Melancong bukan bermakna
untuk meninggalkan solat dengan sewenangnya. Tuntutan menunaikan solat adalah
wajib bagi seorang muslim 5 kali sehari tanpa pengecualian. Apa pun keadaan,
situasi, suasana, waima dalam keadaan sakit sekalipun islam mewajibkan untuk
menunaikan solat. Namun sudah tentu ada rukhsah yang diberikan kepada mereka
yang sakit dan tidak berkelapangan mempunyai banyak waktu umpamanya orang
musafir, doctor yang perlu berada lama dalam bilik bedah dan lain-lain situasi
yang wajar untuk mendapatkan ruksah solat.
Ruksah solat ialah keringan
dalam melaksanakan solat. Ianya bermaksud seseorang yang terikat dengan waktu
untuk bermusafir atau orang yang sakit maka Islam memberikan keizinan kepada
mereka untuk qasar, jamak atau qasar dan jamak.
Mereka yang bermusafir
dibolehkan untuk qasar dan jamak solat iaitu memendekkan solat dari 4 rakaat
kepada 2 rakaat dan juga menghimpunkan solat iaitu sembahyang 2 solat dalam 1
waktu umpamanya solat asar dan juga zohor dalam waktu asar atau zohor.
i) Qasar
Memendekkan solat 4 rakaat
kepada 2 rakaat. Hanya sembahyang 2 rakaat sahaja zohor/asar/isyak.
ii) Jamak
Menghimpunkan 2 waktu solat
dalam 1 waktu. Mendirikan sembahyang 4 rakaat waktu Zohor dan Asar samaada di
awal atau di akhirkan solat. Kalau awal bermaksud, mendirikan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor. Kalau akhir bermaksud, mendirikan solat Asar dan Zohor dalam waktu Asar.
iii) Jamak dan qasar
Memendekkan dan
menghimpunkan solat. Pendekkan 4 rakaat solat kepada 2 rakaat dan dalam masa yang sama menghimpunkan 2 solat dalam satu waktu. contohnya sembahyang qasar zohor 2 rakaat dan asar 2 rakaat dalam waktu zohor atau asar. Adapun bagi sembahyang maghrib tidak ada qasar 3 rakaat. Tidak boleh dipendekan menjadi 2 rakaat tetapi perlu sembahyang 3 rakaat.
Terdapat pendapat yang
mensyaratkan solat qasar hanya boleh dibuat bagi mereka yang bermusafir dengan
niat yang baik sahaja. Muslim yang melancong ke negara tertentu semata-mata
untuk tengok konsert artis maka tidak dibenarkan untuk mereka ruksah solat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan