DISQUS SHORTNAME

Rabu, 24 April 2019

Bayi meninggal ketika dalam penerbangan Kuala Lumpur ke Perth

SEORANG bayi meninggal dunia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia pada pagi Isnin, lapor ABC News Australia.
Polis Australia Barat mengesahkan kematian bayi itu, sambil menambah tiada sebarang keraguan yang mengakibatkan kematiannya.
Dilaporkan pihak polis sedang membuat laporan untuk koroner.
AirAsia ketika dihubungi mengesahkan kecemasan perubatan dilakukan membabitkan bayi berkenaan bagi penerbangan D7236.


"Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi dan keluarga yang terlibat dalam ingatan kami," kata jurucakap AirAsia dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada The Star Online.
Jurucakap berkata, pesawat itu didatangi pakar perubatan dan pihak berkuasa berkaitan sewaktu ia tiba di lapangan terbang, termasuk Polis Australia Barat.
"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami sentiasa menjadi keutamaan kami, dan kru penerbangan memohon bantuan perubatan semasa pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth mengikut prosedur.
"Susulan insiden itu, penerbangan D7237 AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas pagi ini pada pukul 6.50 pagi ditunda," ujar jurucakap itu.
Menurut syarikat penerbangan itu, ia akan membantu dan membuat semula tempahan bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur tengah hari Isnin.
"AirAsia memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku akibat kelewatan penerbangan D7237," tambah jurucakap itu. - The Star

Tarikh: 22 April 2019

Sumber:
lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/04/22/bayi-meninggal-dalam-pesawat/#S1iKuW3pYle4Rvwg.99

Isnin, 8 April 2019

Airport Artartuk, Istanbul secara rasminya ditutup

Pada 7 April 2019, Airport Artartuk, Istanbul secara rasminya ditutup kepada semua operasi penerbangan. Operasi penerbangan negara Turki secara rasminya menggunakan airport baru yang dikenali sebagai Istanbul Grand Airport bermula 6 April 2019.

Kepada mana-mana traveller yang melancong ke Turki, penerbangan akan secara rasminya akan berlepas atau tiba di Istanbul Grand Airport dan bukan lagi turun di Atartuk Airport.

Sabtu, 6 April 2019

5 Tips berguna keselamatan ketika travel

Nak travel safety adalah keutamaan. Penting untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan, kecederaan atau kehilangan harta benda ketika travel. 

Baca tips dibawah 👇👇👇👇
Tips 1: Keselamatan diri
Elakkan memakai pakaian menjolok mata. Tidak keluar malam berseorangan dan elakkan berjalan seorang diri di lorong-lorong sunyi.


Tips 2: Keselamatan duit
Simpan duit di banyak tempat untuk elakkan duit kehilangan sekaligus seperti dalam singlet berpoket, smart safet inner, travel safety belt, pouch beg, beg sling, poket seluar dan baju.


Tips 3: Keselamatan pasport
Pasport perlu dibawa sentiasa sebagai tanda pengenalan diri ketika di luar negara. Simpan pasport di tempat selamat dan elakkan pasport kebasahan.



Tips 4: Keselamatan luggage
Kunci semua poket dan zip lugage. Wrap luggage menggunakan plastik wrap dan sarung lugage.

Tips 5: Keselamatan  makanan
Pilih restoran atau kedai makan yang bersih dan persekitaran bersih. Elakkan makan makanan terdedah. Minum air yang dimasak.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive