DISQUS SHORTNAME

Selasa, 6 Ogos 2019

5 cara mudah penjagaan kesihatan kulit dan tubuh badan ketika travel

Kecantikan  kulit dan tubuh badan wajar dikekalkan walaupun ketika anda bersiar-siar menikmati panaroma indah negara orang. Kulit yang terdedah secara langsung pada panas terik matahari akan membahayakan kulit wajah anda. tidak hanya mengalami hitam atau sunburn tetapi mungkin menimbulkan pelbagai masalah kulit yang lain. Baca tips dibawah untuk panduan penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit anda ketika melancong. 



1) Penjagaan muka dan kulit wajah
melancong bukan alasan menjadikan diri anda malas untuk menjaga kecantikan rupa paras. Pastikan anda  membawa bersama lotion pelembap yang bersesuaian dengan kulit anda. Lain kulit lain ragamnya. Hanya anda yang mengetahui keadaan sebenar kulit muka dan tubuh anda. Tetapi secara umumnya, jika melancong dalam musim panas, pastikan memakai sun block untuk melindungi radiasi dari pancaran matahari. Sebaliknya pada musim sejuk terutamanya winter, keadaan kulit akan menjadi kering dan anda perlu menggunakan pelembap bagi mengelakkan kulit anda kering dan merekah. Tidak perlu membawa lotion botol besar apabila travel. Isikan ke dalam botol kecil cukup untuk keperluan ketika travel sahaja bagi mengelakkan beg anda berat dan memakan ruang beg.

2) Penjagaan kaki
Pemakaian kasut atau selipar yang selesa adalah sangat penting. Anda pastinya akan menggunakan kaki pada setiap masa. Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah penjagaan kaki. Gunakan minyak atau lotion untuk mengelakkan tumit kaki anda kering dan merekah. Ianya bukan sahaja menjejaskan kecantikan tetapi sebenarnya akan menyebabkan anda mengalami kesakitan tumit. Apabila ini terjadi tentunya akan menjejaskan mood percutian anda. Pemilihan kasut atau selipar perlu dipentingkan untuk keselesaan kaki dan tumit bercirikan tapak kasut yang tidak mudah licin. 

3) Perlindungan kepala
i) Pakai topi
waktu panas di negara yang mengalami 4 musim adalah terlalu panas bagi orang Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Berada lama di bawah pancaran matahari bukan sahaja menyebabkan kulit ‘sunburn’, tetapi juga akan menyebabkan sakit kepala. Bagi wanita Islam, inilah hikmahnya bertudung. Bukan semata-mata kerana syariat malah jauh lebih itu syariat menutup aurat juga sebenarnya adalah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan tubuh badan dari penyakit juga api neraka. Sebaiknya pakai juga topi atau kalau rajin berpayung. Lindungi kepala anda dari terkena pancaran matahari secara langsung dalam tempoh lama.

ii) Pakai topi keledar
Sekiranya anda menyewa motosikal jangan berkompromi dengan topi keledar. Mohon syarikat penyewa kenderaan memberikan anda topi keledar yang berkualiti bukan yang telah haus bahagian span di dalamnya. Juga sekalipun undang-undang tidak mewajibkan anda memakai topi keledar umpamanya di Thailand, pakai topi keledar untuk perlindungan kepala anda dari perkara luar jangka. Ingat anda sekarang berada di negara orang. Sebarang kecelakaan akan menyebabkan anda menangung berganda kesusahan.

4) Kesihatan tubuh badan
Aktiviti jalan-jalan adalah perkara wajib apabila melancong. Anda menggunakan tenaga yang banyak dengan berjalan kaki atau mengalas bag pack. Sentiasa pastikan anda minum lebih air putih setiap hari. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan anda dehidrasi, mengalami simpton hysteria, dan juga akan cepat keletihan. Sentiasa bawa bersama botol air mineral sebagai peneman anda kemana-mana atau keluarkan duit dan beli sahaja air minuman. Tetapi jika ingin menjimatkan kos travel terutamanya backpackers, mengelakkan membeli air adalah perkara wajib perlu dibuat. Ambil sahaja air di hostel atau rebus sendiri. Jika perlu bawa supplement atau multivitamin untuk mengekalkan kecergasan dan juga stamina.


5) Perlindungan mulut dan hidung
Jika anda melancong di kawasan pedalaman yang kurang membangun, kebiasaanya kawasan jalan rayanya masih bertanah merah. Keadaan akan bertambah buruk jika musim kemarau dengan persekitaran yang berdebu. Adalah sangat penting dan amat perlu bagi anda memakai ‘face mask” sebagai perlindungan kesihatan dari debu, habuk dan kotoran.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive