sambungan part 2: tempat menarik di Singapore
5) SEA Aquarium
Kalau Malaysia mempunyai Akuaria di KLCC tetapi disini akuarianya lebih besar dengan pelbagai jenis hidupan air. 100, 000 ribu haiwan air dari 8000 spesies akan memberikan mata anda haiwan air yang tidak pernah dilihat di mata anda. Walaupun tempat ini berbayar tetapi ianya jauh sangat berbaloi untuk masuk di sini berbanding Aquaria. Aquarium yang sangat besar dan pelbagai jenis hidupan unik sangat mengujakan apatah lagi anak-anak anda. Untuk tiket masuk ke sini, klik sini untuk check harga tiket.
6) Jurong Bird Park
Taman burung yang menempatkan lebih 5000 ekor dari 400 spesies burung. Pengunjung boleh bermain-main dengan burung yang jinak dan melihat pelbagai jenis burung berbeza warna, bentuk, nama dan spesies. Untuk pencinta burung dan unggas tempat ini sangat best melihat warna-warni burng dan pelbagai variasi burung. Untuk beli tiket online ke Jurong Bird Park klik sini. Pembelian tiket secara online memang lebih murah dari di kaunter. Baca detail disini tentang aktiviti menarik di Jurong Bird Park.
7) Esplanade
Tidak susah untuk ke tempat-tempat menarik di Singapore dengan hanya menggunakan MRT anda boleh sampai ke destinasi menarik dengan mudah dan cepat. Klik sini untuk panduan MRT ke tempat menarik seluruh Singapore. Ketahui lokasi shopping di Singapore di sini.
Rekabentuk bangunan yang unik seperti sebuah durian. Ianya merupakan theathre yang berbentuk gedung membeli belah. Ruang dalaman dan reka bentuk theathre ini dicipta untuk memenuhi sebuah theathre terbaik untuk pencahayaan dan juga muzik. Di Espalanade sendiri terdapat pelbagai tarikan lain yang boleh dikunjungi seperti Visual Arts Space, Perpustakaan, Outdoor Threatre dan lain-lain. Terletak berhampiran dengan Merlion Park.
8) Clarke Quay
Menaiki bot air yang akan menyelusuri di sepanjang sungai membawa anda menikmati keindahan waktu malam di sekitar Marina Bay, Merlion Park dan sebagainya. Clarke Quay merupakan pusat perdangangan terpenting di Singapore sebelum Singapore menjadi sebuah bandaraya maju dan moden. Hari ini tempat ini masih lagi menjadi tempat sibuk yang menyediakan perkhidmatan river cruise kepada pelancong.
Tidak susah untuk ke tempat-tempat menarik di Singapore dengan hanya menggunakan MRT anda boleh sampai ke destinasi menarik dengan mudah dan cepat. Klik sini untuk panduan MRT ke tempat menarik seluruh Singapore. Ketahui lokasi shopping di Singapore di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan