DISQUS SHORTNAME

Khamis, 30 April 2020

Lokasi baru terminal bas seksyen 17, Shah Alam

Terminal bas Shah Alam dipindahkan secara rasmi pada 1 Mei 2019  bertempat di Seksyen 17. Dikenali sebagai Terminal bas Shah Alam  mengantikan stesen bas sementara di Seksyen 13 berdekatan dengan Stadium Shah Alam.

Terminal ini lebih up to date dengan kecanggihan sistem pembelian tiket secara online serta aturan keluar masuk bas yang lebih teratur dan sistematik.

Turut ditempatkan di terminal bas ini ada ruang teksi. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, ruang makan dan menunggu, lot kedai, surau. Kekurangan utama di terminal ialah ketiadaan parking yang mencukupi. Namun masalah ini boleh diatasi memandangkan di laluan ini terdapat kemudahan bas Smart Selangor iaitu SA 04 dan juga SA 03. Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan kesukaran mendapatkan parking kereta, dicadangkan untuk ke terminal dengan hanya menggunakan kemudahan bas Smart Selangor.

Lokasi terminal bas ini bersebelahan dengan Columbia Asia Hospital. Berhadapan dengan terminal ini ada gerai makan manakala pada setiap hari Selasa terdapat pasar malam yang meriah menjual pelbagai jenis makanan, sayur, pakaian dan pelbagai lagi.

Bagi tujuan pembelian tiket, anda juga boleh mendapatkan tiket secara atas online melalui ??? atau ???

1) pemandangan dari luar terminal bas


   

2) pemandangan dalam terminal bas

 
















Selasa, 28 April 2020

COVID-19: langkah keselamatan dan kesihatan sebelum dan dalam penerbangan demi terbang dengan selamat bersama AirAsia

COVID-19: Terbang dengan selamat bersama AirAsia - Berikut adalah langkah keselamatan sebelum dan dalam penerbangan
Untuk memastikan anda tiba dengan selamat di destinasi anda
Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini kepada anda, lebih-lebih lagi apabila kami bersiap-sedia untuk memulakan perkhidmatan penerbangan tidak lama lagi.

Kami tidak sabar untuk sekali lagi menghubungkan orang ramai ke destinasi mereka, dan menyedari kewajipan untuk melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.

AirAsia bekerjasama rapat dengan pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mematuhi nasihat pakar mereka.

Kami memerlukan kerjasama anda untuk mengikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar:
Anda perlu memastikan kelayakan untuk melakukan perjalanan sebelum menempah sebarang penerbangan tidak kira penerbangan domestik atau antarabangsa. Sila rujuk di sini untuk menyemak senarai sekatan perjalanan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi sebelum membuat perjalanan. 

Semua tetamu AirAsia dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya dengan cara yang betul sebelumsemasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasiTetamu tanpa topeng muka tidak dibenarkan menaiki pesawat.

- Hanya SATU bagasi kabin yang tidak melebihi 5kg dibenarkan bagi setiap tetamu. Langkah ini untuk memastikan penjarakan sosial terutamanya semasa proses menaiki dan turun dari pesawat dan mengurangkan kontak antara bagasi anda dan tetamu lain. Maklumat lanjut ada di sini

- Sila tiba sekurang-kurangnya 3 jam lebih awal sebelum waktu perlepasan untuk memastikan anda mempunyai masa secukupnya untuk menyelesaikan kesemua proses yang diperlukan.
Bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan tertinggi terpelihara pada setiap masa, berikut adalah beberapa langkah yang diambil oleh AirAsia sebelum dan semasa penerbangan:
Pembersihan pesawat:

Pesawat akan menjalani pembasmian kuman termasuk pembersihan sepenuhnya menggunakan bahan pembersih mengikut Manual Penyelenggaraan Pesawat Airbus (AMM) oleh pasukan pembersihan profesional

Untuk setiap hentian semalaman, pesawat menjalani prosedur pembersihan yang teliti selama 2 jam, selaras dengan arahan daripada pihak berkuasa kesihatan

- Untuk maklumat lanjut mengenai proses pembasmian kuman pesawat, klik di sini.
Sebelum penerbangan:

Semua tetamu AirAsia dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya dengan cara yang betul sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasiTetamu tanpa topeng muka tidak dibernarkan menaiki pesawat.

Pemeriksaan suhu akan dilakukan di beberapa lokasi, termasuk di balai berlepas

Kru kabin akan menjalani pemeriksaan suhu selepas setiap syif 

Penjarakan sosial akan diamalkan dengan lantai ditanda di kawasan beratur, termasuk di kaunter daftar masuk & kiosk

Kaunter daftar masuk secara selang-seli akan dibuka untuk memastikan penjarakan sosial

Cecair basmi kuman akan disediakan di setiap lokasi pemeriksaan untuk tetamu dan kakitangan

Kabin pesawat akan dibasmi kuman melalui penyemburan aerosol sebelum berlepas untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa

Taklimat pra-penerbangan mengenai keselamatan dan kebersihan akan dilakukan untuk semua kru kabin bagi memastikan semua dikemas kini dengan nasihat terkini

Daftar masuk web dan mudah alih tanpa sentuhan bagi mengurangkan kontak permukaan dan fizikal semasa proses daftar masuk dan menaiki pesawat
Dalam penerbangan:

- Semua pesawat AirAsia menggunakan penapis HEPA untuk penapisan udara bertaraf hospital, yang menapis 99.999% zarah debu dan bahan pencemar di udara seperti virus dan bakteria

- Semua kru kabin akan menggunakan alat pelindung termasuk topeng muka dan sarung tangan

- Kami akan mengamalkan penjarakan tempat duduk, bergantung kepada kepadatan pesawat, untuk tetamu bergerak di dalam zon masing-masing, dengan bantuan kru kabin

Keselamatan Makanan
    - Semua hidangan disediakan dan dibungkus dengan bersih mengikut syarat-syarat keselamatan makanan yang ketat
    - Semua kakitangan produksi akan dipantau secara berkala mengikut garis panduan Covid-19
    - Kru kabin yang mengendalikan makanan hendaklah memakai sarung tangan

Kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan apa jua situasi perubatan ketika dalam penerbangan termasuk mengenal pasti dan mengasingkan sesiapa yang menunjukkan gejala kurang sihat

Pemeriksaan suhu akan dilakukan sebelum tiba di destinasi di mana proses ini adalah wajib
Ketibaan:

Borang pengisytiharan kesihatan akan diedarkan dan perlu diisi sebelum atau semasa ketibaan

Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan semasa ketibaan

Penumpang transit harus berada di lapangan terbang

Wajib menjalani kuarantin mengikut peraturan di negara destinasi anda
Bagaimana anda boleh memastikan keselamatan diri?

Anda dinasihatkan untuk mematuhi langkah pencegahan perlindungan yang disyorkan secara universal, seperti mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

Anda diingatkan sekali lagi, bahawa anda dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasi. Jika tidak, anda tidak dibenarkan menaiki penerbangan tersebut.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan kami tidak sabar untuk terbang bersama anda lagi.

Kapten Ling Liong Tien
Ketua Penguatkuasaan Keselamatan
AirAsia

Isnin, 27 April 2020

Cara mudah kumpul mata big point Air Asia

Korang yang suka travel mesti tahu, antara cara murah mendapatkan tiket Air Asia selain daripada beli tiket pada waktu promosi, anda juga boleh menebuskan mata big point yag terkumpul untuk mendapatkan tiket ke sesuatu destinasi. Korang juga patut tahu cara mudah kumpul mata big point Air Asia.


Tetapi, jika hanya mengharapkan mata big point melalui pembelian tiket air asia semata-mata, korang perlu menunggu lama untuk mengumpul mata point yang mencukupi sebelum dapat menebus point tersebut. Air asia hanya memberikan ganjaran  1point untuk setiap ???
Point akan dikreditkan ke akaun big point korang sekurang-kurangnya  sebulan selepas pelepasan. Bermakna korang perlu ada akaun air asia sendiri untuk memastikan korang dapat mengumpul mata big point. Jika korang belum ada akaun, klik dan sign up akaun big point korng

Namun, sekarang korang boleh menggunakan 2 cara yang akan diterangkan dengan detail dibawah bagaimana untuk mengumpul mata big point dengan cepat dan pantas tanpa memerlukan modal wang yang banyak.

1) Big pay kad.
Ini cara pertama untuk mengumpul mata big point Air Asia. Dengan menggunakan kad big pay, korang boleh mengumpul mata point Air Asia dengan mudah. Kad ini berfungsi seperti kad debit biasa seperti kad bank. Tetapi kelebihan membuat pembayaran dengan menggunakan kad ini ialah, korang akan diberikan ganjaran mata big point untuk:

i) Setiap RM 50 untuk 1 point yang dipindahkan ke dalam kad.
ii) Setiap RM20 untuk 1 point bayaran dengan menggunakan big pay kad untuk shopping di mall, supermarket, website e-commerce lazada, shopee,  isi minyak, pembayaran bill dan sebagainya.
iii) Setiap RM 1 untuk 2 point bagi pembayaran shopping di overseas.

Paling best untuk korang selalu travel ke luar negara,  kad ini boleh digunakan di mana-mana mesin ATM  di luar negara dengan kadar tukaran mata wang yang agak tinggi berbanding dengan penukaran di money changer. Kad big pay memang sangat membantu memudahkan urusan para pelancong tanpa perlu lagi memikirkan keselamatan wang yang dibawa. Dengan hanya sekeping kad big pay, anda boleh travel ke mana-mana sahaja tanpa perlu risau untuk menukar wang terlebih dahulu.  Selain itu untuk pembayaran tiket Air Asia anda tidak akan dikenakan processing fee. Sangat best kan?

Ini langkah bagaimana korang dengan mudah dapat memohon kad ini. Ikuti langkah mudah dibawah:
STEP 1
Mula-mula install apps BIGPAY kat dalam Play Store atau App Store
STEP 2
Lepas tu sign up kad BigPay ni guna handfon kita je
STEP 3
Masukkan kod ni
V206MDKMKM untuk claim RM10 PERCUMA dari Air Asia. Tak ambik ni rugi la, siapa nak bagi duit free?
STEP 4
Dah selesai semua, top up RM20 untuk aktifkan kad. Top up ni boleh guna kad kredit or online banking. Dah settle.
*Once activate, dalam account ada RM10(referral code)+RM20 =RM30
STEP 5
Kad tu dia akan pos ke alamat kita, dlm 5 - 7 hari bekerja dah sampai, tak payah bayar apa-apa utk pos. Tunggu je kad sampai kat rumah sambil goyang kaki.

Tak perlu pergi bank, atau pergi mana-mana kaunter untuk nak buat kad ni. Mudah sangat.

2) Shopback cashback

Tapi sebelum itu, ada ada bagusnya korang kumpul duit daripada setiap pembelian online daripada mana-mana platform e commerce seperti lazada, shopee, agoda dan sebagainya.

Aplikasi ini membenarkan korang untuk mendapatkan balik sedikit cashback daripada setiap pembelian dari mana-mana platform e commerce yang  terdapat dalam shopback.

Melalui aplikasi ini, korang akan akan diberikan cashback bergantung pada platform e commerce dan juga jumlah pembelian. Semakin banyak pembelian, semakin banyak pulangan  cashback korang dapat.

Korang jangan risau kerana terdapat berpuluh-puluh  e commerce yang korang boleh guna melalui aplikasi ini. Terdapat e commerce untuk shopping barangan kecantikan, fesyen, pelancangon,  dan banyak lagi.



Caranya mudah sahaja:

i) download aplikasi shopback di link ini klik sini

ii) korang sign up untuk daftar

iii) setiap kali korang nak beli melalui shopee,lazada, zalora atau apa sahaja..korang hanya perlu masuk melalui aplikasi ini terlebih dahulu.

Mudah kan untuk mengumpul duit daripada setiap pembelian.

3) YouGov point
Pernah tak korang terfikir hanya dengan menjawab soalan-soalan soal selidik korang dapat menebus dengan mata big point Air Asia? Perkongsian ini sangat benar guys bukan tipu atau scammer. Cuba korang tengok gambar di bawah jika tak percaya. Ianya benar!

Jadi macam mana korang dapat mengumpul big point Air Asia melalui YouGov? Untuk pengetahuanr korang, You Gov adalah merupakan web yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan berkaitan apa sahaja yang memfokuskan respondennya dari kalangan orang Asia. Hasil kajian dari laman web ini banyak digunakan untuk menunjukkan respon masyarakat tentang sesuai isu atau perkara.
Untuk menjawab soal selidik dari web ini korang perlu berdaftar dengan sign up free  klik sini register akaun korang dengan mengikuti langkah-langkah mudah yang ditetapkan.

Soal selidik akan dihantar ke email korang dari masa ke semasa. Pastikan korang sentiasa membuka email untuk menjawab soal selidik yang berkaitan. You Gov akan memberikan anda mata ganjaran setiap kali selepas anda menjawab soal selidik. Mata ganjaran yang terkumpul dari akaun You Gov boleh ditebus ke mata ganjaran Air Asia. Setiap 5000 mata You Gov untuk 2500 mata big point Air Asia.

Jadi rajin-rajinkan diri korang untuk selalu menjawab soal selidik yang dihantar. Semakin banyak anda menjawab soal selidik, semakin banyak mata ganjaran You Gov, semakin cepat anda boleh menebus ke mata big point Air Asia.

Good luck guys!
Selamat terbang dan mengembara!

Khamis, 23 April 2020

5 kelebihan mengembara mengikut agama Islam

Di sesetangah negara, sektor pelancongan merupakan sector utama menjana pendapatan negara. Thailand antara negara yang betul-betul memfokuskan pelancongan untuk pendapatan negara malah untuk ekonomi rakyatnya. Pelancangon  pada kaca mata sebuah negara adalah sumber mendapatkan wang untuk pembiayaan dan juga perbelanjaan tetapi pada sudut yang lebih kecil sebagai seorang manusia yang beragama islam, aktiviti melancong adalah aktiviti untuk menjana pahala. 


Kelebihan pelancongan pada sesebuah negara adalah untuk menjana pendapatan untuk negara tetapi bagi Muslim terdapat 5 kelebihan mengikut agama Islam apabila nelancong iaitu:


1) Mengikut perintah  Allah dalam ajaran Islam
Perkataan kembara atau berjalan yang bukan sekali disebut dalam quran untuk memerintahkan manusia supaya berjalan melakukan perjalanan di atas muka bumi ini. Jika muslim sedar dan mengetahui tentang perintah ini dan melancong ke mana-mana negara semata-mata memenuhi perintah Allah, semoga untuknya mereka diganjari pahala yang banyak serta menjadi hamba Allah yang menurut perintah walaupun sekecil perintah dari Allah taala.

2) Mengikut sunnah nabi ketika mengembara
Asbab hijrah nabi, muslim pada hari ini diberikan ruksah untuk melaksanakan solat secara jamak, qasar atau jamak dan qasar. Meneladi apa yang dibuat nabi ketika mengembara, orang islam boleh melakukan perkara yang sama berkaitan solat sebagai keringanan dalam menjalankan kewajipan solat 5 kali sehari. Qasar solat yang boleh dilakukan dalam keadaan musafir sahaja mengikut syarat-syarat tertentu umpamanya musafir untuk perkara yang baik.

3) Doa makbul
Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih).
Ketika anda melancong, rebut peluang untuk memanfaatkan setiap detik yang ada untuk sentiasa berdoa kepada Allah. Manusia hanya perlu berdoa dalam hati sahaja tanpa perlu mengangkat tangan berdoa kerana Allah taala yang maha mengetahui, maha mendengar maklum akan segala permintaan anda sekalipun tanpa lisan menyebut. Inilah keistimewaan menjadi muslim. Tanpa perlu ke masjid atau tanpa hamparan sajadah, muslim boleh berada dalam dimana-mana sahaja pada bila-bila masa tanpa mengira situasi atau keadaan.

Banyakkan berdoa untuk keselamatan, kesihatan, kekayaan, kemewahan, kegembiraan, ketenangan, untuk diri sendiri, keluarga, jiran, kawan, keturunan, malah untuk seluruh penduduk muslim dan penduduk bumi di dunia ini.

4) Petua panjang umur dengan bersilaturahim ketika mengembara
Ramai mungkin tidak menyangka nabi telah memberikan petua untuk mendapatkan umur panjang melalui hadisnya. Antara asbab panjang umur ialah dengan menyambung dan memelihara silaturrahim, Sabda nabi seperti tsabit daripada hadis Anas juga:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang suka untuk diluaskan baginya rezeki, dan dipanjangkan umurnya, maka sambungkanlah silaturrahim.
Hadis riwayat al-Bukhari dalam al-Sahih (2067)

Silaturahim bukan sahaja terhad kepada sesame keluarga sahaja. Tetapi jauh lebih luas daripada itu, muslim perlu bersilaturahim menjangkaui sempadan negara, bangsa, agama, kaum, bahasa atau warna kulit. Sebagaimana asal ciptaan manusia untuk beribadah kepada allah tetapi hikmah lebih besar diciptakan manusia berbeza-beza adalah untuk saling mengenali antara satu sama lain. siapa sangka dakwah untuk menyebarkan islam pada kaum yang belum beragama islam berlaku asbab mengenali mereka semasa melancong.

5) Mengembara sambil berdakwah
Dakwah iaitu tugas menyebarkan ajaran islam tidak mungkin akan tersebar ke seluruh pelusuk maya jika nabi tidak mengutuskan para sahabat untuk berhijrah dan mengembara ke negara lain. Penyebaran Islam di China berlaku atas perintah Khalifah Usman bin Affan kepada Saad Bin Abi Waqqas untuk menjadi penyebar Islam di bumi Canton salah sebuah wilayah di China.

Namun sebagai Muslim biasa, dakwah boleh dilakukan dengan cara yang paling mudah dan simple iaitu melalui akhlak diri. Penampilan tingkah laku yang baik adalah modal paling mudah dan murah untuk menarik bukan Islam di negara yang dilawati untuk lebih mengenali Islam.

Jadi mengembaralah. Itu salah satu tanggungjawab kita sebagai Muslim. Sambil mengembara, sambil menghilangkan stress sambil mengumpul pahala. Kembara dengan hati, kembara dengan iman.

Rabu, 22 April 2020

Pelancongan muslim adalah ibadah

Budaya travel atau melancong bukan semata-mata untuk berseronok atau melepaskan tekanan semata-mata. Dengan kemudahan teknologi dan sistem pengangkutan udara, laut atau darat, melakukan perjalanan merentas negara bukan lagi satu masalah besar. Hari ini, manusia melakukan perjalanan merentas ribuan kilometer hanya dengan satu ke dua hari perjalanan sahaja.
Sebagai seorang muslim, seharusnya aktiviti melancong atau mengembara bukan sia-sia. Seorang muslim yang suka mengembara perlu merebut setiap kembara sebagai satu perjalanan untuk mengumpul pahala. Menukar aktiviti kembara kepada satu perjalanan mencari redha Allah adalah satu pelaburan wang, masa, tenaga yang amat bermakna. Justeru, aktiviti melancong perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar dan  luas iaitu sebagai satu ibadah.
Saranan untuk travel atau mengembara ada disebut di dalam al Quran melalui Surah Muhammad Ayat 10
"Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu".

Nabi Muhammad turut ditugaskan untuk mengembara oleh Allah. Tetapi kembara nabi bukanlah seperti manusia biasa. Kedudukannya sebagai nabi dan rasul telah meletakkan baginda di tempat teristimewa sehingga Allah taala memperjalankan nabi pada malam israk mikraj ke sidratul muntaha. Perjalanan nabi ke sana dengan menaiki buraq disemadikan dalam quran melalui ayat ???. Daripada kembara nabi ini, umat Islam diberi pengajaran tentang bagaimana  nabi melihat neraka sebagai pusat derita dan syurga sebagai tempat yang penuh kenikmatan. Perjalanan nabi ini menjadi pengajaran terbesar untuk umat Islam supaya menjauhkan perkara dosa dan membanyakkan amalan untuk mendapat syurga. Kembara yang singkat, tetapi memberi erti pengajaran yang amat bermakna bagi umat Islam yang mahu berfikir.

Anjuran melakukan kembara bukan la semata-mata untuk menjamu mata dengan pemandangan menarik. Tetapi ianya perlu dilakukan sebagai satu perjalanan kerohanian melihat alam sebagai salah satu kebesaran ciptaan Allah. Perjalanan dari satu negara ke negara lain  hanyalah satu perjalanan kosong tanpa pengisian rohani.

Seorang muslim perlu menjadikan aktiviti mengembara sebagai  satu platform ibadah. Niat yang betul menjadikan pengembaraan adalah medan terbaik untuk mengumpul pahala. Seharusnya perbuatan seorang muslim tidak sia-sia walau sesaaat apatah lagi aktiviti mengembara memerlukan modal wang, masa dan tenaga yang banyak. Jika hanya mengharapkan habuan duniawi iaitu keseronakan semata-mata adalah tersangat rugi.
Dengan pelaksaaan aktiviti melancong yang betul berlandaskan syariat , pelancongan dan pengembaraan adalah sejadah bagi seorang muslim. Teruskan melancong sambil mengumpul pahala.

Selasa, 21 April 2020

Larangan melancong dalam Islam ketika wabak Covid 19

Tahun 2020 tiada siapa menyangka dunia dikejutkan dengan penularan wabak covid 19. Virus yang merebak ke seluruh pelusuk dunia telah menyebabkan aktiviti masyarakat dunia terhenti dan tergendala. Manusia hidup terkurung akibat daripada virus yang mudah menjangkiti manusia lain tanpa sedar. Secara tidak langsung aktiviti melancong turut tergendala. Walau bagaimanapun larangan melancong ketika wabak telah lama diperintahkan oleh Allah kepada umat Islam.


Covid 19 telah mencetuskan pandemic kepada manusia sehingga mengistiharkan who untuk mengistiharkannya secara rasmi pada ??.  butang pandemic yang dikeluarkan oleh WHO merupakan petanda aras wabak ini tersebar tanpa kawalan dengan begitu cepat sekali ke seluruh dunia. Memburukkan lagi keadaan, ketiadaan vaksin untuk virus menjadikan pesakit covid 19 hanya bergantung pada ubat sedia ada dan menjadi percubaan bagi agensi kesihatan untuk menjadi makmal hidup kepada eksperimen vaksin untuk covid19.

Namun apa signifikan virus ini kepada sector pelancongan dan kaki pelancong?. Islam memerintahkan bukan sahaja individu malah negara untuk menjaga soal maqasid syariah. 5 maqasid utama ialah akal, agama, nyawa, harta dan keturunan.

1400 tahun dahulu, nabi Muhammad telah mensabdakan sebuah  hadis yang berbunyi:
“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, telah berlaku penularan wabak di kawasan pemerintahnya. Seorang sahabat nabi telah dijangkiti wabak tersebut. Lalu Saidina Umar bin Khattab bercadang untuk menziarahi tetapi membatalkan hasratnya setelah mendengar hadis yang dibacakan oleh  Saidina Abdul Rahman b Auf r.a berkaitan wabak.

Jika seorang nabi dan telah dijanjikan syurga begitu patuh akan terhadap apa yang disyariatkan oleh Allah, siapakah anda untuk tidak mematuhi arahan daripada hadis tersebut? Jika wasiat daripada nabi untuk keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta kemaslahatan awam dipandang enteng, apakah kaki pelancong muslim pada hari ini terlalu berani merisikokan kesihatan diri untuk dijangkiti virus Covid 19.
Istilah lockdown atau kuarantin telah pun mula diperkatakan oleh nabi sejak dari dahulu lagi. Kuarantin adalah sebahagian daripada perintah Allah yakni ajaran islam sebagai langkah menangani penularan wabak.  Inilah wasiat terpenting yang perlu dibuat baik untuk individu, negeri atau negara bagi mengekang mana-mana wabak daripada terus tersebar.
Kaki pelancong patut mempertimbangkan hadis ini sebagai langkah mengelakkan menjadi “ transmitter”  penularan wabak  kepada orang lain.Sebagai langkah keselamatan dan kesihatan diri semestinya pertimbangan wajar perlu diambil untuk menjauhkan diri daripada tempat atau negara yang terkena wabak.

Covid 19 telah tersebar dengan cepat dan meluas melalui warga China yang diberitakan telah keluar secara beramai-ramai untuk bercuti. Akibatnya lapangan terbang menjadi pusat penyebaran virus. Mereka mungkin menjadi mangsa covid 19 tanpa mengalami apa-apa simpton. Sedar atau tidak sedar, lapangan terbang adalah tempat yang wajib dijauhi buat masa sekarang sehingga keadaan benar-benar pulih. Inilah langkah terbaik yang perlu diambil bagi mengelakkan penularan kembali virus ini.

Sebagai kaki pelancong dengan mengambil kira segala situasi dan mematuhi arahan daripada pihak kesihatan serta kerajaan, tindakan untuk menangguhkan melancong ke luar negara adalah tindakan bertanggungjawab. Tidak hilang negara yang ingin dilawati, tetapi jika hilang nyawa ia pergi tanpa dapat kembali. Wang boleh dicari tetapi nyawa hanya satu. Gunakan pertimbangan yang wajar dan akal yang waras untuk menilai sesuatu keputusan sama ada untuk teruskan melancong atau menangguhkan perjalanan.

Rabu, 15 April 2020

7 cara mengumpul pahala melalui melancong

Sekalipun melancong, anda tetap boleh mengumpul pahala melalui aktiviti pelancongan. Tidak susah mengumpul pahala jika anda tahu asasnya. Sekalipun duit habis untuk berbelanja ketika melancong tetapi hati gembira malah pahala tetap ada untuk kebaikan dunia dan akhirat.

1) Niatkan perjalanan untuk tujuan yang baik
Setiap sesuatu dimulakan dengan niat. Tanpa niat sesuatu perkara mudah terpesong daripada apa yang dirancang. Beruntung menjadi muslim. Hanya dengan niat, dapat pahala. Setiap kali merancang sesuatu perjalanan, niatkan musafir untuk perkara yang baik. Sekalipun perjalanan tersebut atas urusan kerja, perniagaan atau semata-mata melancong.

2) Jaga iktilat (batas pergaulan sesama jantina)
Melangkah keluar dari negara sendiri menuju ke destinasi pelancongan luar negara, pelbagai perkara perlu dihadapi. Apa pun keadaan dan situasi yang bakal dihadapi, usahakan untuk menjaga batas pergaulan sesama jantina atau berlainan jantina serta tatasusila sebagai muslim. Islam mengariskan pergaulan antara lelaki sama lelaki atau lelaki dengan perempuan tetap ada batas sempadan sekalipun anda berada di negara orang.

3) Pelihara aurat
Semasa melancong kita mungkin pernah berhadapan dengan perbezaan cuaca. Hidup dalam kebiasaan cuaca yang tidak sejuk dan tidak panas adalah satu nikmat bagi warga Malaysia. Namun di negara luar, cuacanya tidak sama dengan negara ini. Cuaca terlalu panas menguji iman wanita muslim. Menutup aurat dalam keadaan cuaca luar biasa panas amat mengugat iman. Manusia diberi pahala sesuai dengan kesukaran yang dihadapi. Semakin sukar untuk menutup aurat, semakin banyak pahala. Maka, tetapkan iman untuk terus menutup aurat jika berkunjung ke negara –negara luar pada musim panas.

4) Jangan tinggal solat
Ketika bermusafir sama ada untuk melancong, muslim diberikan kelonggaran untuk melaksanakan solat secara jamak, qasar atau jamak dan qasar. Inilah kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi meringankan beban solat untuk solat 5 kali sehari. Rebur peluang ini sebaiknya untuk terus bersolat sekalipun secara jamak atau qasar ketika melancong. Ruksah solat ini bukti islam adalah agama yang memberi kemudahan dan kesenangan kepada umatnya dalam apa jua keadaan.

5) Hubungkan silaturahim dengan masyarakat setempat
Mengenali budaya masyarakat setempat akan memberikan perspektif baru kepada minda. Minda lebih terbuka menerima perbezaan individu malah perbezaan merentas budaya, negara, agama, bahasa dan sebagainya. Pengalaman sebegini membantu untuk hidup dalam masyarakat yang berbilang agama di Malaysia. Toleransi dalam kehidupan berbilang budaya adalah sebahagian ajaran Islam. 2 kabilah yang berbeza iaitu Aus dan Khazraj pernah mencapai perdamaian dan  hidup bertoleransi di zaman Nabi Muhammad sehingga dicemburui oleh pihak Yahudi.

6) Ziarah perkampungan muslim atau melayu
Islam  telah pun tersebar ke serata alam. Umat islam berada di mana-mana diatas bumi. Islam memandang muslim sesame muslim adalah bersaudara. Hubungkan tali persaudaraan muslim di negara yang dilawati. Begitu juga rumpun Melayu yang banyak terserak di negara- negara luar. Komuniti melayu telah menjadi minoriti di negara-negara seperti Australia, Thailand, Filipina, Myammar, dan sebagainya. Sabda nabi:
“Barangsiapa ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim”. (Hadis Riwayat Anas)

7) Ziarah masjid
Dalam hadis nabi, disebutkan ada 3 masjid yang perlu di ziarah bagi orang muslim iaitu.
Tidak sepatutnya keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali) pergi ke tiga masjid berikut iaitu masjidil haram di mekah, masjid rasul (masjid an nabawi di madinah dan masjidil aqsa di palestin. (hadis riwayat bukhari).

Mana-mana muslim yang berkemampuan untuk menjejakkan kaki ke  negara sila berbuat demikian. Namun bagi yang belum berkesempatan, usahakan untuk menjejak kaki ke setiap masjid di mana-mana negara lawati. Nabi bersabda:
“Daripada Abu Qatadah Rasulullah bersabda “ apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehingga dia mengerjakan 2 rakaat solat tahiyatul masjid”.
Semoga 2 rakaat solat tahiyatul masjid di negara-negara yang dilawati menjadi saksi bahawa anda adalah muslim beriman.


Sabtu, 4 April 2020

Keenakan murtabak resepi asli di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur

Keenakkan murtabak menggunakan resepi asli tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi yang pernah merasai kelazatannya pastinya akan kembali membelinya. Menu ini sangat mudah dijumpai, kebiasaannya dijual di pasar malam. Bagi warga kuala lumpur yang ingin merasai murtabak enak dan lazat dengan rasa asli murtabak boleh membeli dari gerai Ana terletak di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Tidak susah untuk mencari gerai ini kerana ia satu-satunya gerai yang menjual murtabak betul-betul berhadapan dengan ruang masuk utama pasar tersebut dan bersebelahan dengan Balai Polis Bot, Kuala Lumpur.


                           

Dengan harga serendah RM 4 sebiji, anda dapat menikmati kelazatan murtabak asli dengan isi daging/ayam yang penuh dan padat bersama-sama adunan rempah ratus khusus untuk murtabak. Keenakan murtabak disini tidak dapat dinafikan lagi. Rasa rempah murtabak dan inti daging/ayam memang sedap dan mempunyai rasanya tersendiri. Jika anda ingin merasai murtabak dengan rasa asli, gerai ini adalah pilihan tepat.


Murtabak disini dihidangkan bersama kuah cuka bersama bawang. Hidangan kuah cuka adalah signature murtabak versi Malaysia. Bagi orang Singapore, murtabak mereka dimakan bersama dengan kuah kari. Tetapi bagi rakyat Malaysia, murtabak cukup dimakan bersama kuah cuka. Masam manis kuah cuka sudah cukup membangkitkan selera untuk menikmati sekeping murtabak. Inilah rupa sebenar hidangan murtabak versi Malaysia.



Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive