Dokumen terpenting untuk
perjalanan ke luar negara selain daripada passport adalah visa. Untuk urusan
kemasukan ke sesebuah negara, mana-mana pelancong perlu memahami syarat
kemasukan yang ditetapkan oleh negara terbabit sama ada memerlukan visa, voa
atau ETA serta tempoh masa visa.
Isu-isu berkaitan visa yang
perlu diberi perhatian.
i) Jenis visa
ii) Syarat permohonan visa
iii) Kadar bayaran
permohonan visa
iv) Tempoh masa visa
v) Keperluan visa untuk penerbangan
transit
vi) Pemberian visa mengikut jalan darat, laut atau udara
Ada sesetengah negara WAJIB
visa pelancong. Visa ini pula ada beberapa jenis iaitu :
1. Visa
Sesetengah negara tidak
membenarkan warganegara tertentu untuk memasuki negara mereka. Tetapi mereka
diwajibkan untuk memohon visa jika ingin memasuki negara terbabit. Ianya
bermaksud keizinan memasuki negara larangan boleh diperolehi melalui permohonan
visa di kedutaan negara terbabit. Visa perlu memohon sebelum anda memasuki
negara larangan dan kebiasaanya ada caj visa yang akan dikenakan. India telah
pun menaikkan visa negaranya kepada pelancong Malaysia berkali ganda, manakala
untuk memasuki Myammar, Australia perlukan visa. Ada negara yang membenarkan
permohonan visa secara online. Jika negara terbabit tidak mempunyai kedutaan di
negara ini, maka anda perlu berhubung dengan kedutaan di negara yang paling
dekat.
2. Visa On Arrival (VOA)
VOA diberikan kepada
pelancong sebaik sampai di dalam negara terbabit. Iaitu keizinan secara
automatic memasuki negara mereka tetapi dalam tempoh masa tertentu. Traveller
tidak perlu ke kedutaan tetapi traveler perlu mengisi borang visa sementara
bila sudah sampai di sesebuah negara. Walau bagaimanapun, traveler perlu
memastikan syarat voa sama ada diberikan kepada pelancong yang melalui jalan
darat atau laut, atau udara. Terdapat negara tertentu yang hanya memberikan voa
kepada pelancong yang memasuki negara mereka airport sahaja. Isu lain berkaitan
visa ialah sama ada visa diperlukan atau tidak jika transit di negara yang
memerlukan visa. Untuk lebih kepastian, lebih baik berhubung dengan kedutaan
negara terbabit atau menghubungi airlines. Kebiasaannya VOA ini akan luput
mengikut tempoh berapa lama anda menetap disana dan bawah tempoh 30 hari.
3. Electronic Travel Authority (ETA)
Permohonan visa dibuat secara atas talian. Negara Australia memerlukan ETA. Ini link
untuk mohon ETA https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas
4. E-VISA
Seperti juga ETA, sesetengah negara mengguna pakai E-Visa.Traveller perlu mohon di website ini www.evisa.gov.tr
NANTIKAN PELANCARAN SMART INNER TRAVEL, SAFETY INNER
STAY SAFE, KEEP TRAVEL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan