Scammer pelancong di sempadan Thailand dan Kemboja memang tidak akan
terlepas dari berlaku tetap dengan ilmu dan tips dari pengalaman rakan traveler
yang lain anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scammer yang
memang focus kepada pelancong asing untuk mengepau duit secara tidak sah. Sempadan
Aranyaprather-Poipet adalah pusat scam terhebat di Asia Tenggara. Anda harus
lebih berhati-hati ketika berada di kawasan ini.
1) Beli tiket bas direct ke Siem Riep/Bangkok
Sekiranya bercadang untuk overland dari atau ke kemboja dan Thailand lebih
selamat membeli tiket bas direct ke destinasi. Ini kerana jika anda memikirkan
untuk jimat wang dengan mengambil pengangkutan yang murah tetapi belum tentu
misi anda untuk menjimatakan wang akan berhasil apabila melintasi sempadan ini.
Nasib tidak baik anda akan perlu membayar perkhidmatan teksi/tuk-tuk atau cop passport
dengan harga yang jauh lebih mahal daripada tambang tiket bas direct ke
destinasi tersebut.
2) Scammer di Thailand
Semasa overland ke Kemboja menggunakan bas, kebiasaanya bas akan
berhenti sebelum border untuk ke tandas dan juga untuk makan tengah hari.
Disini harus berhati-hati, selain daripada diberikan makanan percuma yang
termasuk dalam tambang bas tetapi mereka ini sangat licik menggunakan
kesempatan ini untuk scam pelancong yang naïf.
Sebaik selepas makan, mereka akan memanggil penumpang bas seorang demi
seorang masuk ke dalam bilik yang
lengkap dan segala keperluan pejabat seolah-olah berada di pejabat kerajaan.
Mereka akan menyatakan bahawa untuk masuk ke sempadan perlu bayar sekian harga
untuk tujuan pemprosesan dokumen perjalanan.
Walhal kad putih (voa card) adalah percuma. Dan anda perlu tegas
menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak memerlukan visa atau sebarang dokumen
perjalanan lain melainkan passport dan voa card boleh diambil percuma di
Imigresen. Sila berkeras dan bercakap dengan suara tegas dan keras jika tidak
ingin kena game dengan diorang.
Ini lah kebiasaan scammer yang perlu dihadapi oleh pelancong Malaysia
dan pelancong negara lain yang perlu berhadapan dengan rakyat Thailand yang
menyamar menjadi pegawai imigresen dan juga mengambil kesempatan ke atas
pelancong asing untuk mengutip wang secara tidak sah. Hati-hati dan perlu tegas
supaya anda tidak menjadi mangsa scammer.
3) Scammer di Kemboja
Jika di Kemboja, keadaan di bahagian Kemboja sangat daif. Disini,
sebaiknya anda memakai topeng muka (mask) kerana keadaan jalan yang tidak
berturap ditambah waktu panas menyebabkan keadaan sangat berdebu dan tidak
sesuai untuk terdedah lama dengan keadaan kotor tersebut.
Disini jangan terkejut kerana scammer ialah pegawai imigresen sendiri
ketika di kaunter untuk mengecop passport. Mereka tanpa segan silu akan meminta
duit sebelum dicop. Sekali lagi anda perlu bertegas menyatakan bahawa tidak ada
mana-mana negara yang memerlukan pelancong untuk membayar duit bagi cop
passport. Ugut pegawai tersebut untuk melaporkan tindakannya meminta rasuah
kepada pejabat imigresen Kemboja.
Anda masih perlu berhati-hati kerana anda mungkin akan menjadi mangsa
scammer di luar sana sekiranya ingin mengambil bas ke Siem Riep. Mereka akan
menawarkan tiket bas dengan harga mahal nak mampus.
Baca perkongsian berkaitan Siem Riep disini. Info menarik tentang Bangkok klik disini.
Baca perkongsian berkaitan Siem Riep disini. Info menarik tentang Bangkok klik disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan