DISQUS SHORTNAME

Khamis, 23 Mei 2019

6 isu berkaitan visa yang perlu diberi perhatian sebelum travel

Dokumen terpenting untuk perjalanan ke luar negara selain daripada passport adalah visa. Untuk urusan kemasukan ke sesebuah negara, mana-mana pelancong perlu memahami syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negara terbabit sama ada memerlukan visa, voa atau ETA serta tempoh masa visa.
Isu-isu berkaitan visa yang perlu diberi perhatian.
i) Jenis visa
ii) Syarat permohonan visa
iii) Kadar bayaran permohonan visa
iv) Tempoh masa visa
v) Keperluan visa untuk penerbangan transit
vi) Pemberian visa mengikut jalan darat, laut atau udara

Ada sesetengah negara WAJIB visa pelancong. Visa ini pula ada beberapa jenis iaitu :
1. Visa
Sesetengah negara tidak membenarkan warganegara tertentu untuk memasuki negara mereka. Tetapi mereka diwajibkan untuk memohon visa jika ingin memasuki negara terbabit. Ianya bermaksud keizinan memasuki negara larangan boleh diperolehi melalui permohonan visa di kedutaan negara terbabit. Visa perlu memohon sebelum anda memasuki negara larangan dan kebiasaanya ada caj visa yang akan dikenakan. India telah pun menaikkan visa negaranya kepada pelancong Malaysia berkali ganda, manakala untuk memasuki Myammar, Australia perlukan visa. Ada negara yang membenarkan permohonan visa secara online. Jika negara terbabit tidak mempunyai kedutaan di negara ini, maka anda perlu berhubung dengan kedutaan di negara yang paling dekat.
2. Visa On Arrival (VOA)
VOA diberikan kepada pelancong sebaik sampai di dalam negara terbabit. Iaitu keizinan secara automatic memasuki negara mereka tetapi dalam tempoh masa tertentu. Traveller tidak perlu ke kedutaan tetapi traveler perlu mengisi borang visa sementara bila sudah sampai di sesebuah negara. Walau bagaimanapun, traveler perlu memastikan syarat voa sama ada diberikan kepada pelancong yang melalui jalan darat atau laut, atau udara. Terdapat negara tertentu yang hanya memberikan voa kepada pelancong yang memasuki negara mereka airport sahaja. Isu lain berkaitan visa ialah sama ada visa diperlukan atau tidak jika transit di negara yang memerlukan visa. Untuk lebih kepastian, lebih baik berhubung dengan kedutaan negara terbabit atau menghubungi airlines. Kebiasaannya VOA ini akan luput mengikut tempoh berapa lama anda menetap disana dan bawah tempoh 30 hari.
3. Electronic Travel Authority (ETA) 
Permohonan visa dibuat secara atas talian. Negara Australia memerlukan ETA. Ini link untuk mohon ETA  https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas
4. E-VISA 
Seperti juga ETA, sesetengah negara mengguna pakai E-Visa.Traveller perlu mohon di website ini  www.evisa.gov.tr

NANTIKAN PELANCARAN SMART INNER TRAVEL, SAFETY INNER
STAY SAFE, KEEP TRAVEL


Isnin, 20 Mei 2019

PTPTN pertimbangkan semula sekatan ke luar negara

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.
Dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN hari ini, termasuk pengerusi Wan Saiful Wan Jan, perbadanan itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.
Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.
Sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran, jelas Mastura kepada wakil media.
"Lebih daripada dua pertiga peminjam PTPTN yang gagal bayar balik pinjaman, mula membayar balik selepas pihak kami mengenakan sekatan perjalanan. Daripada satu juta peminjam yang gagal membayar balik hutang, 684,000 daripadanya membuat kembali melunaskan bayaran pinjaman, hanya 332,000 sahaja yang masih tidak membuat sebarang pembayaran.
"Bagaimanapun, kaedah ini dihentikan kerana ia menyebabkan kesulitan (kepada peminjam yang mahu melakukan perjalanan ke luar negara) kerana mereka dihalang (daripada meninggalkan negara) di pintu keluar sempadan.
"Kini, (antara) cadangan yang kami terima untuk PTPTN, peminjam yang tidak membuat bayaran dilarang memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan dan juga menyiarkan gambar mereka di khalayak ramai serta menyenarai hitam ahli keluarganya daripada pinjaman pendidikan PTPN," katanya lagi.
Pada 26 Jun, Wan Saiful mengumumkan sekatan perjalanan terhadap peminjam yang ingkar ditarik balik. Sebanyak 429,945 peminjam PTPTN yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen turut dibatalkan.
Menghapuskan dasar menyenarai hitam peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang merupakan antara manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.
Janji lain mengenai PTPTN adalah menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
Menurut Wan Saiful, PTPTN sedang mengumpul maklumbalas daripada orang awam berkenaan cadangan-cadangan yang diterimanya buat masa ini dan akan membawanya ke mesyuarat kabinet bagi mendapatkan keputusan muktamad.
Jelas Wan Saiful lagi, badan tersebut turut mengalu-alukan orang ramai memberi pandangan melalui tinjauan atas talian, yang akan dibuka kepada umum pada lewat petang hari ini sehingga 13 Jun 2019.
Sesiapa yang berminat untuk memberi maklum balas terhadap hal ini boleh melayari laman PTPTN 'Konsultasi Rakyat'.
"Semasa sesi urus libat (bersama para pemegang taruh), terdapat perbincangan mengenai keberkesanan sekatan perjalanan. Terdapat juga pandangan bahawa kaedah tersebut perlu diteruskan terhadap peminjam yang 'liat membayar hutang' bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab.
"Namun, kami akan mengambil pendirian sederhana dalam rundingan ini. Kami mengumpul kesemua cadangan daripada rakyat dan kemudian kerajaan akan membuat keputusan.
"Sekiranya, cadangan sekatan perjalanan turut diterima dalam Konsultasi Rakyat, kami akan membawanya ke kabinet," kata Wan Saiful.
PTPTN mungkin tak wujud 20 tahun lagi
Dalam taklimat hari ini, Mastura turut menjelaskan sejarah PTPTN dan unjuran hutang dana kepada media.
Beliau berkata PTPTN setakat Februari ini telah mengeluarkan sejumlah RM56 bilion, manakala jumlah kutipan hutam peminjam cuma sebanyak RM8.4 bilion.
Menurut Wan Saiful dan Mastura, PTPTN dijangka akan menanggung hutang kira-kira RM76 bilion dalam masa 20 tahun lagi.
"Ini bermakna PTPTN mungkin tidak lagi dapat membiayai pinjaman atau mungkin sudah tidak wujud lagi," katanya.
Mastura menegaskan sekiranya ini berlaku, orang ramai akan terpaksa bergantung kepada institusi kewangan swasta untuk membuat pinjaman pelajaran dan bilangan pelajar yang memperoleh pembiayaan akan menjadi lebih rendah.
Tarikh: 16 Mei 2019

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive