DISQUS SHORTNAME

Selasa, 31 Oktober 2017

Trip ke Singapore: 9 tempat menarik free di Singapore

Singapore antara negara yang sangat best untuk melancong. Banyak tempat-tempat menarik di Singapore yang boleh dikunjungi dengan menggunakan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas dan juga MRT  yang efisyen  dan banyak tanpa perlu menunggu lama menjimatkan masa dan kos untuk bergerak ke satu tempat yang lain. 

Tempat menarik yang free di Singapore

1)   Marina Bay
Tempat yang cukup relaks dan tenang untuk bersantai sampai melihat keindahan bandar Singapore dengan bangunan pencakar langit dari tepian sungai.


2)   Merlion Park
Tugu singa yang mengeluarkan air merupakan tempat yang mesti datang untuk mengabadikan kenangan disini. Mercu tanda Singapore selain Marina Bay.

3)   Helix Bridge
    Reka bentuk jambatan ini sangat menarik dan jika waktu malam lagi lawa. Jambatan yang menghubungkan antara Espalanade dan Marina Bay.

4)   Harbour Front
    Jetty ini merupakan tempat menaiki ferry ke Batam dan juga persinggahan untuk ke Sentosa Island. Tetapi disini juga sangat best untuk santai-santai sambil melihat kapal dan ferry serta menikmati keindahan pelabuhan. Jika rajin boleh membeli belah di Vivo Mall.

5)   Kg Glam 
    Perkampungan Melayu di Singapore yang telah pun berubah menjadi kawasan tumpuan pelancongan. Jika disini boleh melawat Istana Kg Glam yang merupakan bekas Istana raja di Singapore.

6)   Arab Street
    Tumpuan utama ke sini ialah Masjid Sultan yang merupakan masjid utama di Singapore dan antara tertua di negara tersebut. Perkarangan masjid ini akan bertukar menjadi "Little Arab" menjelang waktu petang. 

7)   Bugis Street
    Disini tidak lain ialah tempat untuk membeli belah di Singapore. Ada shopping mall dan ada juga bazar yang menjual barang yang lebih murah terutamanya cenderahati. 

8)   Chinatown
Ianya seperti petaling street di Malaysia. Dengan pelbagai barangan cenderahati dan pakaian yang dijual murah berbanding tempat lain. Disini lebih kepada kawasan perniagaan kaum Cina. Terdapat Masjid Jamek Chulia berhampiran dengan Chinatown. Majid ini kurang tumpuan berbanding Masjid Sultan.

    9) Little India
Umumnya kawasan ini merupakan kawasan penempatan warga India yang menetap di Singapore. Disini seni bina bangunan banyak yang menyerupai seni bina India dengan ukiran dan motif pada bangunan daripada kebudayaan India. Banyak barangan India yang boleh didapati disini termasuk makanan, pakaian, cenderahati dan sebagainya. 

Banyak lagi tempat menarik di Singapore yang wajib dikunjungi seperti USS, Sentosa Island dan lain-lain. Baca selanjutnya disini. Untuk panduan ke USS klik sini.

Buat photobook murah dan jimat di sini


Panduan jimat menaiki bas ke Singapore Zoo dari Johor Bharu

Disini adalah panduan jimat menaiki bas dari Johor Bharu bagi rakyat Malaysia yang hendak ke Singapore Zoo. Singapore Zoo sangat menarik dan best. Tempatnya lebih besar dan happening berbanding zoo negara. Singapore Zoo, River Safari, dan Night Safari terletak di kawasan yang sama (Mandai). Ada beberapa cara ke Mandai dan ini ialah yang paling senang dari JB menggunakan public transport.


Cara-cara ke Singapore Zoo dari Johor Bharu


1) Bus CW1/950 ke Kranji MRT
2) Kranji MRT ke Choa Chu Kang MRT (2 stations)
3) Bus 927 ke Singapore Zoo

Cara-cara ke Jurong Bird Park dari JB


1) Bus CW1/950 ke Kranji MRT
2) Kranji MRT ke Jurong East MRT (5 stations)
3) Tukar red line ke green line @ Jurong East MRT
4) Jurong East MRT ke Boon Lay MRT (3 stations)
5) Bus 194 ke Jurong Bird Park

Jika menggunakan kereta sendiri perjalanan hanya mengambil masa 15-20 minit dari Woodland  checkpoint. Untuk parking, anda perlu reload autopass di 7e memandangkan parking di Singapore memerlukan anda menggunakan Autopass card. Caj parking adalah S$3/hour dan maximum adalah S$10/entry.

Untuk masuk ke Singapore Zoo dan Jurong Bird Park memerlukan tiket.  Baca selanjutnya di sini. Adalah sangat berbaloi dan lebih murah untuk membeli tiket kombo atau 2 park dan secara online. Check tiket untuk dapatkan diskaun. Pembelian  di Klook  lebih jimat, murah dan berbaloi-baloi dengan diskaun yang banyak klik sini.

Tarikan terbaru di Singapore Zoo bakal memukau mata anda, Rainforest Lumina Night Walk Singapore Zoo. Untuk ke USS baca perkongsian sini.

Rabu, 25 Oktober 2017

Jejak sejarah Kelantan di Singapura sangat mengujakan.




Sejarah Kelantan terpahat di jalan di Singapore. Sebaik terpandang sign board ini hati terasa berbunga banga dan gembira melihat nama Kelantan diabadikan pada jalan di sini. Satu perasaan yang sungguh teruja kerana berjumpa tanpa dengan sengaja setelah merayau-rayau tanpa arah tujuan. Sesat yang memberikan kenangan manis dan bangga dengan orang-orang lama Kelantan yang berjuang mencari nafkah hidup sehingga ke singapura.

Semasa sedang makan di salah sebuah gerai di Haeig Road, berbual-bual dengan pak cik dan mak cik yang duduk di kerusi depan. Dari topik ringan-ringan dengan sapaan duduk kat mana sehingga laa berlanjutan kepada isu negara berkaitan politik, budaya dan sejarah negara.

Sekali lagi, terkejut apabila pak cik tersebut membuka cerita perihal Kelantan Road memandangkan aku memperkenalkan diri sebagai orang Malaysia yang berasal dari Kelantan. Kelantan sangat familiar baginya kerana figura politik yang disanjung seluruh Negara iaitu almarhum tok guru Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan merangkap Musyidul Am Pas, sebuah parti politik dominan dalam parti politik di Malaysia.

Aku diceritakan dengan lebih lanjut perihal sejarah kewujudan Kelantan Road dimana suatu ketika dahulu kawasan tersebut merupakan kawasan penempatan ramai orang Kelantan yang berhijrah ke Singapura. Pada tahun 1970 an memang ramai orang Kelantan yang berhijrah mencari rezeki di Singapore. Pembangunan di Singapore pada hari ini sedikit sebanyak dari keringat peluh orge Kelantan yang banyak mengisi tenaga buruh dalam sektor pembinaan dan juga di pelabuhan Singapore

Tetapi akhirnya mereka ini telah dihambat atau diusir dari tempat tersebut kerana isu-isu yang timbul. Aku syak mungkin sebab pembangunan kawasan tersebut diambil alih untuk membina bangunan dan pusat komersil yang lebih menguntungkan berbanding dijadikan kawasan penempatan yang berpotensi menjadi kawasan setinggan. Mungkin juga kerana semangat assobiyah “orge klate” yang tidak disenangi oleh pemerintah Singapura. Berhampiran Kelantan Road, terdapat nama yang sangat signifikan dengan Malaysia iaitu Perak Road yang turut diabadikan pada jalan disini. 

Sesungguhnya apabila melancong atau melawati ke  mana-mana negara satu perasaan yang sangat bangga apabila  signature-signature dari negara ini dapat dilihat di negara asing.

Selasa, 24 Oktober 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: Tips pengangkutan murah di Batam

Tip memilih pengangkutan terbaik jika berkunjung ke Batam. 

Jika kesini satu cara yang paling murah untuk meneroka ke seluruh Batam ialah dengan menggunakan bas. Tambang bas disini ialah 4000 rupiah tanpa mengira jauh atau dekat perjalanan. Kondisi bas lengkap dengan aircond dan radio serta masih mengekalkan konduktor bas. Namun jika tidak bernasih baik, ada bas yang kelihatannya sangat uzur dengan tiada tangga. Untuk naik ke dalam bas, anda perlu memanjat. Kebiasaan bas seperti ini digunakan untuk perjalanan yang agak jauh ke pedalaman Batam. Bas di sekitar bandar berkeadaan baru, moden, dan bersih serta beraircond.

Disini juga ada bas van yang mana tambang bagi teksi jenis ini lebih kurang 7000 rupiah. Ianya dikendalikan oleh orang perseorangan yang menjalankan teksi tanpa permit yang sah.
Tetapi, jika ingin bergerak cepat ke mana-mana destinasi pilihan mudah ialah dengan menaiki teksi yang tersangat banyak di Batam. Tambahan pula  grab crab turut menyediakan perhidmatan disini.

Untuk perjalanan yang tidak begitu jauh sekiranya malas berjalan kaki terdapat banyak teksi motor atau dipanggil ojek yang bersedia membonceng anda membawa ke destinasi yang ingin dituju. Disini, kehidupan mereka sangat susah dengan peluang pekerjaan yang terhad. Ramai yang menggunakan pelbagai cara yang ada untuk mencari sumber rezeki termasuk juga dengan hanya berjualan pelbagai jenis kekacang dan menjaja dari satu tempat ke tempat lain. Dapatkan photobook murah dan berbaloi-baloi di sini.

Baca tentang sejarah Kelantan di Batam klik sini. Untuk mengetahui lokasi hotel murah baca sini

Sabtu, 21 Oktober 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: penginapan percuma di Batam

Bagi backpackers yang ingin berjimat dengan penginapan, boleh menumpang tidur di Masjid Raya Batam yang merupakan masjid utama di Batam. Untuk kesini dari pelabuhan utama Batam Center tidak lah begitu jauh. Dengan hanya 10 minit berjalan kaki.

Bagi yang ingin menjimatkan kos boleh menumpang tidur di dalam kawasan Masjid Raya Batam. Hanya perlu memberitahu kepada pengawal keselamatan masjid dan mereka akan memberikan bilik kosong. Walau bagaimanapun, bilik yang disediakan tidak berkunci justeru keselamatan beg dan barang-barang yang ditinggalkan ketika keluar bersiar-siar adalah menjadi tanggungjawab sendiri.

Bilik ini merupakan bilik pengajian pada waktu siang. Dan malamnya pihak pengurusan masjid memberi kebenaran kepada pelancong muslim yang ingin bermalam di masjid tanpa mengenakan apa-apa bayaran tetapi mereka akan meminta passport untuk dipegang. Passport ini akan dikembalikan semula apabila pelancong ingin keluar dari masjid tersebut. Bilik tersebut hanya beralaskan karpet usang. Justeru, bagi yang ingin tidur selesa bertilamkan katil, selimut dan bantal, bermalam di masjid ini amatlah tidak sesuai.

Untuk ke masjid ini daripada jetty Batam Central hanya perlu berjalan kaki sahaja dan boleh menggunakan laluan shortcut untuk cepat sampai. Masjid terletak berhadapan dengan Batam jetty, Batam Centre tetapi perlu melintasi kawasan padang  berhadapan dengan bangunan ala-ala muzium kesultanan Melayu.Namun, sekiranya anda bertanya arah kepada penduduk tempatan apatah lagi kepada teksi motor mereka tidak akan menjawabnya dengan jujur. Adalah lebih mudah dan mempercayai google maps. 


Baca pengangkutan untuk ke Batam dari Singapore di sini. Ketahui tentang lokasi hotel strategik di Batam baca disini.

Isnin, 16 Oktober 2017

Trip ke Singapore: Lokasi makanan halal dan murah di bandar Singapore

Lokasi makanan halal di Singapore agak mudah untuk dijumpai disini. Jika berkunjung ke Singapore perkara yang wajib di ketahui apabila hendak makan di mana-mana tempat ialah dengan menyemak status halal kedai terbabit. Kebiasaanya restoran akan mempamerkan logo halal di depan kedai mereka menunjukkan kedai tersebut telah mendapat status pengiktirafan halal daripada MUIS iaitu badan agama Islam yang menyelaraskan perkara berkaitan hal ehwal agama Islam di Singapore.

Di medan selera pula akan disediakan 2 bahagian untuk makanan halal dan tidak halal termasuk juga tempat pemulangan pinggan dan gelas turut diasingkan.

1) Geylang serai
Terletak di Jalan Geylang bersetentang dengan Joo Chiat Kompleks terdapat medan selera yang menyediakan makanan halal. Penjual disini rata-ratanya melayu dan mamak. Banyak variety makanan yang boleh dicuba disini antaranya cendol, nasi beriyani, otak-otak, sup tulang merah dan sebagainya.

    2) Heig Road
Medan selera ini terdapat satu barisan kedai-kedai halal. Disini terdapat pelbagai jenis masakan seperti mee siam, satay, lontong dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.

    3) Kg Glam
Merupakan perkampungan melayu di Singapore yang wujud sejak beratus tahun dahulu. Disini letaknya masjid sultan dan disekitarnya terdapat banyak kedai makan dan juga restoran halal yang menyediakan pelbagai jenis masakan.

4) Little India
Kawasan perniagaan kaum India di Singapore  yang mudah untuk mendapatkan makanan halal di kawasan ini. Kaum India ramai yang vegetarian, makanannya boleh dimakan tanpa was-was kerana tidak melibatkan daging binatang yang perlu disembelih dahulu.

5) Bedok interchange
Keluar dari stesen MRT menuju ke stesen bus interchange. Keluar dari stesen bus interchange akan ada satu medan selera halal dan non halal di tepi mall tersebut yang juga merupakan tempat pertukaran bas.



Jika berkunjung ke Singapore menu authentic ini wajib di cuba. klik siniBaca disini untuk tempat menarik di Singapore.



Jumaat, 13 Oktober 2017

Trip ke Singapore: Panduan MRT untuk ke tempat menarik di Singapore

Kemudahan pengangkutan di Singapore banyak menggunakan bas dan juga MRT iaitu train antara Bandar. Tidak seperti di Malaysia, rakyat Singapore jarang yang mempunyai kereta. Kemudahan bas sangat efisyen dan banyak serta berlepas mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Adalah sangat mudah untuk menggunakan pengangkutan awam disana tanpa perlu menunggu lama. Penggunaan MRT untuk ke tempat-tempat menarik di Singapore sangat memudahkan. Dengan menggunakan tourist pass atau kad Ezlink kos pengangkutan lebih mudah dan menjimatkan.

Ezlink merupakan kad yang mempunyai digunakan untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan dengan bas dan juga MRT tanpa perlu menunggu panjang untuk membeli tiket terlebih dahulu. Kad ini banyak digunakan oleh warga Singapore untuk ketika menaiki kedua-dua pengangkutan ini ditambah pula melalui penggunaan kad ini pengguna akan mendapat potongan tambang sebanyak 20%.


Selain itu, kad Ezlink berfungsi sebagai debit kad yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran di hampir banyak kedai seperti 7e. Kad ini boleh dibeli di stesen MRT dengan harga 15 Sgd dengan jumlah kredit didalamnya 5 Sgd.Berbeza dengan tourist pass yang hanya boleh digunakan untuk tujuan menaiki bas atau MRT tanpa had mengikut jenis kad yang dibeli. Tourist kad boleh dibeli di stesen MRT tertentu sahaja dan deposit 10 Sgd akan dipulangkan semula apabila kad dipulangkan. Namun hanya  di stesen MRT tertentu sahaja. Untuk detail tentang tourist pass boleh layari website ini..Klik siniUntuk detail tentang MRT klik sini.

      (1)   Botanical Garden - MRT Botanic Garden (Exit Botanic)
(2) Chinatown - MRT Chinatown (Exit China St)
(3) Clarke Quay - MRT Clarke Quay (Exit Boat Quay)
(4) Little India - MRT Little India (Exit Tekka St)
(5) Farrer Park - MRT Farrer Park
(6) Mustafa Shopping Centre - MRT Farrer Park
(7) Marina Bay Sand - MRT Marina Bay (Exit Bayfront)
(8) Explanade - MRT Promenade (Exit Bayfront)
(9) Helix Bridge - MRT Marina Bay (Exit Bayfront)
(10) Merlion Singapore - MRT Raffles Palace (Exit Promenade)
(11) Sentosa Island - MRT Harbour Front (Take express train from VIVO CITY level 3)
(12) Universal Studio Singapore - Express Train Sentosa
(13) Sipiso Beach and Palawan Beach - Express Train Sentosa
(14) Bugis street - MRT Bugis (Exit Bugis Street)
(15) Masjid Sultan - MRT Bugis (Exit Masjid Sultan)
(16) Arab Street - MRT Bugis (Exit Masjid Sultan)
(17) Malay Heritage Centre - MRT Bugis (Exit Masjid Sultan)
(18) Garden by the Bay - Exit Bayfront (Exit Garden by the Bay)
           (19) Zoo Singapore- MRT Chao Chu Kang

      Baca disini tentang tips penginapan di Singapore. Untuk mengetahui lokasi makanan halal dan murah dia  Singapore klik sini.

Rabu, 11 Oktober 2017

Trip ke Singapore: 8 Tempat menarik yang wajib dikunjungi di Singapore (2)

sambungan part 2: tempat menarik di Singapore

5) SEA Aquarium

Kalau Malaysia mempunyai Akuaria di KLCC tetapi disini akuarianya lebih besar dengan pelbagai jenis hidupan air. 100, 000 ribu haiwan air dari 8000 spesies akan memberikan mata anda haiwan air yang tidak pernah dilihat di mata anda. Walaupun tempat ini berbayar tetapi ianya jauh sangat berbaloi untuk masuk di sini berbanding Aquaria. Aquarium yang sangat besar dan pelbagai jenis hidupan unik sangat mengujakan apatah lagi anak-anak anda. Untuk tiket masuk ke sini, klik sini untuk check harga tiket. 
                  

6) Jurong Bird Park

Taman burung yang menempatkan lebih 5000 ekor dari 400 spesies burung. Pengunjung boleh bermain-main dengan burung yang jinak dan melihat pelbagai jenis burung berbeza warna, bentuk, nama dan spesies. Untuk pencinta burung dan unggas tempat ini sangat best melihat warna-warni burng dan pelbagai variasi burung. Untuk beli tiket online ke Jurong Bird Park klik sini. Pembelian tiket secara online memang lebih murah dari di kaunter. Baca detail disini tentang aktiviti menarik di Jurong Bird Park.


7) Esplanade 


Rekabentuk bangunan yang unik seperti sebuah durian. Ianya merupakan theathre yang berbentuk gedung membeli belah. Ruang dalaman dan reka bentuk theathre ini dicipta untuk memenuhi sebuah theathre terbaik untuk pencahayaan dan juga muzik. Di Espalanade sendiri terdapat pelbagai tarikan lain yang boleh dikunjungi seperti  Visual Arts Space, Perpustakaan, Outdoor Threatre dan lain-lain. Terletak berhampiran dengan Merlion Park.


8) Clarke Quay

Menaiki bot air yang akan menyelusuri di sepanjang sungai membawa anda menikmati keindahan waktu malam di sekitar Marina Bay, Merlion Park dan sebagainya. Clarke Quay merupakan pusat perdangangan terpenting di Singapore sebelum Singapore menjadi sebuah bandaraya maju dan moden. Hari ini tempat ini masih lagi menjadi tempat sibuk yang menyediakan perkhidmatan river cruise kepada pelancong. 

Tidak susah untuk ke tempat-tempat menarik di Singapore dengan hanya menggunakan MRT anda boleh sampai ke destinasi menarik dengan mudah dan cepat. Klik sini untuk panduan MRT ke tempat menarik seluruh Singapore. Ketahui lokasi shopping di Singapore di sini.


Isnin, 2 Oktober 2017

Trip ke Singapore: 3 lokasi shopping best di Singapore

Lokasi shopping murah ini dapat menjimatkan poket anda membeli cenderahati murah di Singapore. Sekiranya melancong tidak sah jika tidak membeli cenderahati sebagai kenangan melawat sesuatu negara. Banyak koleksi keychain, fridge magnet, t shirt yang dijual disini kebiasaanya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat shopping murah di Singapore. Bazar-bazar ini sangat sesak dengan pelancong asing yang pastinya mengambil kesempatan membeli belah barangan cenderahati.

Tidak hanya menjual cenderahati, disini juga turut menjual pelbagai barangan lain seperti kasut, handbag, makanan dan minuman yang boleh didapati dengan mudah dan harga yang jauh lebih murah. Tempat shopping cenderahati murah di Singapore adalah:

i)                 Bazar Mustafa di area Little India


ii)             Bugis market

                               

iii)          China town



Jika anda perlu menggunakan wifi free baca baca selanjutnya disini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive