DISQUS SHORTNAME

Sabtu, 27 Julai 2019

5 tips penting keselamatan wang ketika melancong

Keselamatan wang ketika melancong jarang dibangkitkan oleh mana-mana pihak. Tanpa wang mana mungkin seseorang boleh melancong. Kemampuan melancong bergantung sejauh mana seseorang mempunyai wang. Tanpa wang yang cukup sama ada secara tunai atau kredit, aktiviti melancong tidak akan membawa ke mana-mana. Penting untuk mengambil langkah keselamatan bagi memastikan duit anda sentiasa selamat tanpa dicuri atau dirompak.


Dunia telah pun menuju era cashless iaitu dunia tanpa wang ringgit. Ianya bukan bermaksud melancong tidak lagi memerlukan wang tetapi zaman membawa duit berkepuk-kepuk ketika melancong tidak lagi praktikal pada masa kini. Dengan kacanggihan teknologi dan pihak bank yang berlumba-lumba memberikan servis kredit kepada pelanggan, golongan yang suka melancong merupakan sasaran bisnes pihak mereka. Bank-bank didunia kini sudah pun banyak menawarkan perkhidmatan rentas negara dan perbankan online interbank. Dengan hanya menggunakan sekeping kad, pengguna kad boleh mengeluarkan duit dimana-mana ATM. Paling tidak hanya dengan sekali layang kad di mesin pengimbas, pengguna sudah boleh membayar.



1) Penukaran wang di money changer
Seharusnya anda perlu menukar wang ke matawang negara yang akan dilawati. Sebelum menukar wang, check matawang terkini negara terbabit bagi mengelakkan anda diberi wang lama yang mungkin tidak dapat digunakan lagi di negara tersebut. Sebaiknya minta not atau wang dalam bentuk kecil. Elakkan menerima wang not besar not 100. Ini bagi mengelakkan anda bermasalah untuk membuat pembayaran dan juga dapat mengurangkan risiko ditipu. Jika masih mempunyai not besar cara terbaik untuk menukar duit tersebut ialah dengan membeli apa-apa barang di pasaraya besar atau kedai serbaneka yang mempunyai mesin kira automatik seperti 7 eleven,  dan lain-lain.

2) Keselamatan wang ketika membeli

i) Bayar dengan duit secukupnya
Jangan sekali-kali menggunakan duit besar untuk membuat pembayaran apabila membeli di kedai-kedai tepi jalan, pasar dan sebagainya. Cara terbaik untuk menggelakkan di scam ketika membeli ialah dengan membayar secukupnya atau hanya menggunakan note besar yang bakinya tidak terlalu besar.

ii) Jangan dedahkan dompet duit
Elakkan mendedahkan dompet duit ketika membuat pembayaran, seboleh mungkin sembunyikan dompet daripada pandangan mata penjual atau orang ramai. Sifat riak dan takabur kerana banyak duit di negara orang boleh membahayakan diri anda sendiri.

iii) Pisahkan dokumen berharga dengan duit 
Simpan ditempat berlainan antara dokumen seperti pasport dengan duit. Langkah ini mengelakkan anda kehilangan semua dokumen penting dan duit sekaligus.


3) Penyimpanan wang ketika travel
Untuk travel, wang adalah segala-galanya selain kesihatan dan tubuh badan yang sihat. Anda boleh mengurangkan budget travel anda tetapi tetap wang perlu ada untuk meneruskan langkah ke mana-mana. Pastikan anda tidak menyimpan wang dalam satu tempat simpanan sahaja umpamanya hanya menyimpan dalam dompet sahaja. Ini sangat bahaya  jika anda tidak berhati-hati dengan dompet anda berisiko kehilangan semua duit melancong anda. Sebaliknya cara hanya selamat ialah dengan membahagikan wang anda untuk disimpan di tempat yang berasingan. Dengan cara macam ini, anda dapat mengurangkan risiko kehilangan duit sekaligus. Antara tempat simpanan wang ialah didalam singlet baju dengan memakai singlet berkocek, beg pinggang, dalam kasut, stoking, letakkan sedikit duit dalam kocek yang untuk kegunaan pada hari tersebut sahaja.

4) Penyimpanan kad kredit
Kad kredit pastikan disimpan dengan betul supaya kad anda tidak terkena air.kad yang terkena air akan berisiko tinggi cip rosak menyebabkan kad anda bermasalah dan tidak dapat digunakan. sentiasa ada back up plan sekiranya kad anda tidak dapat digunakan. Bawa bersama wang USD atau Euro sebagai simpanan anda ketika kecemasan. Kedua-dua matawang ini sangat senang untuk diterima di mana-mana money changer untuk ditukar ke matawang tempatan.

5) Pengeluaran wang semasa di luar negara
Membawa wang yang banyak ketika travel memang berisiko. Ada baiknya juga membawa kad kredit untuk mengurangkan risiko dirompak dengan wang yang banyak. Bawa separuh dalam bentuk wang, separuh lagi menggunakan kad kredit terutamanya untuk membayar bil hotel atau transport atau membeli belah di shopping mall yang menerima kad kredit. Sekiranya membawa kad kredit, anda perlu mengaktifkan dulu untuk pengeluaran antarabangsa sebelum dapat digunakan di luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item