Di Singapore tarikan ke tempat menarik yang berbayar
sememangnya berbaloi dengan duit. Walaupun tiket masuk agak mahal jika diukur
dengan duit Malaysia tetapi tempat-tempat ini sangat berlainan dengan apa yang
ada di Malaysia. Kerajaan Singapore sememangnya membina tarikan pelancong ini
dengan mengambil kira segala aspek dan dapat dilihat ianya dibuat dengan penuh
semangat.
1) The Garden By The Bay
Taman yang cukup indah dengan dekorasi dan rekabentuk
taman bunga dari pelbagai variasi bunga-bungaan segar dan berwarna-warni. Mempunyai
3 taman iaitu Bay East, Bay South dan Bay Central. Konsep taman ini ialah
“taman dalam bandar” mengambil aspirasi seperti Central Park di New York.
Design dan rekabentuk taman ini dipilih daripada firma arkitek dan lanskap yang berjaya dalam pertandingan rekabentuk
masterplan untuk taman ini melalui penyertaan daripada seluruh dunia. Taman ini
pernah memenangi bangunan terbaik dunia di
pertandingan World Arcitecture Festival. Disini ada tempat yang free dan
berbayar terutamanya untuk masuk ke
Flower Dome memerlukan tiket masuk. Baca lanjut disini Disini merupakan tempat terbaik bagi
pencinta bunga dan flora.Untuk ke sini Sky Walk OCBC perlu membeli tiket masuk 8 SGD. Beli tiket online lebih mudah dan jimat di Klook tanpa perlu beratur panjang.
2) Sentosa Island
Pulau resort yang menempatkan pelbagai tarikan utama
yang terkenal di Singapore. Pulau ini dulunya hanya sebuah perkampungan nelayan
sebelum bertukar menjadi tempat yang mempunyai tarikan pelancong. Untuk kesini
boleh menggunakan bas dan juga MRT. Banyak aktviti menarik yang boleh dibuat
disini iaitu menikmati pantai, jalan kaki menyelusuri taman, mandi manda di
park dan sebagainya. Banyak aktiviti menarik di sini,
3) Uss Singapore
Taman tema permainan kanan-kanak dengan pelbagai
aktiviti menarik yang boleh dicuba. Disini merupakan tempat ibu bapa dan
anak-anak meluangkan aktiviti bersama-sama. Tidak perlu diperkenalkan lagi
keseronokan dan keriangan aktiviti-aktiviti disini. Tempat wajib bagi ibu bapa
yang ingin membawa anak-anak melancong sambil merapatkan hubungan. Dengan
pelbagai taman tema air semestinya anak-anak akan pasti menyukainya. Untuk
masuk ke sini perlukan tiket tetapi anda boleh dapatkannya dengan harga
diskaun di Klook, klik sini. Baca selanjutnya tentang aktiviti menarik di USS klik sini.
4) Zoo Singapore
Dikenali dikalangan local sebagai Mandai Zoo,
bertempat di Mandai Road. Terdapat lebih
2800 ekor binatang mamalia, reptilian dan juga unggas. Dibina dalam kawasan
hutan hijau, zoo Singapore akan memberikan anda pengalaman seolah-olah berada
di dalam hutan sebenar. Merupakan antara
zoo hutan hujan tropika yang bertaraf dunia semestinya Zoo Singapore adalah
lokasi terbaik untuk memperkenalkan anak-anak dengan binatang. Untuk masuk ke sini semestinya berbayar. Beli tiket online di sini lebih murah dan jimat dengan harga diskaun. Baca lagi tentang Singapore Zoo dengan lebih detail disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan