DISQUS SHORTNAME

Sabtu, 31 Mac 2018

Trip Indochina:Perjalanan overland merentas sempadan Phnom Penh ke Ho Chi Minh City

Fasa 3 Trip Indochina: Overland Kemboja ke Vietnam
Overland dari Kemboja ke Vietnam memasuki bandar yang paling banyak melakukan perhentian iaitu HCMC, Mui Ne, Dalat, Hoi An, Danang dan Hanoi sebelum meneruskan memasuki sempadan China. 

Tiket bas boleh di tempah melalui pihak hostel atau membeli sendiri dengan survey di kedai-kedai tour yang banyak terdapat di sekitar kawasan belakang Royal Palace. Pastikan anda membeli tiket yang menyediakan khidmat pick up dari hostel ke stesen bas. Perjalanan ke stesen bas mengambil masa agak lama dengan tempatnya yang agak jauh ditambah dengan kesesakan bandar Phnom Penh.

Tiket boleh dibeli sama ada untuk perjalanan siang atau malam. Perjalanan ke Phnom Penh akan mengambil masa antara 7 jam. Jika bertolak dari Phnom Penh pagi akan sampai di border dalam  tengah hari dan sampai di Ho Chi Minh City menjelang petang dalam pukul 4 petang. Di sempadan Kemboja ialah Bavet terletak di Svay Rieng Province manakala sempadan Vietnam ialah Moc Bai di Tay Ninh Province.

Phnom Penh hanya perlu mengikuti prosedur biasa imigresen seperti di negara lain. Memasuki sempadan Vietnam akan banyak kelihatan motosikal bertebaran diatas jalan-jalan di Vietnam. Disini juga pencemaran bunyi berlaku dengan kenderaan yang saling membunyikan hon antara satu sama lain.

Sebaik sampai di Vietnam, bas akan berhentikan anda di kawasan yang tidak seperti stesen bas. Ianya tidak ubah seperti tempat di hadapan kedai-kedai. Untuk bergerak ke tempat penginapan adalah lebih baik anda mengambil teksi, tuk tuk atau grab car.

Baca sini info tentang Bangkok. Klik sini untuk catatan seterusnya.




Trip Indochina di Kemboja: 5 tempat pelancongan menarik di Siem Riep

Siem Riep merupakan bandar yang terkenal dengan kota Angkor Wat. Tempat pelancongan terkemuka di Kemboja ini menyediakan banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antara tempat yang perlu diawati jika berkunjung ke Siem Riep ialah:

1) Angkor watt

Tapak warisan UNESCO World Heritage merupakan tapak kota binaan batu berabad lamanya. Terkenal di seluruh dunia dengan kehebatan struktur dan aspek kejuruteraan yang masih lagi kukuh sehingga ke akhir. Tiket masuk berharga 37 USD untuk sehari. Pemandangan di Angkor Wat (datang sini sebelum matahari terbit kerana pemandangan dan suasana yang sungguh indah hingga mampu membuatkan anda mengalir air mata).


2) Angkor D Artisan
Merupakan pusat kesenian yang boleh dilihat secara langsung pembuatan patung-patung Budhha oleh pekerja-pekerja disini. Pengunjung bebas untuk masuk dan melihat dengan lebih dekat dalam penghasilan sesuatu kerja tangan. Di sini, terdapat kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan seperti tembikar, barangan hasil daripada ulat bulu iaitu kain sutera bermutu tinggi. Tidak ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini. Dan ianya sangat dekat dengan old market.

3) Tasik Tonle Sap
Tasik terpanjang didunia ini ada disebut dalam buku geografi sebagai tasik air tawar terbesar di dunia. Jika ke sini terdapat pakeh tour yang boleh diambil bagi menyelusurii tasik ini melihat pemandangan sebenar warga khmer yang menetap dipesisiran tasik ini menjalankan aktiviti seharian mereka.

4) Angkor National Museum
Muzium yang memaparkan sejarah kerajaan Kemboja yang terletak bersebelah dengan shopping kompleks T-Galleria. Untuk masuk dikenakan tiket.

5) T-Galleria
T-Galleria iaitu sebuah pusat shopping yang menjual pelbagai barangan berjenama dari seluruh dunia dengan dikenakan duti free. Jika anda kaki shopping pusat membeli belah ini akan membuatkan anda rambang mata dengan segala kedai branded dari jenama terkenal terdapat di sini. Handbeg, kacamata, barangan kemas, luggage beg dan bermacam-macam lagi dari jenama terkenal dunia boleh didapat disini.


Buat photobook murah dengan harga diskaun di sini.

Klik sini untuk jalan-jalan cari masjid mendapatkan makanan halal di Siem Riep. Melancong di Battambang baca sini

Jumaat, 30 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: senarai kedai makanan halal di Phnom Penh

Mencari kedai makanan halal di Phnom Penh masih lagi senang berbanding daerah lain di Kemboja. Sebagai bandar utama di Kemboja tentunya ada orang Islam yang menetap di sini. Walaupun penduduk Islam hanya minoriti disini tetapi masih terdapat kedai-kedai yang menjual makanan halal di Phnom Penh.

1) Area masjid
Sekitar masjid besar di Phnom Penh iaitu Masjid al-Serkal sebagai masjid utama. Di sekitar masjid ini terdapat banyak kedai halal.

2) Area Central Market
Terdapat restoran halal berdekatan Central Market.

3) Area Royal Palace
Terdapat satu restoran halal berdekatan tempat ini di sebelah Frangipani Royal Hotel.


4) Asmak81
Makanan sedap dan murah serta berbaloi dengan harga.

3) KFC di area waterfront
KFC di Kemboja ada pengiktirafan halal.

4) Secret Recipe
Restoran ini juga mempunyai sijil halal.

Penginapan
1) Area river front
Di Phnom Penh penginapan paling strategic ialah berdekatan dengan river side iaitu terletak berhampiran dengan Royal Palace Kemboja. Kawasan ini lebih meriah dengan aktiviti pada waktu petang dan juga malam. Jika waktu pagi boleh melihat matahari tertib dan melihat warga kemboja yang memanfaatkan waktu pagi untuk bersenam. Terdapat banyak hostel murah di kawasan ini.


Rabu, 28 Mac 2018

Trip Indochina di Thailand: Panduan lokasi makanan halal di Bangkok

Bandar raya Bangkok antara bandar di Thailand yang mudah untuk mendapatkan makanan halal walaupun majoriti masyarakatnya beragama Budha namun masyarakat Islam tetap ada di Negara Gajah Putih. Lokasi makanan halal banyak terdapat di kawasan komuniti Muslim Thai. Di Bangkok jika berkungjung ke sini, tidak sesukar untuk mencari makanan halal seperti di Vietnam. Disini masih dikira agak senang untuk mencuba makanan Thailand versi halal bagi pelancong Muslim. 



1) 7 eleven

Jika sukar untuk mencari kedai makanan halal disekitarnya, cuba  ke 7 eleven kerana kedai serbaneka 24 jam ini ada menjual makanan halal seperti biskut, maggi yang mendapat kelulusan logo halal dari pihak agama Islam Thailand.

2) Chatuchak weekend market
Terdapat satu kedai makan halal yang menjual nasi ayam Thailand dan pelbagai jenis masakan yang lain. Nasi ayam disini tersangat lain dengan nasi ayam di Malaysia kerana disini sos nasi ayam dihidangkan dengan cili hijau dan juga merah. Tetapi portion hidangan agak sikit dan tidak puas makan ditambah nasi ayamnya  sangat sedap. Terdapat juga kedai makan halal yang menjual pelbagai makanan yang lain.

3) Stesen keretapi Hua Lamphong
Keluar dari stesen Hua Lamphong akan nampak bangunan KFC dan 7e. Ikut lorong sebelah 7e sampai ke hujung belok kiri.

4)  Khoasan Road
Tidak jauh dari Khoasan Road terdapat masjid Cakrapong yang mana disekitar masjid ini terdapat kedai yang menjual makanan halal. Untuk ke masjid ini, anda hanya perlu mencari lorong kecik berhadapan dengan pasaraya tidak jauh dari balai polis Khoasan Road.

5) Area Ramkamhaeng Station (ARL)
Terdapat sederet kedai makanan halal yang murah dan sedap dalam lingkungan 1 km dari stesen tersebut. Untuk kesini, lebih baik amik teksi dengan tambang 40 bath (teksi bermeter) lebih murah berbanding Grab.

6)  BTS Ratchatdewi
Stesen ini merupakan stesen terdekat untuk ke masjid aman di mana di sekitar masjid ini terdapat kedai makan halal.

7)  Pratunam Market
Jika anda berada di sekitar kawasan membeli belah ini, terdapat restoran halal iaitu Samat Muslim Restaurant  atau Shadi Home Restoran berdekatan dengan ARL Ratchapraprop.

8) MBK Mall
Dalam mall ini ada terdapat food court halal juga mempunyai kemudahan surau. 

Baca sini tempat-tempat menarik di Bangkok. Info tempat solat di Bangkok klik sini. Tempah photobook murah di Photobook Malaysia.

Isnin, 26 Mac 2018

Trip Indochina di Thailand: Panduan pengangkutan ke Chatuchak Weekend Market

Chatuchak Weekend Market adalah pasar malam terbesar di Bangkok yang diadakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jika ke Bangkok tidak sah jika tidak ke sini. Tempat ini merupakan tempat yang wajib dikunjungi dengan lebih 8000 gerai yang menjual pelbagai jenis barang dan merupakan market terbesar di Thailand untuk membeli belah. orang tempatan disini mengelarnya sebagai JJ Market atau Jatuchak Market. Pengangkutan untuk kesini lebih mudah dengan menggunakan MRT dan juga BTS. 



1) Turun di MRT Kampheng Phet,exit dia betul-betul dalam Chatucak Market di tempat orang jual coconut ice cream dan teh tarik.

2)  Kalau turun kat Mo Chit BTS (maybe sbb nampak exchange to MRT Chatuchak Park), perlu jalan kaki menghala ke Chatuchak Park. Taman ini bersebelah dengan kawasan pasar malam Chatuchak.

3) Berhampiran Chatuchak Weekend Market, terdapat Chatuchak Flea Market yang menjual barang-barang antik dan pelik. Keadaan di pasar ini lebih tenang dan tidak ramai orang. Untuk ke sini, keluar ikut toilet yang ada jual buku-buku dan cross jalan belakang Chatuchak.

4) Peta Chatuchak weekend market boleh ambil free je kat information kaunter di antara entrance 3 dan 2. Info kaunter ada kat tepi jalan berhampiran tandas di antara section 5 dan 6.

5) Kedai makan muslim berada di Clock Tower. Salah satu kedai nama Saman Islam dan beberapa lagi kedai makan halal di sekitar pasar tersebut.



Sabtu, 24 Mac 2018

Trip Indochina: 3 panduan mengelakkan menjadi mangsa scammer di sempadan Aranpayhret dan Poipet

Scammer pelancong di sempadan Thailand dan Kemboja memang tidak akan terlepas dari berlaku tetap dengan ilmu dan tips dari pengalaman rakan traveler yang lain anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scammer yang memang focus kepada pelancong asing untuk mengepau duit secara tidak sah. Sempadan Aranyaprather-Poipet adalah pusat scam terhebat di Asia Tenggara. Anda harus lebih berhati-hati ketika berada di kawasan ini.



1) Beli tiket bas direct ke Siem Riep/Bangkok
Sekiranya bercadang untuk overland dari atau ke kemboja dan Thailand lebih selamat membeli tiket bas direct ke destinasi. Ini kerana jika anda memikirkan untuk jimat wang dengan mengambil pengangkutan yang murah tetapi belum tentu misi anda untuk menjimatakan wang akan berhasil apabila melintasi sempadan ini. Nasib tidak baik anda akan perlu membayar perkhidmatan teksi/tuk-tuk atau cop passport dengan harga yang jauh lebih mahal daripada tambang tiket bas direct ke destinasi tersebut.

2) Scammer di Thailand
Semasa overland ke Kemboja menggunakan bas, kebiasaanya bas akan berhenti sebelum border untuk ke tandas dan juga untuk makan tengah hari. Disini harus berhati-hati, selain daripada diberikan makanan percuma yang termasuk dalam tambang bas tetapi mereka ini sangat licik menggunakan kesempatan ini untuk scam pelancong yang naïf.

Sebaik selepas makan, mereka akan memanggil penumpang bas seorang demi seorang masuk ke dalam bilik  yang lengkap dan segala keperluan pejabat seolah-olah berada di pejabat kerajaan. Mereka akan menyatakan bahawa untuk masuk ke sempadan perlu bayar sekian harga untuk tujuan pemprosesan dokumen perjalanan.
Walhal kad putih (voa card) adalah percuma. Dan anda perlu tegas menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak memerlukan visa atau sebarang dokumen perjalanan lain melainkan passport dan voa card boleh diambil percuma di Imigresen. Sila berkeras dan bercakap dengan suara tegas dan keras jika tidak ingin kena game dengan diorang.

Ini lah kebiasaan scammer yang perlu dihadapi oleh pelancong Malaysia dan pelancong negara lain yang perlu berhadapan dengan rakyat Thailand yang menyamar menjadi pegawai imigresen dan juga mengambil kesempatan ke atas pelancong asing untuk mengutip wang secara tidak sah. Hati-hati dan perlu tegas supaya anda tidak menjadi mangsa scammer.

3) Scammer di Kemboja
Jika di Kemboja, keadaan di bahagian Kemboja sangat daif. Disini, sebaiknya anda memakai topeng muka (mask) kerana keadaan jalan yang tidak berturap ditambah waktu panas menyebabkan keadaan sangat berdebu dan tidak sesuai untuk terdedah lama dengan keadaan kotor tersebut.

Disini jangan terkejut kerana scammer ialah pegawai imigresen sendiri ketika di kaunter untuk mengecop passport. Mereka tanpa segan silu akan meminta duit sebelum dicop. Sekali lagi anda perlu bertegas menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara yang memerlukan pelancong untuk membayar duit bagi cop passport. Ugut pegawai tersebut untuk melaporkan tindakannya meminta rasuah kepada pejabat imigresen Kemboja.

Anda masih perlu berhati-hati kerana anda mungkin akan menjadi mangsa scammer di luar sana sekiranya ingin mengambil bas ke Siem Riep. Mereka akan menawarkan tiket bas dengan harga mahal nak mampus.

Baca perkongsian berkaitan Siem Riep disini. Info menarik tentang Bangkok klik disini.



Jumaat, 23 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: panduan mencari makanan halal di Siem Riep

Di Siem Riep sangat mudah mendapatkan makanan halal. Hanya perlu mencari Masjid An Nekmah yang terletak tidak jauh dari Old Market dengan hanya berjalan kaki sahaja. Disini merupakan penempatan bagi penduduk muslim Kemboja. Bagaimana penduduk muslim boleh berpindah ke sini dan membina komuniti muslim ianya berkait rapat dengan sejarah penindasan kerajaan Pol Pot. Sepanjang jalan menuju ke sini, dapat dilihat keadaan kampong sebenar. Rumah-rumah orang Kemboja rata-ratanya rumah kayu dengan keadaan yang sangat daif.


 Menu hidangan halal yang paling popular disini di kalangan penduduk tempatan dan pelancong Malaysia adalah “ lembu naik bukit”. Bagi yang kesini, menu ini adalah menu yang wajib dicuba. Bagaimanakah rupa lembu naik bukit, tentunya ianya menjadi persoalan di benak fikiran anda. Tetapi setelah melihat sendiri menu tersebut dan bagaimana kreatifnya orang Kemboja memberikan nama masakan tersebut yang akan keluar daripada mulut anda ialah….”oooooo..mcm ni rupanya”.

Muslim Family Restaurant antara kedai paling best di Siem Riep. Harga berpatutan jika dibandingkan dengan kedai lain, walaupun harga sama dengan kedai lain tapi portion berbeza. Yang penting owner sangat baik dan peramah.Kedai ini terletak betul-betul di sebelah masjid. 

Info berkaitan penginapan baca sini. Perjalanan dari Bangkok ke Siem Riep klik sini. Tempat menarik di Battambang klik sini


Khamis, 22 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: Jalan-jalan cari Masjid An-Nekmah di Siem Riep

Berdekatan area Old Market dengan hanya berjalan kaki anda boleh sampai ke Masjid An Nekmah. Masjid ini adalah masjid utama di Siem Riep dan digunakan oleh penduduk muslim disini untuk menunaikan solat 5 waktu, termasuk solat Jumaat dan hari raya.

Dengan bangunan 2 tingkat masjid ini agak besar untuk menampung keperluan orang muslim menunaikan solat. Di dalam ruang sekitar masjid ini terletak rumah imam dan belakang masjid ini adanya sekolah agama.

Kawasan sekitar Masjid An Nekmah merupakan kawasan penempatan orang muslim di Kemboja sejak lama dahulu. Tetapi perkampungan ini semakin mengecil apabila ramai yang melarikan diri semasa zaman kekejaman Pol Pot. Muslim yang ada disini sekarang sama ada yang bertahan tetap tinggal disini atau kembali semula ke sini. Ramai yang terpaksa melarikan dari kampong mencari perlindungan ke tempat lain sama ada ke Battambong atau Kg Champ.

Ruang sembahyang untuk perempuan terletak di tingkat atas. Tetapi keadaan agak seram dan semacam tidak begitu digunakan.  Bagi perempuan yang ingin solat di masjid ini boleh tumpang solat di bahagian belakang kawasan solat lelaki. Walaupun di depan dan kawasan sekitar masjid ini adalah keluarga muslim, tetapi tidak ramai terutamanya wanita yang mengambil kesempatan untuk bersembahyang Jemaah di masjid ini. Dapat dilihat terdapat telekung-telekung baru yang belum dibuka berkeadaan elok dalam plastik banyak terdapat di rak kain sembahyang. Jika pada waktu solat maghrib dan Isyak agak menyeramkan untuk solat seorang diri dalam masjid ini. Print gambar melancong anda dan abadikan dalam photobook dengan harga murah dan diskaun klik sini.

Info makanan halal di Siem Riep, klik sini. Baca sini panduan penting melancong di Kemboja. 

Selasa, 20 Mac 2018

Trip Indochina: 11 panduan penting elak scammer di sempadan Thailand-Kemboja

Panduan berguna elak menjadi mangsa scammer ketika merentasi sempadan Thailand dan Kemboja. Ramai rakyat Malaysia yang akan cross border Kemboja untuk ke Siem Riep iaitu pilihan untuk ke sana melalui darat dari Bangkok. 
Imigresen Kemboja

1) Pasport Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Kemboja atau Thailand tetapi perlu mengisi visa on arrival kad.

2) Rancang perjalanan untuk sampai ke border sebelum petang kerana imigresen di sempadan tutup dalam pukul 8 malam.

3) Sempadan border Kemboja pada waktu malam akan gelap gelita kerana di sana keadaan agak daif dengan keadaan jalan yang tidak berturap dan tiada lampu jalan. Jadi sangat bahaya untuk berjalan di kawasan tersebut menjelang malam.

4) Sebaiknya ambik train/ bas/van pada waktu pagi dan akan sampai ke border dalam tengah hari kerana perjalanan dari Bangkok akan memakan masa lebih kurang 5 jam.

5) Waktu operasi imigresen di sempadan:
 a) Thailand Ayanraprathet border dari 07:00 am hingga 20:00 pm
b) Combodia Poipet border dari pukul 07:00 am hingga 22:00 pm

6) Jika terpaksa bermalam di border adalah lebih selamat untuk menginap di border Aranpyatphet berbanding Poipet.

7) Sempadan Poipet merupakan kawasan kasino dan banyak berlaku aktiviti penjualan dadah. Elakkan daripada berada di kawasan ini lama-lama dan segera masuk ke dalam kawasan sempadan Thailand  lebih selamat atau segera mengambil bas ke Siem Riep.

8) Di sebelah sempadan Kemboja sebaik keluar dari imigresen Thailand menuju ke imigresen Kemboja terdapat money charger. Tetapi kadar tukaran agak rendah. Jika perlu menukar duit, tukar sikit sahaja.

9) Sila bargain harga sebelum mengambil tuk- tuk. Untuk ke imigresen Kemboja hanya perlu berjalan kaki sahaja.

10) Imigresen Kemboja tidak ubah seperti pondok dengan bangunan kecil dan usang daripada kayu terletak di sebelah bangunan hotel yang besar gedebak.

11) Imigresen Thailand sangat besar dengan kompleks imigresen lengkap dengan fasiliti moden seperti di kebanyakan Imigresen negara lain. Tidak perlu bimbang apa-apa di sini kerana pemeriksaan berjalan lancar.

Baca info sini tentang makanan halal di Siem Riep. Tempat menarik di Bangkok baca sini

Ahad, 18 Mac 2018

11 tips berguna untuk kaki bundle ke Aranyaprathet, Thailand

Aranyaprathet merupakan pusat bundle ke -2 terbesar di dunia dan terbesar di Asia. Disini dapat ditemukan barang-barang original yang lari dari cukai sempadan. Terletak di sempadan Thailand dan Kemboja. Pelbagai barangan bundle boleh dijumpai disini kasut, cadar, beg, anak patung, dan lain-lain. Syurga bundle bagi kaki bundle. Perjalanan ke Aranyaprathet biasanya bermula di Bangkok.

                               

  Dari Bangkok ke Aranyapprathet ada 3 pilihan pengangkutan iaitu train, bas atau van.

1) Train dari Hua lamphong hanya terhad 2 kali perjalanan sehari sahaja dengan kerusi yang keras dan tidak selesa. Tambang murah kurang 60 bath tetapi memakan masa lama dalam perjalanan iaitu 6 jam dengan open air train.

2) Train dari Station Hua Lamphong Bangkok ke border Thai-Kemboja ada 2 trip sehari iaitu:
a) train No 275- bertolak pada pkul 05:55 am dan tiba di Aranyaprathet pda pkul 11:35 am
b) Train No279 - bertolak pada pkul 13:05 pm dan tiba di Aranyaprathet pda pkul 17:35 pm

3) Boleh bermalam di Stesen Hua Lamphong, mandi di shower toilet (10 bath).

4) Beli makanan siap-siap untuk bekalan makanan sepanjang perjalanan.

 5) Dari Aranyaprathet train station ke border dalam 15 Km. memang sangat jauh untuk jalan kaki. Ambik bas untuk kesana, tunggu di hadapan stesen keretapi tersebut dengan tambang dalam 20 bath lebih murah dari naik tuktuk.

6) Bagitahu driver nak pergi border diorang akan turunkan dekat Friendship Market Thai  di sempadan. Dari sini jalan kaki sikit untuk ke border Thailand.

7) Tambang van lebih kurang 230 bath dan tidak banyak berhenti ambik penumpang.

8)  Tiket bas dari Mo Chit agak mahal dalam 750 bath, ada 2 waktu perjalanan iaitu 8.30 dan 9.30. Keadaan bas sangat ok dan akan dibekalkan dengan makanan tetapi bas jenis biasa bukan sleepas bas. Bas akan berhenti untuk ke tandas.

9) Disarankan untuk bermalam disini jika benar-benar ingin menyelam bundle kerana tempatnya terlalu besar dan tidak mungkin dapat habis berjalan dalam masa 1 hari.


10)  Disini ada disediakan perkhidmatan sewa motor  (120 bath sehari) dan juga buggy untuk pusing-pusing area sini.

11) Di sini ada satu kedai makan halal. Lorong betul-betul mengadap Golden Gate Plaza (sumber info: fb Agies La)



Khamis, 8 Mac 2018

9 syurga membeli belah di Bangkok ini akan buatkan anda rambang mata untuk shopping

Bangkok memang terkenal dengan syurga membeli belah, siang malam ade je tempat nak melabur wang.

Lokasi stesen train untuk turun di tempat shopping 


1)  Pratunam market
Tidak jauh dari platinum mall dan central world dan boleh berjalan kaki sahaja. Mall ini dibuka dari pagi hingga malam.Tempat ni sangat best untuk membeli blouse yang cantik-cantik dengan harga murah. Untuk mencari makanan halal di kawasan ini terdapat banyak restoran Arab di sekitar Baiyoke Sky Hotel. 

2)  MBK
Untuk ke sini turun di BTS National Stadium. Boleh berjalan kaki dari Siam Mall. Terdapat pelbagai jenis barangan di jual disini. Kedai disini tidak sebanyak di Chatuchak Market tetapi disini tidak perlu risau tentang panas kerana ianya dilengkapi dengan aircond. Disini terdapat food court halal dan Yana Restoran terletak di tingkat 5. 
3)  Siam Mall
Siam Paragon, Siam Center berada di BTS Siam. Siam Paragon umpama Pavillion Kl, barang mahal kebiasaannya untuk orang kelas kenamaan shopping. Berdekatannya adalah Siam Discovery, dan dari sini boleh berjalan kaki ke Madame Tussauds Bangkok.

4)  Terminal 21
Shopping kompleks ini berkonsepkan mall yang mempunyai tema bandaraya di setiap tingkat. Ada Istanbul, Tokyo, San Fransisco dan macam-macam lagi. Malah toilet pun turut dideko mengikut tema bandaraya tersebut. Untuk ke sini berhenti di BTS Asok atau MRT Sukhumvit. Untuk makan di  food court level 5 Pier 21, nama kedai tu Bismillah. Menunya ialah nasi berlauk. Sini juga famous dengan pulut mangga dan fruit smoothies dengan harga agak murah.

5)  Platinum Mall
BTS terdekat untuk ke sini ialah stesen Ratchathewi dan perlu berjalan kaki dalam 15 minit. Mall ini ala-ala Kenanga Wholesale, boleh dapat harga borong jika beli banyak. Night market disini agak special kerana menyediakan barang-barang cenderahati seperti casing handphone, keychain dan lain-lain custom made yang akan dibuat berdepan dengan pelanggan tetapi harganya tentulah agak mahal.

6)  Asiatique
Pasar malam moden mempunyai 2000 gerai di tepi sungai Chao Phraya. Harga barang mahal sedikit tapi barang lebih rare dan classy dari tempat lain. Tempat pun cantik, boleh bergambar atau cuba naik ferris wheel.
Seberang jalan Asiatique ini ada halal food court sebelah dengan masjid. Atau dalam Asiatique tu dekat dengan clock tower ada jual kebab. Untuk ke sini dari BTS Saphan Taksin, kemudian jalan kaki ke Chao Phraya Express  Dari Sathorn Pier naik bot Asiatique (foc).
 

7)  Sampeng market
Lubuk kain cotton bagi peminat kain dan pemakai kain cotton. Disini boleh dibeli dengan harga borong yang jauh lebih murah. Tetapi belian runcit juga dijual tetapi harga sedikit mahal antara 10-20 bath. Jika dimalaysia ianya pasar ini seperti GM Klang atau Jalan TAR. Ianya dibuka seawall 8 pagi hingga 6 petang. Pastikan anda merancang jadual perjalanan anda jika ke sini dan memperuntukkan sehari suntuk disini. Terdapat masjid yang berdekatan dengan tempat ini iaitu Luang Kocha Itasahak Mosque  
8)  Chatucak Weekend Market
Untuk kesini BTS Mo Chit atau MRT Chatucak Park. Market yang paling besar di Thailand mempunyai 27 seksyen menempatkan 8,000 gerai jualan.Terdapat pelbagai jenis barangan dijual disini seperti beg, tshirt, cenderahati, makanan, barangan kraftangan dan lain-lain.
 
9)  Aranpayphet
    Terletak di sempadan Thailand dan Kemboja merupakan pusat bundle pengeksport ke dua terbesar didunia dan disini dapat ditemukan barang-barang original yang lari dari cukai sempadan. Banyak dijual kasut, cadar, beg,anak patung dan lain-lain. Disini ialah syurga bundle bagi kaki bundle.

    Klik sini untuk ke Maeklong Railway Station. Tips elak scammer ketika overland ke Kemboja baca sini.





Trip Indochina di Kemboja: Hostel backpacker murah dan selesa di Siem Riep

Di Siem Riep tidak susah untuk mencari hostel backpacker murah memandangkan bandar ini merupakan antara pusat pelancongan yang paling ramai dikunjungi di Kemboja. Ramai pelancongan asing terutama dari kalangan mat salleh yang datang ke bandar ini bagi melawat Angkot Watt.
Bagi yang mencari hostel, di sini adalah panduan mencari lokasi hostel di Siem Riep.

1) Area Kg Steng Thmey.
Bagi yang mementingkan makanan halal, berdekatan dengan kampung ini mada banyak backpackers hostel. Terdapat banyak pilihan makanan halal dan sedap belaka. Ia merupakan kampong orang Cham dan ada antara mereka yang pandai bercakap Melayu. Cari hostel murah di booking.com.

2) Area Old Market
Kawasan ini merupakan pusat bandar Siem Riep yang terletak kawasan membeli belah old market dan pada malamnya di area sini diadakan night market. Berhampiran kawasan ini ada banyak hostel-hostel badget. Disini juga tempat untuk shopping dan ada banyak kedai-kedai pelancongan yang menyediakan perkhidmatan bas jarak jauh ke bandar-bandar di Kemboja. Boleh survey harga dan pakej yang disediakan. Untuk terus menempah hotel anda di Booking.com  klik sini atau Traveloka sini.  Anda boleh mendapatkan harga hotel yang murah dengan membuat perbandingan harga hostel tentunya di Trivago.

The Backpackers Hostel sangat recomended untuk stay disini. Penginapan dorm yang bersih dengan kelengkapan katil serba baharu. Paling best bilik air didalam dan sangat besar serta lokasi hostel ini hanya berhadapan dengan hotel besar dan berhampiran dengan Hard Rock Cafe. Landmark untuk mencari hostel ini ialah Hard Rock Cafe, cuma berjalan kaki beberapa meter menghala ke hotel besar yang berhampirannya.



Baca sini tempat menarik di Siem Riep. Klik sini untuk info mengenai perjalanan ke Battambang.

Rabu, 7 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: Trip dari Bangkok ke Siem Riep

Perjalanan ke Kemboja

Fasa ke-2 trip Indochina memasuki negara Kemboja selepas melepasi sempadan Thailand dan Kemboja. Perjalanan diteruskan ke Siem Riep sebagai pit stop pertama di Kemboja. Battambang ke-2 dan Phnom Penh bandar ke-3 persinggahan.

Trip ke Siem Riep

Bandar ini amat terkenal di kalangan pelancong asing seluruh dunia sebagai kota Angkor Wat. Rata-rata pelancong  kesini semata-mata kerana Angkor Watt iaitu kota lama yang diiktiraf sebagai salah sebuah UNESCO World Heritage. Tidak hairanlah dibandar ini banyak terdapat hotel-hotel besar berbintang-bintang malah hostel budget juga mudah didapati disini.

Dari Bangkok selepas melepasi imigresen Thailand dan Kemboja, perjalanan untuk ke Siem Riep akan mengambil masa lebih kurang 4- jam. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan yang jauh berbeza semasa di Thailand. Di Kemboja dapat dilihat keadaan rumah-rumah rakyat Kemboja diperbuat daripada kayu, kecil, buruk dan ada yang kelihatan sangat daif.

Banyak tanah-tanah yang hanya dibiarkan kosong tanpa diusahakan dengan tanaman. Keadaan ini yang menjadikan Kemboja sangat miskin di kalangan negara Asia lain. Mereka tidak ada inisiatif untuk membangunkan kawasan pedalaman dengan sector pertanian. Akibatnya rakyat mereka hidup miskin dan merana dengan kesempitan hidup ditambah kesukaran mendapatkan pekerjaan. Pekerjaan di Kemboja rata-rata ramai yang membawa tuk-tuk. Hanya itu sahaja peluang pekerjaan yang banyak tersedia dengan kemasukan pelancong asing ke Siem Riep.


Di Kemboja, mereka menggunakan matawang USD dan juga Khemer Riel. Penggunaan USD diterima secara meluas disini. Inilah yang menjadikan melancong ke sini agak mahal kerana rata-rata barangan atau tiket masuk ke Angkor Wang ditetapkan mengikut kadar USD.

Jangan keliru, jika anda diberhentikan di stesen bas yang tidak menyerupai stesen bas dan ianya terletak bukan di Old Town seperti yang dinyatakan semasa membeli tiket. Perhentian bas ini tidak lebih seperti garaj bas. Selepas turun daripada bas, terdapat banyak (lebih kurang 5 buah) tuk tuk yang siap menunggu untuk dibargain bagi membawa anda ke destinasi sebenarnya iaitu Old Town.

Untuk ke kawasan Old Town dimana terdapatnya banyak kedai-kedai dan hotel agak memakan masa. Serasanya lebih kurang 20 minit menggunakan tuk-tuk. Memang tidak ada jalan melainkan perlu mengambil tuk-tuk sama ada berkongsi dengan 2 atau 3 orang atau perlu berjalan keluar dari lorong tersebut ke jalan besar, dan ambik tuk-tuk di situ. Tidak perlu menyeberang jalan.

Baca tentang Aranyaprathet, pusat bunde terbesar di sini. Tips hostel backpacker di Siem Riep baca sini

Buat photobook murah dan dapatkan harga diskaun di sini



Sabtu, 3 Mac 2018

7 panduan ini memudahkan anda melancong di Thailand



Dibawah ini dikongsikan tips yang perlu anda tahu buat yang pertama kali melancong di Thailand. Walaupun Thailand adalah negara jiran Malaysia tetapi negara ini sangat berbeza dengan Malaysia. Jika di Kuala Lumpur tersangat mudah untuk mendapatkan makanan halal tetapi di Bangkok ianya tidak sesenang seperti di Kuala Lumpur. 

 1)  Plug
Disini penggunaan plug adalah dua pin pipih yang sama sekali tidak sama dengan plug pin di Malaysia. Jadi, bawa bersama travel plug adapter. 

2) Masa
Waktu di Thailand awal sejam berbanding Malaysia. Ini bermakna jika Thailand pukul 9 malam, waktu di Malaysia ialah 10 malam. Selaraskan jam anda sebaik memasuki Thailand bagi mengelakkan anda terlewat yang menyebabkan anda terlepas menaiki flight atau train.

3)  Tandas
Tidak banyak tandas di setiap tempat tumpuan pelancongan. Lebih baik untuk kencing siap-siap di hotel dan rancang makanan supaya tidak mengalami cirit-birit. 

4)  Beratur
Jika beratur pastikan sentiasa di sebelah kanan dan bukan kiri seperti kebiasannya di Malaysia.

5)  Rabbit Card
Rancang perjalanan untuk ke mana-mana destinasi. Sebaiknya beli Rabbit Card (ala ala Touch n Go) untuk naik BTS dia jika anda jenis naik BTS tegar. Jika tidak, anda perlu beratur panjang dan sediakan duit syiling setiap kali hendak membeli tiket BTS. Mesin tiket BTS sangat tidak efisyen. Top up kad rabbit card secukupnya kerana baki kad tidak boleh dipulangkan.

6)  Pengangkutan murah dan cepat
Pengangkutan awam paling murah dan berbaloi adalah ARL, BTS dan juga MRT. Tambang tuk-tuk lebih mahal dan penggunaan taxi atau grab akan menempuh kesesakan jalan raya. Baca lagi di sini.

7)  Sim Kad
Sim kad di Thailand sangat murah dan internet yang sangat laju. Dengan harga 290 bath untuk 3Gb cukup untuk update media social, mencari info, guna untuk google maps dan juga Grab.

Lihat pakej tour murah di Bangkok sini atau sini.

Baca sini tips elak scammer di sempadan Thailand-Kemboja. Lokasi makanan halal di Bangkok, baca sini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive