DISQUS SHORTNAME

Selasa, 28 November 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: Panduan perjalanan ferry ke Batam

Trip Singapore-Batam-Malaysia

Batam merupakan Bandar ketiga tertinggi yang banyak dikunjungi pelancong di Indonesia. Bandar ini merupakan kesukaan warganegara Singapore untuk bercuti mungkin disebabkan mata wang negara Indonesia lebih murah berbanding dolar Singapore.

1) Perjalanan ke Batam dari Singapore

Untuk kesini melalui Singapore boleh mengambil ferry dari dengan tiket berharga 25 dollar Singapore ke Batam Center yang memakan masa sejam perjalanan. Terdapat beberapa kaunter tiket yang menyediakan perkhidmatan ferry sama ada ke Batam Center, Tanjung Pinang, Sekupang dan lain-lain pelabuhan di Batam. Ada beberapa pelabuhan ferry di Batam. Jadi kenal pasti pelabuhan yang terdekat dengan hotel sekiranya penginapan telah ditempah terlebih dahulu. Jika tidak, boleh turun di pelabuhan Batam Center. 

Di Singapore, boleh pilih untuk mengambil ferry di Harbour Front atau Tanah Merah. Jika menggunakan bas atau MRT turun di stesen Harbour Front dan juga Tanah Merah. Adalah sangat rekemen untuk menggunakan perkhidmatan ferry dari Majestic. Ferry yang baru, mempunyai aircond, tempat duduk yang selesa.


2)  Perjalanan ke Batam dari Stulang Laut

Bagi pelancong Malaysia yang ingin terus ke Batam boleh mengambil ferry dari Stulang Laut, Johor. Ferry bergerak pada setiap jam dan tambang jika dibeli untuk pergi dan balik adalah lebih murah dalam RM 130. Tiket sehala agak mahal.Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam jika turun di Batam Center. Dalam perjalanan ini akan dapat melihat negara Singapore. Jika masih belum menukar duit rupiah, sebelah kedai jual tiket ferry terdapat money changer.

3) Perjalanan pulang dari Batam Center ke Stulang Laut dan ke  Larkin, Johor

Perjalanan pulang dari Batam Center ke Stulang Laut mengambil masa 2 jam. Terminal ferry di Stulang Laut terletak di dalam shopping kompleks Berjaya Waterfront. Setelah urusan imigresen untuk cop passport  masuk ke Malaysia, perlu keluar dari bangunan shopping kompleks tersebut dan dari pintu utama jalan terus menghala ke kanan sehingga bertemu dengan perhentian bas berhadapan dengan pesisir laut. Tunggu bas disitu untuk ke Kompleks Imigresen sebelum mengambil bas seterusnya ke Terminal Bas Larkin, Johor. Tambang untuk kedua-dua perjalanan tersebut kurang dari RM 5. Lebih jimat daripada mengambil teksi.


Kesimpulannya, bagi yang ingin travel ke luar negara tetapi malas menggunakan flight, Batam merupakan pilihan terbaik untuk makan angin tanpa perlu risau kehabisan tiket ferry kerana perkhidmatan Batam ke Stulang dan sebaliknya adalah sejam sekali. Dengan duit rupiah yang lebih murah berbanding RM, pilihan melancong ke sini boleh dibuat dengan budget minimum. 

Baca tentang trip di Singapore klik sini. Ketahui tempat makan di Batam disini.


Jumaat, 17 November 2017

Trip ke Batam melalui Singapore:Jalan-jalan cari masjid di Batam

Keistimewaan Masjid Raya, Batam yang tidak ada pada masjid di Malaysia

Masjid merupakan tempat pengabdian khusus bagi orang Islam untuk menunaikan solat 5 waktu. Sejarah pembinaan masjid pada zaman Nabi menunjukkan fungsi masjid lebih dari sekadar masjid seperti yang diamalkan pada masa kini tetapi ianya turut merangkumi fungsi penyatuan social dan budaya masyarakat setempat, pengembangan ekonomi serta pejabat pemerintahan kerajaan memerintah.

Setelah sekian lama, dengan kewujudan dan pembinaan pusat-pentadbiran kerajaan maka fungsi masjid kian lama kian terhakis yang hari ini ianya hanya menjalankan fungsi-fungsi berkaitan keagaamaan semata-mata.




Di Batam, Masjid Raya Batam merupakan masjid utama di daerah ini dengan keluasan masjid yang besar, menempatkan ruang solat di bahagian atas dengan hiasan  lampu gantung besar di bahagian tengah masjid menjadikan masjid ini kelihatan mewah. 

Bahagian masjid ini mempunyai tandas, kedai runcit, ruang pejabat masjid, bilik pengawal, perpustakaan, bilik mesyuarat,bilik kegiatan aktivitis remaja, ruang pengajian serta banyak bilik-bilik yang lain. sepanjang bermusafir ke negara-negara, masjid disini satu-satunya masjid yang membenarkan  para musafir untuk tidur di dalamnya. Kemudahan bilik yang banyak dimanfaatkan sepenuhnya secara berkesan. Tidak pernah diketemukan masjid yang mempunyai perpustakaan siap dengan wifi percuma. Walaupun ruang perpustakaan tersebut tidak  sebesar mana tetapi usaha pihak pengurusan masjid untuk memakmurkan masjid ini dengan kemudahan bermanfaat pada jemaah wajar diambil contoh oleh pengurusan masjid di Malaysia. Buat photobook murah dengan harga diskaun di sini.

Baca tentang jejak sejarah Kelantan di Batam di sini

Rabu, 15 November 2017

Tempat menarik di Singapore: Jurong Bird Park

Jurong Bird Park ialah taman burung terbesar di Asia meliputi kawasan seluas 49 hektar. Juga terkenal sebagai taman burung paling famous di dunia. Disini terdapat konservasi pelbagai jenis burung dari seluruh dunia termasuk dari jenis bangau. Taman ini dihuni oleh 5000 burung dari 400 spesies. Taman ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin membawa anak-anak menghadapi cabaran dalam hutan tetapi bertemankan pelbagai spesies burung. Sangat bermanfaat bagi ibu bapa memperkenalkan pelbagai spesies burung dalam proses memberi pendidikan kepada anak-anak.


Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah:

1) Memberi burung makan
Pengunjung berpeluang menyaksikan lebih dekat aksi menarik burung-burung saat mereka makan. Sangat meriah dan lucu dengan aksi mereka mendapatkan makanan.

2) Aktiviti berkhemah
Bagi ibu bapa yang sukakan cabaran dan ingin merasai pengalaman berkhemah bersama anak-anak di dalam hutan bertemankan kicauan  burung, Jurong Bird Park menyediakan sedia menawarkan anda pengalaman tersebut.

3) Melawat pusat konservasi burung
Pengunjung berpeluang melawat makmal pusat konservasi burung, bilik kajian dan sebagainya berkaitan dengan proses pemuliharaan spesies burung yang hampir pupus dan juga unggas.


Alamat: Jurong Hill, Singapore
Hari: Isnin-Ahad
waktu beroperasi: 8.30am - 6pm
Harga tiket: SGD 35 
Tiket lebih murah dan ada diskaun jika dibeli online disini

Buat photobook klik sini semua gambar percutian anda. Lebih banyak info tempat-tempat menarik di Singapore klik sini. Panduan travel budget baca disini.



Rabu, 8 November 2017

Trip ke Singapore: 6 panduan travel budget di Singapore

Tips travel budget ini berguna bagi yang ingin merasai pengalaman ke Singapore tetapi dengan budget yang minimum. Disini disertakan tips-tips dan panduan bagi traveler yang ingin menjimatkan kos semasa berkunjung ke Singapore. 

1)Penginapan

Untuk menjimatkan wang pilihan terbaik ialah dengan balik bermalam di hostel sekitar johor. Dengan kadar sewa single room serendah rm 35 sudah boleh tidur lena tanpa gangguan. Tetapi jika memilih untuk bermalam di Singapore, pilihan hostel terbaik bagi traveler solo ialah menyewa bilik jenis dorm. Manakala bagi yang travel berdua atau dalam kumpulan boleh memilih bilik yang boleh dikongsi. Kadang-kadang dengan diskaun daripada hostel atau kupon diskaun daripada website traveloka menyewa bilik lebih berbaloi jika dapat berkongsi sewa. Baca lanjut di sini.

2)Pengangkutan

Jika berkungjung ke Singapore sekadar 2-3 hari dengan kesuntukan masa tetapi masih ingin berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar Singapore adalah lebih berbaloi menggunakan tourist pass. Boleh terus beli pass tanpa had dengan harga2 berikut:
1 hari Pass - 10 SGD + 10 SGD
2 hari Pass - 16 SGD + 10 SGD
3 hari  Pass - 20 SDG + 10 SGD

Kad ini merupakan kad tanpa had untuk menaiki MRT dan bas dan hanya boleh digunakan untuk pengangkutan sahaja. Kad ini tidak boleh digunakan untuk tujuan bayaran di kedai-kedai 7e dan sebagainya. Deposit 10 Sgd akan dipulangkan balik apabila kad ini dipulangkan semula. Baca lagi di sini.

Kad ini boleh didapati di stesen-stesen MRT berikut:
i)                 Bugis
ii)             Changi Airport
iii)          Chinatown
iv)           City Hall
v)              Lavender
vi)           Orchard
vii)        Raffles Palace
viii)    Samorset
ix)           Tanjung Pagar
x)              Woodlands

3) Internet

Di Singapore sangat banyak tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan open wifi seperti  di MRT, Mall, masjid, tempat tumpuan pelancong seperti Marina Bay, Chinatown. Malah adalah lebih berbaloi untuk menggunakan kemudahan wifi percuma di hostel sekiranya memilih bermalam di Singapore. Baca lanjut di sini.

4) Makanan

Jika backpacker  tegar yang hanya melancong ke Singapore untuk tempoh 2-3 hari semata-mata untuk ziarah dan makan tidak menjadi keutamaan, adalah lebih menjimatkan untuk membawa bekalan makanan segera yang mudah disediakan sekadar menghilangkan lapar seperti roti, maggi, biskut dan sedikit jajan. Tetapi, anda masih lagi boleh menikmati makanan dengan harga yang murah di port-port makanan muslim berikut klik sini.

Tempat-tempat ini merupakan tempat makan tumpuan warga muslim Singapore dengan harga yang murah berbanding di restoran.

5) Tempat menarik free

Banyak tempat menarik di Singapore yang tidak memerlukan tiket masuk tetapi masih lagi menjadi tumpuan pelancong bagi melihat keindahan Kota Singa. Antara kawasan menarik yang perlu dilawati apabila berkunjung ke Singapore ialah Merlion Park, Marina Bay Sand, Kampung Glam, Bugis street, Little India, Chinatown, Clark Quay. Perkongsian lengkap baca di sini.

6) Tempat shopping murah

Dengan kadar tukaran Ringgit Malaysia ke Singapore  3 kali ganda adalah sangat mahal untuk shopping di sana. Tetapi, harga barangan disana ada yang jauh lebih murah daripada Malaysia jika pandai membeli di tempat yang murah. Tidak semua barangan di sana mahal. Harga makanan disana jika tidak ditukar ke ringgit Malaysia secara relatifnya lebih murah berbanding Malaysia. Disana harga nasi beriyani boleh didapati dengan harga bawah 4-5 Sgd. Tetapi di Malaysia sepinggan nasi beriyani berharga RM 10 keatas. Bagi yang ingin membeli cenderahati murah disarankan untuk survey di 3 lokasi ini iaitu:

i)                 Bazar Mustafa di area Little India
ii)             Bugis market
iii)          China town

Baca lagi tentang tempat shopping best di sini. Untuk ke Singapore Zoo klik sini.

Buat photobook murah di sini.

Sabtu, 4 November 2017

Trip ke Singapore: elakkan disaman, ketahui undang-undang di Singapore

Perkongsian ini mengelakkan anda dari disaman di Singapore

“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”. Pepatah ini amat perlu dihadam bagi warga Malaysia yang berkunjung ke Singapore, negara yang banyak dengan undang-undang yang sama sekali jauh berbeza dengan Malaysia.Undang-undang Singapore amat tegas dan tanpa kompromi dengan mana-mana pesalah.

Sebaik memasuki tambak Johor  menuju ke imigresen Singapore semua tabiat dan perangai Malaysia perlu dibuang jauh-jauh. Disana setiap langkah harus diingatkan untuk mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang ditetapkan jika tidak ingin kena saman. Tukaran wang Singapore yang tinggi boleh menyebabkan anda bakal mengeluarkan beribu ringgit  Malaysia jika dikenakan saman.

1) Memandu di Singapore
Had memandu di Singapore hanyalah 60km. Di sana kamera dipasang di tempat-tempat tertentu bagi mengesan pemandu yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

2) Parking kenderaan
Kenderaan tidak boleh diletakkan sesuka hati terutamanya bagi yang membawa motosikal ke Singapore. Motor hendaklah di parking di tempat yang dibenarkan sahaja. 


3) Asap kenderaan
Kenderaan yang mengeluarkan asap tebal dan hitam melebihi syarat yang diperuntukan oleh National Environment Agencies.

4) Tidak membayar tambang pengangkutan awam
Setiap kali menaiki bas, pastikan anda membayar tambang atau mengetang kad Ezlink. Pihak penyedia bas mempunyai petugas khas yang akan masuk mana-mana bas bagi memastikan setiap penumpang membayar tambang. 

                                

5) Larangan merokok dan membuang potong rokok
Merokok di kawasan terbuka di tempat awam sememangnya satu kesalahan seperti juga di Malaysia. Namun di negara ini, penguatkuasaan undang-undang ini tidak setegas di Singapore. Perbuatan merokok dan membuang puntung rokok merata-rata menyebabkan anda boleh dikenakan saman jika ditangkap.
                                                           

6) Larangan meludah
Jika berada di tempat awam pastikan anda tidak meludah sebarangan. Meludah sebarangan di kawasan awam menyebabkan anda boleh dikenakan saman. Pegawai penguatkuasa sentiasa berada di mana-mana tanpa anda mengetahui kerana lazimnya mereka hanya berpakaian biasa.


7) Larangan memberi binatang makanan
Di sini, mereka sangat menjaga kebersihan alam sekitar. Untuk seseorang memberi makanan kepada kucing terbiar memerlukan mereka untuk berdaftar. Begitu juga untuk memberi makan kepada burung di taman-taman awam. Sebaiknya anda mengelakkan diri daripada bersikap prihatin terhadap binatang jika tidak mahu mengeluarkan duit membayar saman.

Untuk setiap kesalahan yang dilakukan minimum saman adalah 300 Sgd atau kurang lebih Rm 900. Jika anda dikenakan saman, tidak susah untuk membayar saman tersebut hanya melalui mesin sahaja. Cari mesin dibawah ini untuk menyelesaikan saman anda sebelum anda dihalang daripada memasuki Singapore. Semua jenis saman boleh dibayar menggunakan mesin ini.



Baca tentang panduan travel budget baca di siniKetahui port wifi free sini.

Khamis, 2 November 2017

Trip ke Singapore: 8 Tempat menarik yang wajib dikunjungi di Singapore

Di Singapore tarikan ke tempat menarik yang berbayar sememangnya berbaloi dengan duit. Walaupun tiket masuk agak mahal jika diukur dengan duit Malaysia tetapi tempat-tempat ini sangat berlainan dengan apa yang ada di Malaysia. Kerajaan Singapore sememangnya membina tarikan pelancong ini dengan mengambil kira segala aspek dan dapat dilihat ianya dibuat dengan penuh semangat. 


1) The Garden By The Bay
Taman yang cukup indah dengan dekorasi dan rekabentuk taman bunga dari pelbagai variasi bunga-bungaan segar dan berwarna-warni. Mempunyai 3 taman iaitu Bay East, Bay South dan Bay Central. Konsep taman ini ialah “taman dalam bandar” mengambil aspirasi seperti Central Park di New York. Design dan rekabentuk taman ini dipilih daripada firma arkitek dan lanskap  yang berjaya dalam pertandingan rekabentuk masterplan untuk taman ini melalui penyertaan daripada seluruh dunia. Taman ini pernah memenangi bangunan terbaik dunia di  pertandingan World Arcitecture Festival. Disini ada tempat yang free dan berbayar terutamanya  untuk masuk ke Flower Dome memerlukan tiket masuk. Baca lanjut disini Disini merupakan tempat terbaik bagi pencinta bunga dan flora.Untuk ke sini Sky Walk OCBC perlu membeli tiket masuk 8 SGD. Beli tiket online lebih mudah dan jimat di Klook tanpa perlu beratur panjang.



2) Sentosa Island

Pulau resort yang menempatkan pelbagai tarikan utama yang terkenal di Singapore. Pulau ini dulunya hanya sebuah perkampungan nelayan sebelum bertukar menjadi tempat yang mempunyai tarikan pelancong. Untuk kesini boleh menggunakan bas dan juga MRT. Banyak aktviti menarik yang boleh dibuat disini iaitu menikmati pantai, jalan kaki menyelusuri taman, mandi manda di park dan sebagainya. Banyak aktiviti menarik di sini, 


3) Uss Singapore
Taman tema permainan kanan-kanak dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dicuba. Disini merupakan tempat ibu bapa dan anak-anak meluangkan aktiviti bersama-sama. Tidak perlu diperkenalkan lagi keseronokan dan keriangan aktiviti-aktiviti disini. Tempat wajib bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak melancong sambil merapatkan hubungan. Dengan pelbagai taman tema air semestinya anak-anak akan pasti menyukainya. Untuk masuk ke sini perlukan tiket tetapi anda boleh dapatkannya dengan harga diskaun di Klook, klik sini. Baca selanjutnya tentang aktiviti menarik di USS klik sini.



4) Zoo Singapore

Dikenali dikalangan local sebagai Mandai Zoo, bertempat di Mandai Road.  Terdapat lebih 2800 ekor binatang mamalia, reptilian dan juga unggas. Dibina dalam kawasan hutan hijau, zoo Singapore akan memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di dalam hutan sebenar.  Merupakan antara zoo hutan hujan tropika yang bertaraf dunia semestinya Zoo Singapore adalah lokasi terbaik untuk memperkenalkan anak-anak dengan binatang. Untuk masuk ke sini semestinya berbayar. Beli tiket online di sini lebih murah dan jimat dengan harga diskaun. Baca lagi tentang Singapore Zoo dengan lebih detail disini.



Baca sambungan ke tempat menarik bahagian 2 disini. Untuk tips penginapan di Singapore klik sini











 



Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive