DISQUS SHORTNAME

Sabtu, 27 Julai 2019

5 tips penting keselamatan wang ketika melancong

Keselamatan wang ketika melancong jarang dibangkitkan oleh mana-mana pihak. Tanpa wang mana mungkin seseorang boleh melancong. Kemampuan melancong bergantung sejauh mana seseorang mempunyai wang. Tanpa wang yang cukup sama ada secara tunai atau kredit, aktiviti melancong tidak akan membawa ke mana-mana. Penting untuk mengambil langkah keselamatan bagi memastikan duit anda sentiasa selamat tanpa dicuri atau dirompak.


Dunia telah pun menuju era cashless iaitu dunia tanpa wang ringgit. Ianya bukan bermaksud melancong tidak lagi memerlukan wang tetapi zaman membawa duit berkepuk-kepuk ketika melancong tidak lagi praktikal pada masa kini. Dengan kacanggihan teknologi dan pihak bank yang berlumba-lumba memberikan servis kredit kepada pelanggan, golongan yang suka melancong merupakan sasaran bisnes pihak mereka. Bank-bank didunia kini sudah pun banyak menawarkan perkhidmatan rentas negara dan perbankan online interbank. Dengan hanya menggunakan sekeping kad, pengguna kad boleh mengeluarkan duit dimana-mana ATM. Paling tidak hanya dengan sekali layang kad di mesin pengimbas, pengguna sudah boleh membayar.



1) Penukaran wang di money changer
Seharusnya anda perlu menukar wang ke matawang negara yang akan dilawati. Sebelum menukar wang, check matawang terkini negara terbabit bagi mengelakkan anda diberi wang lama yang mungkin tidak dapat digunakan lagi di negara tersebut. Sebaiknya minta not atau wang dalam bentuk kecil. Elakkan menerima wang not besar not 100. Ini bagi mengelakkan anda bermasalah untuk membuat pembayaran dan juga dapat mengurangkan risiko ditipu. Jika masih mempunyai not besar cara terbaik untuk menukar duit tersebut ialah dengan membeli apa-apa barang di pasaraya besar atau kedai serbaneka yang mempunyai mesin kira automatik seperti 7 eleven,  dan lain-lain.

2) Keselamatan wang ketika membeli

i) Bayar dengan duit secukupnya
Jangan sekali-kali menggunakan duit besar untuk membuat pembayaran apabila membeli di kedai-kedai tepi jalan, pasar dan sebagainya. Cara terbaik untuk menggelakkan di scam ketika membeli ialah dengan membayar secukupnya atau hanya menggunakan note besar yang bakinya tidak terlalu besar.

ii) Jangan dedahkan dompet duit
Elakkan mendedahkan dompet duit ketika membuat pembayaran, seboleh mungkin sembunyikan dompet daripada pandangan mata penjual atau orang ramai. Sifat riak dan takabur kerana banyak duit di negara orang boleh membahayakan diri anda sendiri.

iii) Pisahkan dokumen berharga dengan duit 
Simpan ditempat berlainan antara dokumen seperti pasport dengan duit. Langkah ini mengelakkan anda kehilangan semua dokumen penting dan duit sekaligus.


3) Penyimpanan wang ketika travel
Untuk travel, wang adalah segala-galanya selain kesihatan dan tubuh badan yang sihat. Anda boleh mengurangkan budget travel anda tetapi tetap wang perlu ada untuk meneruskan langkah ke mana-mana. Pastikan anda tidak menyimpan wang dalam satu tempat simpanan sahaja umpamanya hanya menyimpan dalam dompet sahaja. Ini sangat bahaya  jika anda tidak berhati-hati dengan dompet anda berisiko kehilangan semua duit melancong anda. Sebaliknya cara hanya selamat ialah dengan membahagikan wang anda untuk disimpan di tempat yang berasingan. Dengan cara macam ini, anda dapat mengurangkan risiko kehilangan duit sekaligus. Antara tempat simpanan wang ialah didalam singlet baju dengan memakai singlet berkocek, beg pinggang, dalam kasut, stoking, letakkan sedikit duit dalam kocek yang untuk kegunaan pada hari tersebut sahaja.

4) Penyimpanan kad kredit
Kad kredit pastikan disimpan dengan betul supaya kad anda tidak terkena air.kad yang terkena air akan berisiko tinggi cip rosak menyebabkan kad anda bermasalah dan tidak dapat digunakan. sentiasa ada back up plan sekiranya kad anda tidak dapat digunakan. Bawa bersama wang USD atau Euro sebagai simpanan anda ketika kecemasan. Kedua-dua matawang ini sangat senang untuk diterima di mana-mana money changer untuk ditukar ke matawang tempatan.

5) Pengeluaran wang semasa di luar negara
Membawa wang yang banyak ketika travel memang berisiko. Ada baiknya juga membawa kad kredit untuk mengurangkan risiko dirompak dengan wang yang banyak. Bawa separuh dalam bentuk wang, separuh lagi menggunakan kad kredit terutamanya untuk membayar bil hotel atau transport atau membeli belah di shopping mall yang menerima kad kredit. Sekiranya membawa kad kredit, anda perlu mengaktifkan dulu untuk pengeluaran antarabangsa sebelum dapat digunakan di luar negara.

Ahad, 21 Julai 2019

5 tips berpakaian untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri ketika travel

Sekalipun melancong untuk berseronok dan melepaskan segala tekanan namun aspek keselamatan dan kesihatan diri tidak harus diabaikan. Tips berpakaian dibawah untuk memastikan anda kekal sihat dan selamat ketika melancong.



a) Tidak memakai barang berharga
barang kemas dan wanita memang rakan baik. Tetapi apabila melancong, simpan barang kemas anda. Elakkan memakai barang kemas. Dan jauhkan diri anda dari menjadi mangsa rompakan. Sekiranya anda memakai jam tangan berharga, selindungkan jam tersebut di sebalik lengan baju. Kurangkan bahaya pada diri sendiri dengan menjauhkan segala faktor bahaya yang boleh membahayakan diri anda ketika travel.

b) Pakaian seksi
jika anda muslim, ianya tidak menjadi masalah jika anda menutup aurat dengan sempurna. Sekalipun travel tetapi perintah menutup aurat selamanya adalah wajib. Tetapi bagi wanita bukan Islam, jangan terlalu memakai pakaian seksi ketika melancong sehingga boleh menimbulkan nafsu lelaki melihat anda. Ingat, anda sedang melancong di negara orang yang mana anda bertemu dengan orang asing. Jangan jadikan pakaian anda sebagai masalah kepada diri sendiri. Elakkan memakai pakaian seksi, jauhkan diri daripada menjadi mangsa rogol atau sexual harrasment di negara orang.

c) Pakaian mengikut musim
Pilih pakaian yang bersesuaian dengan musim di negara yang ingin dilawati.
Tips pemilihan pakaian travel mengikut musim
Langkah keselamatan elak acute

d) Kasut
Pemilihan kasut atau selipar ketika travel amat penting dititik beratkan. Kasut atau selipar perlu mempunyai tahap keselamatan yang tinggi iaitu tapak yang mengcengkam kuat. Bagi yang melancong pada musim winter atau memilih untuk melakukan aktiviti hiking ketika travel adalah sangat penting memakai kasut winter atau hiking boot yang kalis air dan juga tapak kasut yang boleh digunakan untuk berjalan di atas ais. Apapun jangan amik mudah soal kasut/selipar. Kecederaan juga boleh berlaku hanya kerana anda gagal atau sambil lewa tentang aspek keselamatan dalam pemakaian alas kaki.

e) Beg
Beg yang ergonomic sesuai dengan postur badan. Reka bentuk beg mengambil kira anatomi tubuh badan bagi memelihara tulang belakang.
Sangat mahal tetapi selesa untuk digalas kerana tidak menganggu dan tidak memberi lebih tekanan kepada tubuh.

Bagi wanita, beg sling lebih sesuai dipakai ketika travel. Apabila travel anda tidak perlu membawa segala jenis barang untuk diisi di dalam beg memadai dengan kad kredit, wang, dan juga sedikit ruang untuk meletak botol air, kacamata. Beg sling kecik dan ringkas lebih sesuai untuk dibawa ketika travel. Tinggalkan handbeg anda di rumah dan melancong dengan santai tanpa memberatkan anda untuk membawa handbag yang besar gedabak.

Bagi yang travel bersama anak kecil, pilih beg yang bersesuaian supaya badan anda tidak menangung beban yang berlebihan. Dengan mengendong anak kecil ditambah pula dengan beg sandang di belakang tentunya akan menjadikan badan anda cepat kepenatan. Kurangkan beban menggalas dengan memilih bag pack yang ergonomic dan kurang berat :light weight”. Anda tidak boleh mengurangkan berat baby tetapi anda mampu memilih beg yang ringan untuk kesihatan tubuh anda dan tulang belakang.


Selasa, 2 Julai 2019

Tips penting keselamatan dan kesihatan makanan ketika travel

Amalan pengambilan makanan yang betul dan sihat tersangat penting untuk dijaga ketika melancong. pengambilan makanan yang salah dan tidak menyihatkan akan mendatangkan keracunan atau keradangan pada perut. Akibatnya, mood travel akan berkecai sekiranya anda terpaksa berkejar ke hospital. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian sebelum mahupun ketika anda melancong di negara orang. 

a) Persediaan bekalan makanan
Makan tetap menjadi keperluan walaupun ketika travel. Boleh berjimat dengan menghadkan pengambilan makanan tetapi anda lebih tahu tentang tahap kesihatan tubuh sendiri. Bagi yang mengalami gastrik tentunya akan menjadi masalah besar sekiranya lambat makan atau tidak menjamah makanan dalam tempoh yang lama. Jadi rancang perjalanan dan bawa makanan yang bersesuaian untuk keperluan tubuh anda.

b) Pengambilan makanan ketika travel
Elakkan memakan makanan pedas ketika travel sekiranya perut anda tidak tahan pedas. Makanan street food memang murah dan nampak menyelerakan. Tetapi jangan sebarang membeli street food sebelum anda memastikan tahap kebersihan makanan dan keadaan persekitaran. Hanya makan makanan tersebut setelah anda berpuas hati dengan tahap keselamatan makanan tersebut. Ini penting bagi mengelakkan anda mengalami cirit birit. Cirit birit yang teruk boleh menyebabkan anda dehidrasi yang teruk dan membahayakan nyawa. Anda tentu tidak mahu masuk wad di negara orang. Selain menganggu aktiviti melancong, anda juga perlu menanggung bil hospital yang mahal kerana bukan warganegara. Makan makanan sihat, elakkan makanan jalanan yang terlalu terdedah dengan pencemaran habuk, debu dan sebagainya.

c) Elakkan ditipu ketika membeli makanan
Jika anda memilih untuk makan di mana-mana restoran atau membeli apa jua makanan, perkara kedua yang mesti anda perhatikan adalah harga. Hanya makan di kedai atau beli makanan yang mempunyai harga atau anda boleh mengambil langkah bertanya dulu harga makanan sebelum membeli. Ramai penjual di mana-mana negara sekalipun akan cuba mengambil kesempatan ketika anda membeli-belah.

d) Makanan halal
Bagi pelancong muslim, perkara ini sangat penting untuk diambil perhatian. Sekalipun ketika melancong, pengambilan makanan halal perlu dititik beratkan demi menjaga syariat Agama. Skop makanan yang diiktiraf sebagai halal perlu difahami betul-betul bagi mengelakkan anda terjebak dalam perkara syubhah. Umumnya sekiranya anda mengambil makanan vegetarian, belum tentu ianya halal jika peralatan yang digunakan daripada bekas memasak babi dan juga jika tukang masak tersebut menggunakan rencah/perasa masakan yang mengandungi unsur babi. Maka disini, langkah yang perlu diambil bagi memastikan anda benar-benar yakin dengan status halal makanan/ restoran tersebut ialah dengan menyemak logo halal yang dikeluarkan oleh badan agama negara terbabit.

Share jika artikel ini bermanfaat

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

archive