Sejarah Kelantan terpahat di jalan di Singapore. Sebaik terpandang sign board ini hati terasa
berbunga banga dan gembira melihat nama Kelantan diabadikan pada jalan di sini.
Satu perasaan yang sungguh teruja kerana berjumpa tanpa dengan sengaja setelah
merayau-rayau tanpa arah tujuan. Sesat yang memberikan kenangan manis dan
bangga dengan orang-orang lama Kelantan yang berjuang mencari nafkah hidup
sehingga ke singapura.
Semasa sedang makan di salah sebuah gerai di Haeig Road,
berbual-bual dengan pak cik dan mak cik yang duduk di kerusi depan. Dari topik
ringan-ringan dengan sapaan duduk kat mana sehingga laa berlanjutan kepada isu
negara berkaitan politik, budaya dan sejarah negara.
Sekali lagi, terkejut
apabila pak cik tersebut membuka cerita perihal Kelantan Road memandangkan aku
memperkenalkan diri sebagai orang Malaysia yang berasal dari Kelantan. Kelantan
sangat familiar baginya kerana figura politik yang disanjung seluruh Negara
iaitu almarhum tok guru Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan
merangkap Musyidul Am Pas, sebuah parti politik dominan dalam parti
politik di Malaysia.
Aku diceritakan dengan
lebih lanjut perihal sejarah kewujudan Kelantan Road dimana suatu ketika dahulu
kawasan tersebut merupakan kawasan penempatan ramai orang Kelantan yang
berhijrah ke Singapura. Pada tahun 1970 an memang ramai orang Kelantan yang berhijrah mencari rezeki di Singapore. Pembangunan di Singapore pada hari ini sedikit sebanyak dari keringat peluh orge Kelantan yang banyak mengisi tenaga buruh dalam sektor pembinaan dan juga di pelabuhan Singapore
Tetapi akhirnya mereka ini telah dihambat atau diusir dari tempat tersebut kerana isu-isu yang timbul. Aku syak mungkin sebab pembangunan kawasan tersebut diambil alih untuk membina bangunan dan pusat komersil yang lebih menguntungkan berbanding dijadikan kawasan penempatan yang berpotensi menjadi kawasan setinggan. Mungkin juga kerana semangat assobiyah “orge klate” yang tidak disenangi oleh pemerintah Singapura. Berhampiran Kelantan Road, terdapat nama yang sangat signifikan dengan Malaysia iaitu Perak Road yang turut diabadikan pada jalan disini.

Sesungguhnya apabila
melancong atau melawati ke mana-mana negara
satu perasaan yang sangat bangga apabila
signature-signature dari negara ini dapat dilihat di negara asing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan