DISQUS SHORTNAME

Khamis, 21 Mac 2019

8 tips dan trick keselamatan diri elak scammer

Berkunjung ke negara luar walaupun negara tersebut adalah jiran negara anda, ianya bermakna anda perlu menempuh dan melihat perbezaaan budaya, makanan, sosial masyarakat dan keadaan ekonomi negara tersebut. perbezaan bahasa untuk berkomunikasi adalah halangan tersebut untuk anda berhubung dengan masyarakat setempat. Perbezaan ini juga kadang kala diambil kesempatan oleh warga tempatan untuk meningkatkan harga barangan ketika jual beli barangan atau semasa mendapatkan perkhidmatan teksi, tuk-tuk atau sebagainya. 

Scammer warga tempatan akan melakukan pelbagai cara untuk memeras ugut pelancong secara terang-terangan dengan kekasaran atau dengan cara halus umpamanya pukau. seharusnya pelancong perlu sedar dan tahu cara selamat untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa scammer. Baca tips dan trick berikut yang dapat digunakan untuk melepaskan diri apabila anda terperangkap dengan helah scammer. 

1) Guna handphone
Gunakan phone untuk mengalihkan percakapan anda dengan scammer secara langsung. Pura-pura sibuk menggunakan phone sama ada untuk text, atau wasap atau menggunakan aplikasi phone.

2) Berlakon pekak dan bisu
Jika sekiranya anda berada di kawasan bising sepert mall atau kawasan pasar malam yang bingit dengan penjual, manipulasi suasana kebisingan tersebut dengan pura-pura anda tidak mendengar perbualan tersebut.

3) Pura-pura tidak faham English
Jika anda merasakan sedang didekati oleh scammer, pastikan anda tidak mengucapkan sebarang perkataan english walaupun yes atau no. Scammer biasanya akan menggunakan bahasa English sebagai bahasa pengantaraan.



4) Elakkan eye contac
Jangan pandang ke mata scammer ketika bercakap. Eye contact memberikan petunjuk anda berminat dengan apa yang diperkatakan. Larikan pandangan anda dengan tidak memandang tepat ke muka scammer bagi mengelakkan anda menjadi mangsa pukau.

5) Buat muka sombong
Tunjukkan muka sombong anda dan body  language kurang mesra. Ini akan menyelamatkan anda kerana scammer sukar mendekati dengan sikap anda yang sombong. Walaupun anda kelihatan tidak comel atau bengis ini lebih baik daripada menjadi mangsa scammer yang akan merencatkan mood melancong.

6) Muka blurr
Buat muka blurr sekiranya anda diminta untuk membuat sesuatu oleh scammer. Muka blurr dan reaksi tidak faham dengan apa yang suruh akan mengagalkan usaha scammer daripada menggunakan taktik tersebut. Segera berlalu dan tinggalkan tempat tersebut.

7) Yakin
Berjalan seolah-olah anda sebenarnya bukan pertama kali datang ke situ. berjalan dengan penuh yakin seperti anda mengetahui selok belok kawasan sekitar. Sangat penting untuk membuat kajian dengan berpandukan google maps sebelum ke sesuatu tempat.

8) Berpakaian seperti local
Skill peniruan ini sangat penting terutama bagi wanita yang travel solo ke negara yang taboo dengan pakaian wanita. Di negara timur tengah, wanitanya berpakaian menyelubungi seluruh tubuh dan hanya mengenakan pakaian hitam sahaja. Budaya setempat tidak membenarkan wanita keluar rumah seorang diri melainkan dengan mahram (bagi muslim). berpakaian seperti wanita tempatan akan mengelakkan anda daripada menjadi mangsa pandangan serong atau diambil kesempatan oleh lelaki tempatan. Ianya juga menunjukkan anda seorang yang memahami budaya tempatan dan cuba mengadaptasi pakaian anda demi menghormati budaya berpakaian mereka. 

Isnin, 18 Mac 2019

Panduan lengkap melaksanakan solat qasar dan jamak ketika travel

Melancong bukan bermakna untuk meninggalkan solat dengan sewenangnya. Tuntutan menunaikan solat adalah wajib bagi seorang muslim 5 kali sehari tanpa pengecualian. Apa pun keadaan, situasi, suasana, waima dalam keadaan sakit sekalipun islam mewajibkan untuk menunaikan solat. Namun sudah tentu ada rukhsah yang diberikan kepada mereka yang sakit dan tidak berkelapangan mempunyai banyak waktu umpamanya orang musafir, doctor yang perlu berada lama dalam bilik bedah dan lain-lain situasi yang wajar untuk mendapatkan ruksah solat.
Ruksah solat ialah keringan dalam melaksanakan solat. Ianya bermaksud seseorang yang terikat dengan waktu untuk bermusafir atau orang yang sakit maka Islam memberikan keizinan kepada mereka untuk qasar, jamak atau qasar dan jamak.
Mereka yang bermusafir dibolehkan untuk qasar dan jamak solat iaitu memendekkan solat dari 4 rakaat kepada 2 rakaat dan juga menghimpunkan solat iaitu sembahyang 2 solat dalam 1 waktu umpamanya solat asar dan juga zohor dalam waktu asar atau zohor.
i) Qasar
Memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat. Hanya sembahyang 2 rakaat sahaja zohor/asar/isyak.
ii) Jamak
Menghimpunkan 2 waktu solat dalam 1 waktu. Mendirikan sembahyang 4 rakaat waktu Zohor dan Asar samaada di awal atau di akhirkan solat. Kalau awal bermaksud, mendirikan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor. Kalau akhir bermaksud, mendirikan solat Asar dan Zohor dalam waktu Asar.
iii) Jamak dan qasar
Memendekkan dan menghimpunkan solat. Pendekkan 4 rakaat solat kepada 2 rakaat dan dalam masa yang sama menghimpunkan 2 solat dalam satu waktu. contohnya sembahyang qasar zohor 2 rakaat dan asar 2 rakaat dalam waktu zohor atau asar. Adapun bagi sembahyang maghrib tidak ada qasar 3 rakaat.  Tidak boleh dipendekan menjadi 2 rakaat tetapi perlu sembahyang 3 rakaat.
Terdapat pendapat yang mensyaratkan solat qasar hanya boleh dibuat bagi mereka yang bermusafir dengan niat yang baik sahaja. Muslim yang melancong ke negara tertentu semata-mata untuk tengok konsert artis maka tidak dibenarkan untuk mereka ruksah solat.



Terkini: New Zealand tutup lapangan terbang

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand menutup lapangan terbang Dunedin lewat hari ini selepas bungkusan mencurigakan ditemui.
“Lapangan Terbang Dunedin ditutup buat masa ini.
“Polis berada di lokasi dan pasukan khas diarah ke sana untuk memastikan isi bungkusan,” menurut kenyataan.
New Zealand berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi selepas pengganas kulit putih yang dipercayai menetap di bandar raya itu, membunuh 50 jemaah di dua masjid kelmarin. — AFP
Tarikh: 17 Mac 2018
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/03/542106/nz-tutup-lapangan-terbang-susulan-penemuan-pakej-misteri?fbclid=IwAR2GXXjW8sDoR4bONIGDyliTXyzboDfDUsbCSQoW1VFxGd9vYzkZ8vx0L9s

Ahad, 17 Mac 2019

5 tips penting keselamatan di airport elak menjadi mangsa keldai dadah antarabangsa

Airport merupakan tempat terpenting untuk berlepas ke luar negara melalui pengangkutan udara. prosedur keselamatan di airport tidak hanya perlu dipatuhi malah perlu sentiasa dipertingkatkan. Pihak pengurusan airport semestinya mempunyai prosedur standard keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pelancong. Ribuan manusia yang keluar masuk negara setiap hari dari pelbagai negara dan tujuan menjadikan airport bukan tempat selamat untuk individu. 
Kesedaran individu penting untuk memastikan keselamatan diri, harta benda supaya tidak menjadi mangsa penyeludupan sindiket dadah antarabangsa. Pelancong perlu menyedari sindiket-sindiket ini menjadikan airport sebagai cara paling cepat untuk penghantaran dadah ke luar negara. sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa sindiket ini tanpa disedari.

Adalah amat penting untuk pelancong mengetahui trick-trick yang digunakan oleh sindiket ini untuk mengaburi atau menjadikan anda kambing hitam membawa barang terlarang ke luar negara. Baca langkah keselamatan penting ini semasa di airport. 


1) Wrap beg
Banyak sindiket penghantaran dadah antarabangsa menjadikan airport sebagai platform mencari mangsa keldai dadah.  Wrapp beg anda sendiri dengan wrapping plastic dan pastikan semua zip compartment di kunci. Pad lock kecik hanya berharga kurang RM 4. Laburkan sedikit wang untuk membeli kunci untuk keselamatan beg dan barang berharga anda ketika travel. Lebih penting ini antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan beg anda dimasukkan oleh sesuatu yang menyalahi undang-undang tanpa pengetahuan anda.



2) Elakkan menjaga barang yang diminta untuk dijaga oleh orang yang tidak dikenali
Semasa di airport, sangat perlu untuk menjadi manusia kejam yang pentingkan diri sendiri demi keselamatan diri sendiri. Jangan menolong sesiapa sahaja yang meminta anda untuk tengok-tengokkan begnya atau meninggalkan bagasinya kepada anda semata-mata untuk ke tandas dan sebagainya. 

3) Jangan check in beg atau kotak orang lain
Anda sudah tentu tidak ingin merengkot dalam penjara kerana kecuaian kecil akibat terlalu percaya dengan orang dan atas sikap anda yang terlalu baik hati menolong sesiapa untuk check in barang, melihat beg dan sebagainya. Walau apa jua alasan yang diberikan termasuk jika ingin dibayar untuk check in barang orang lain atas nama anda, keputusan yang mesti anda buat ialah "NO".

4) Jangan tinggalkan beg sebarangan tanpa pemantauan
Jika perlu untuk menggunakan tandas, bawa beg bersama ke dalam tandas. Jangan sesekali meninggalkan beg anda tanpa pemantauan. Jika tidak dicuri mungkin anda bakal menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa yang sentiasa mencari mangsa untuk menjadi kambing hitam. Jika perlu, rancang masa untuk ke toilet dan sebagainya supaya anda tidak perlu meninggalkan beg..

5) Elakkan letak barang berharga dalam bagasi kargo
Telah banyak berlaku kecurian barang ketika proses pemindahan barang. Adalah sangat tidak selamat untuk meletakkan barang berharga anda di dalam luggage. Semua barang berharga terutamanya duit, passport, latop atau benda yang sensitif lebih baik dibawa sebagai hand carry dan jika perlu untuk dideclare tulis kan saja. Ini lebih baik daripada barang berharga tersebut dicuri yang akan menyebabkan percutian anda tergendala dan kehilangan mood travel.




Proses pemindahan bagasi juga menyebabkan kerosakan beg yang teruk sehingga ada yang pecah dan tidak boleh digunakan langsung. Sekiranya ini berlaku tuntut hak anda di airlines yang berkenaan.

Pembelian SMART SAFETY INNER klik travel safety shop


Ahad, 10 Mac 2019

Cara mudah menentukan arah kiblat menggunakan smart phone

Hanya dengan menggunakan smartphone, arah kiblat boleh ditentukan dengan mudah dan tepat. Penggunaan kompas untuk menentukan arah kiblat tidak lagi digunakan pada zaman teknologi canggih. Kecanggihan teknologi dan kemahiran serta kepakaran tinggi telah merubah cara menentukan kiblat dengan melalui traditional kepada menggunakan smartphone.
Solat tidak lagi susah untuk dilaksanakan pada masa kini. Hanya berbekalkan telefon pintar, umat islam boleh sembahyang di mana-mana sahaja. Arah kiblat akan ditunjukkan dengan jelas melalui skrin phone. Keterbatasan pengunaan smartphone untuk menentukan arah kiblat ialah sekiranya tiada internet ianya tidak dapat digunakan.
Walau bagaimanapun, hampir semua tempat di dunia ialah telah diliputi dengan jalur lebar. Internet merupakan saluran komunikasi utama di mana-mana negara.
Ikuti panduan mudah ini untuk menentukan arah kiblat menggunakan smartphone.

1) Buka website qiblatfinder. Klik sini


2) Klik got it



3) Klik allow devices camera. (penting untuk klik allow, jika tidak qiblat finder tidak boleh trace arah kiblat)



4) Klik allow devices location (penting untuk klik allow)



5) Perhatikan anak panah arah kiblat yang ditunjukkan di atas skrin smartphone













Rabu, 6 Mac 2019

Ini sebab Vaksin Pneumococcal wajib diambil oleh traveller

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis ( jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).


vaksin untuk traveler
Cucuk vaksin bagi traveller

Streptococcus pneumoniae boleh merebak dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan dari individu ke individu apabila terdapat hubungan secara langsung atau melalui titisan daripada bersin atau batuk dari orang yang dijangkiti. Bukan semua individu yang terdedah kepada bakteria tersebut akan dijangkiti. Sesetengah individu membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti. Kanak-kanak adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.

Vaksin memberi perlindungan terhadap banyak jenis dan strain bakteria . Perlindungan sesuatu vaksin bergantung kepada jenis strain yang terkandung dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal akan membantu merangsang badan menghasilkan antibodi terhadap Streptococcus pneumoniae yang menyebabkan penyakit ini. Ini kerana vaksin mengandungi sebahagian daripada bakteria yang dapat mencetuskan badan untuk membina imuniti terhadap bakteria tersebut . Sekiranya sesorang individu yang menerima vaksin tersebut dijangkiti dengan strain(serotaip) Streptococcus pneumoniae tertentu , antibodi ini akan membantu melindungi individu daripada penyakit.

Dalam erti kata lain, vaksin pneumokokal menyediakan vaksinasi terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain yan terdapat dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal mengandungi strain yang biasanya menyebabkan penyakit pneumokokal. Sekali cucuk boleh bertahan sehingga 5 tahun. Harga berbeza mengikut jenis dan brand ( rm120- rm300) termasuk consultation.
Kredit: FB Nasser Othman


Sabtu, 2 Mac 2019

9 cloud storage percuma dan selamat untuk simpan gambar travel



9 storage ini boleh digunakan untuk menyimpan gambar atau fail secara softcopy dan ianya percuma sahaja. tidak perlu lagi keluarkan duit untuk membeli pend drive at untuk simpan gambar travel. 

Korang yang selalu travel mesti banyak gambar-gambar yang diambil untuk kenangan. Gambar menyimpan pelbagai memori dan tentunya amat bermakna. Selalunya apabila balik travel, bukan sikit gambar yang diambil. Adakalanya mencecah ribuan keping gambar. Tentunya peningkan bagaimana untuk simpan gambar-gambar ini dari memory card. Sayang kalau gambar-gambar travel yang diambil hilang atau fail gambar tidak boleh dibuka. Pergi melancong bukan setiap masa. Sesetengah negara sekali seumur hidup dapat jejak kaki. Tentunya gambar akan menjadi kenangan terindah.


Gambar disimpan sama ada secara soft copy atau hard copy. Tetapi untuk print beribu-ribu gambar tentunya memerlukan budget yang besar. Apa salahnnya menyimpan dalam dua-dua cara. Storage percuma ini memberi kemudahan kepada anda untuk menyimpan gambar-gambar travel tanpa perlu keluarkan duit.

1) Facebook album
Hampir semua orang ada mempunyai akaun facebook. Cara paling mudah, cepat dan selamat ialah dengan menyimpan gambar-gambar travel anda dalam bentuk album. Create album di facebook akan memudahkan anda untuk mencari balik gambar-gambar travel sebelum ini mengikut nama album. Jika sekiranya anda terus memasukkan gambar-gambar di wall facebook tanpa membuat album terdahulu, masalah adalah gambar-gambar tersebut akan hilang ditelan garis masa facebook.semakin lama gambar tersebut semakin susah untuk anda mencari balik gambar-gambar yang sudah diupload. Cara paling mudah ialah dengan membuat album dan namakan untuk memudahkan anda mengingat. Tukar setting album kepada umum, kawan-kawan atau personal memgikut priority untuk berkongsi album gambar tersebut.

2) google drive
Merupakan produk google yang menyediakan storage percuma untuk anda menyimpan fail sebesar. Jika anda mempunyai akaun email gmail maka anda secara automatic boleh menyimpan gambar –gambar travel di google drive

3)jotta cloud
Buka website jotta cloud  sini

4) box.com
Klik  sini
5) dropbox.com
Klik  sini untuk sign up

6) onedrive.live.com
Klik sini
7) mega.nz
Buka laman web mega.nz di sini

8) pcloud.com
Buka website klik sini





9) Instagram travel personal
Buat satu page khusus di instagram untuk anda berkongsi gambar-gambar sepanjang travel. Perkongsian tentang cerita, pengalaman dan suka duka semasa travel di instagram adalah cara paling mudah untuk anda menyimpan segala kenangan dan cerita-cerita yang dilalui sepanjang berkunjung ke negara orang. Jika anda tidak pandai untuk berblog, maka intagram page adalah cara paling mudah. 


Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive