laut
iii) Pertunjukan elephant
iv) Mandi-manda di kolam bagi kanak-kanak
v) Pertunjukan api


Hari: Isnin-Ahad
Waktu:  8.30am - 6pm
Tiket Singapore Zoo: SGD 35 (Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)

2) River Safari

River safari berkonsepkan zoo dan aquarium  dengan keluasan 12 hektar persegi. Terletak diantara Singapore Zoo dan Night Safari Singapore. Matlamat utama tempat ini adalah menyediakan tarikan hidupan air di tepian sungai sambil melayari bot.  Disini boleh temukan 6000 spesis binatang termasuk 40 spesies binatang terancam.


Aktiviti utama:
i) Menyelusuri sungai menggunakan bot sambil melihat kehidupan binatang air dan juga binatang yang hidup di pesisir sungai.
ii) Melihat kehidupan haiwan yang hidup di dalam kolam-kolam air.
                                                  
                                         
                                         
                                         

Hari: Isnin-Ahad
Waktu: 10am - 7pm 
Tiket River Safari: SGD 35 (Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)
                                     

3) Night Safari 


Bersebelahan sahaja dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di dunia. Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti majoriti haiwan yang lain. Di sini anda dapat melihat lebih daripada 2500 ekor haiwan daripada 130 spesies. Antara zon yang terdapat di sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley.

Aktiviti utama:
1) Meneroka kehidupan haiwan noktumal sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki tram safari yang disediakan.
2) Pertunjukan binatang pada waktu malam.
3) Makan malam sambil mengelilingi zoo melihat binatang buas.
                         
                         
                         

Hari: Isnin-Ahad
Waktu Operasi: 7.15pm – 12.00am
Tiket Night Safari: SGD 35 (Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)

                                          


4) Jurong Bird Park 


Taman burung terbesar di Asia meliputi kawasan seluas 49 hektar. Juga terkenal sebagai taman burung paling famous di dunia. Disini terdapat konservasi pelbagai jenis burung dari seluruh dunia termasuk dari jenis bangau. Taman ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin membawa anak-anak menghadapi cabaran dalam hutan tetapi bertemankan pelbagai spesies burung. Sangat bermanfaat bagi ibu bapa memperkenalkan pelbagai spesies burung dalam proses memberi pendidikan kepada anak-anak. Baca lanjut di sini
                                                 


Tips membeli tiket ke Singapore Zoo


1) Belian tiket secara Park Hopper iaitu 4 dalam 1 tiket masuk dalam 7 hari termasuk tram rides (Singapore Zoo, Jurong Bird Park, Night Safari) dan boat rides (River Safari). Kalau beli satu-satu jumlah tiket ialah SGD 144 tanpa rides. Sangat mahal. Tetapi harga tiket kombo boleh dapat SGD 88 klik sini.

2) Pembelian tiket secara online lebih murah dan ada diskaun berbanding walk in di kaunter. beli disini

3) Lebih baik beli tiket online bagi mengelakkan anda terpaksa beratur panjang. Check harga tiket sini.

Buat photobook murah dan jimat disini. Untuk ke tempat menarik free baca disini

Panduan mudah ke Sentosa Island atau Universal Studio Singapore (USS) menggunakan MRT dan bas

Hanya dengan menggunakan MRT dan bas anda dengan mudah dapat pergi ke Sentosa Island atau USS. Ramai yang akan ke Singapore semata-mata untuk pergi ke USS. Ini cara mudah untuk pergi ke Sentosa Island samada USS, SEA Aquarium atau Palawan Island dan lain-lain.

Cara mudah ke Sentosa Island:


1) Ambik MRT dan turun di stesen Harbour Front. (Anda perlu pandai membaca peta MRT kerana perlu bertukar stesen. Biasanya stesen pertukaran ialah di Outram Park)

2) cari signboard Vivo City (shopping kompleks).

3) di Vivo City, naik tingkat 3 Lobby L

4) Beli tiket Sentosa Express ke Sentosa Island. Tiket SGD 4 pergi balik dan untuk pusing satu  Sentosa Island.

5) Dari Sentosa Island turun mengikut tempat yang dituju.
Uss-turun di Imbiah Station.
Sky ride- turun di Beach station

Atau
1) ambik bas atau MRT  turun di Harbour Front
2) ambik bas sentosa express (RwS8)
3) tambang SGD 1

Atau
Dari stesen Harbour Front jalan kaki ke Sentosa Island.

Baca tentang tarikan utama di USS klik sini. Untuk ketahui tempat menarik free baca disini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive