Sekalipun melancong untuk berseronok dan melepaskan segala tekanan namun aspek keselamatan dan kesihatan diri tidak harus diabaikan. Tips berpakaian dibawah untuk memastikan anda kekal sihat dan selamat ketika melancong.
a) Tidak memakai barang berharga
barang kemas dan wanita memang rakan baik. Tetapi
apabila melancong, simpan barang kemas anda. Elakkan memakai barang kemas. Dan
jauhkan diri anda dari menjadi mangsa rompakan. Sekiranya anda memakai jam
tangan berharga, selindungkan jam tersebut di sebalik lengan baju. Kurangkan
bahaya pada diri sendiri dengan menjauhkan segala faktor bahaya yang boleh
membahayakan diri anda ketika travel.
b) Pakaian seksi
jika anda muslim, ianya tidak menjadi masalah jika
anda menutup aurat dengan sempurna. Sekalipun travel tetapi perintah menutup
aurat selamanya adalah wajib. Tetapi bagi wanita bukan Islam, jangan terlalu
memakai pakaian seksi ketika melancong sehingga boleh menimbulkan nafsu lelaki
melihat anda. Ingat, anda sedang melancong di negara orang yang mana anda
bertemu dengan orang asing. Jangan jadikan pakaian anda sebagai masalah kepada
diri sendiri. Elakkan memakai pakaian seksi, jauhkan diri daripada menjadi
mangsa rogol atau sexual harrasment di negara orang.
c) Pakaian mengikut musim
Pilih pakaian yang bersesuaian dengan musim di
negara yang ingin dilawati.
Tips pemilihan pakaian travel mengikut musim
Langkah keselamatan elak acute
d) Kasut
Pemilihan kasut atau selipar ketika travel amat
penting dititik beratkan. Kasut atau selipar perlu mempunyai tahap keselamatan
yang tinggi iaitu tapak yang mengcengkam kuat. Bagi yang melancong pada musim
winter atau memilih untuk melakukan aktiviti hiking ketika travel adalah sangat
penting memakai kasut winter atau hiking boot yang kalis air dan juga tapak
kasut yang boleh digunakan untuk berjalan di atas ais. Apapun jangan amik mudah
soal kasut/selipar. Kecederaan juga boleh berlaku hanya kerana anda gagal atau
sambil lewa tentang aspek keselamatan dalam pemakaian alas kaki.
e) Beg
Beg yang ergonomic sesuai dengan postur badan. Reka
bentuk beg mengambil kira anatomi tubuh badan bagi memelihara tulang belakang.
Sangat mahal tetapi selesa untuk digalas kerana
tidak menganggu dan tidak memberi lebih tekanan kepada tubuh.
Bagi wanita, beg sling lebih sesuai dipakai ketika
travel. Apabila travel anda tidak perlu membawa segala jenis barang untuk diisi
di dalam beg memadai dengan kad kredit, wang, dan juga sedikit ruang untuk
meletak botol air, kacamata. Beg sling kecik dan ringkas lebih sesuai untuk
dibawa ketika travel. Tinggalkan handbeg anda di rumah dan melancong dengan
santai tanpa memberatkan anda untuk membawa handbag yang besar gedabak.
Bagi yang travel bersama anak kecil, pilih beg yang
bersesuaian supaya badan anda tidak menangung beban yang berlebihan. Dengan
mengendong anak kecil ditambah pula dengan beg sandang di belakang tentunya
akan menjadikan badan anda cepat kepenatan. Kurangkan beban menggalas dengan
memilih bag pack yang ergonomic dan kurang berat :light weight”. Anda tidak
boleh mengurangkan berat baby tetapi anda mampu memilih beg yang ringan untuk
kesihatan tubuh anda dan tulang belakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan