Kecantikan kulit dan tubuh badan wajar dikekalkan walaupun ketika anda bersiar-siar menikmati panaroma indah negara orang. Kulit yang terdedah secara langsung pada panas terik matahari akan membahayakan kulit wajah anda. tidak hanya mengalami hitam atau sunburn tetapi mungkin menimbulkan pelbagai masalah kulit yang lain. Baca tips dibawah untuk panduan penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit anda ketika melancong.
1) Penjagaan muka dan kulit wajah
melancong bukan alasan menjadikan diri anda malas
untuk menjaga kecantikan rupa paras. Pastikan anda membawa bersama lotion pelembap yang
bersesuaian dengan kulit anda. Lain kulit lain ragamnya. Hanya anda yang
mengetahui keadaan sebenar kulit muka dan tubuh anda. Tetapi secara umumnya,
jika melancong dalam musim panas, pastikan memakai sun block untuk melindungi
radiasi dari pancaran matahari. Sebaliknya pada musim sejuk terutamanya winter,
keadaan kulit akan menjadi kering dan anda perlu menggunakan pelembap bagi
mengelakkan kulit anda kering dan merekah. Tidak perlu membawa lotion botol
besar apabila travel. Isikan ke dalam botol kecil cukup untuk keperluan ketika
travel sahaja bagi mengelakkan beg anda berat dan memakan ruang beg.
2) Penjagaan kaki
Pemakaian kasut atau selipar yang selesa adalah
sangat penting. Anda pastinya akan menggunakan kaki pada setiap masa. Satu
perkara yang perlu diambil perhatian ialah penjagaan kaki. Gunakan minyak atau
lotion untuk mengelakkan tumit kaki anda kering dan merekah. Ianya bukan sahaja
menjejaskan kecantikan tetapi sebenarnya akan menyebabkan anda mengalami
kesakitan tumit. Apabila ini terjadi tentunya akan menjejaskan mood percutian
anda. Pemilihan kasut atau selipar perlu dipentingkan untuk keselesaan kaki dan tumit bercirikan tapak kasut yang tidak mudah licin.
3) Perlindungan kepala
i) Pakai topi
waktu panas di negara yang mengalami 4 musim adalah
terlalu panas bagi orang Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Berada lama di
bawah pancaran matahari bukan sahaja menyebabkan kulit ‘sunburn’, tetapi juga
akan menyebabkan sakit kepala. Bagi wanita Islam, inilah hikmahnya bertudung.
Bukan semata-mata kerana syariat malah jauh lebih itu syariat menutup aurat
juga sebenarnya adalah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan tubuh badan dari
penyakit juga api neraka. Sebaiknya pakai juga topi atau kalau rajin berpayung.
Lindungi kepala anda dari terkena pancaran matahari secara langsung dalam
tempoh lama.
ii) Pakai topi keledar
Sekiranya anda menyewa motosikal jangan berkompromi
dengan topi keledar. Mohon syarikat penyewa kenderaan memberikan anda topi
keledar yang berkualiti bukan yang telah haus bahagian span di dalamnya. Juga
sekalipun undang-undang tidak mewajibkan anda memakai topi keledar umpamanya di
Thailand, pakai topi keledar untuk perlindungan kepala anda dari perkara luar
jangka. Ingat anda sekarang berada di negara orang. Sebarang kecelakaan akan
menyebabkan anda menangung berganda kesusahan.
4) Kesihatan tubuh badan
Aktiviti jalan-jalan adalah perkara wajib apabila
melancong. Anda menggunakan tenaga yang banyak dengan berjalan kaki atau
mengalas bag pack. Sentiasa pastikan anda minum lebih air putih setiap hari.
Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan anda dehidrasi, mengalami simpton
hysteria, dan juga akan cepat keletihan. Sentiasa bawa bersama botol air
mineral sebagai peneman anda kemana-mana atau keluarkan duit dan beli sahaja
air minuman. Tetapi jika ingin menjimatkan kos travel terutamanya backpackers,
mengelakkan membeli air adalah perkara wajib perlu dibuat. Ambil sahaja air di
hostel atau rebus sendiri. Jika perlu bawa supplement atau multivitamin untuk
mengekalkan kecergasan dan juga stamina.
5) Perlindungan mulut dan hidung
Jika anda melancong di kawasan pedalaman yang kurang
membangun, kebiasaanya kawasan jalan rayanya masih bertanah merah. Keadaan akan
bertambah buruk jika musim kemarau dengan persekitaran yang berdebu. Adalah
sangat penting dan amat perlu bagi anda memakai ‘face mask” sebagai
perlindungan kesihatan dari debu, habuk dan kotoran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan