DISQUS SHORTNAME

Selasa, 15 Oktober 2019

2 lokasi hidden gem street food makanan halal, murah dan sedap di Hatyai yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia

Hatyai merupakan lokasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi buat rakyat Malaysia. saban minggu, hujung minggu, setiap cuti am di Malaysia tentunya ramai yang akan memilih lokasi ini sebagai port terdekat untuk jalan-jalan cari makan di negara jiran Thailand. lokasi yang paling dekat di sempadan ini akan menjadi sesak dengan ramai rakyat malaysia untuk menikmati makanan asli Thailand. Tambahan pula dengan kesenangan untuk mendapatkan makanan halal tentunya Hatyai adalah lokasi strategik untuk melempiaskan nafsu makan. 

Khlong Hae tidak perlu diperkenalkan buat rakyat Malaysia. Umumnya inilah tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk merasai makanan Thailand baik berupa makanan halal atau tidak halal. Bagi bukan muslim, tidak susah untuk merasai makanan Thailand kerana street food banyak dijual di Hatyai. Namun menjadi sedikit keterbatasan bagi penganut Muslim untuk mendapatkan makanan halal yang sedap tetapi menawarkan harga yang murah. Baca lanjut untuk mengetahui lokasi tersebut.

Semasa berkunjung ke Hatyai buat kali ke-2 baru-baru ini, keterbatasan komunikasi menyebabkan salah faham dengan tuk tuk yang membawa aku mengetahui lokasi makanan halal dan murah ini secara tidak sengaja. Disini, aku kongsi info berguna ini khusus untuk korang yang ke Hatyai semata-mata untuk trip jalan-jalan cari makan. Namun, perlu diingatkan lokasi ini hanyalah sesuai untuk korang yang travel dengan budget ciput dan x kisah untuk makan makanan tepi jalan. Bagi yang berduit dan mementingkan keunggulan penampilan ketika menjamah makanan, lokasi makanan ini sangat tidak sesuai dengan citarasa anda.

Namun, lokasi ini akan menjadi sesuatu yang sangat food heavan bagi yang tidak kisah dengan street food. Tentu korang membahang kepanasan je kan membaca intro yang meleret-leret =  _ =. 

 

Ok, aku teruskan dengan perkongsian tentang lokasi tersebut. Untuk korang yang tidak sabar untuk mengetahui tentang port makanan halal dan murah di Hatyai, lokasi tersebut adalah:

1) Di sekitar Masjid Majjamoh (rujuk gambar) 
Di sekitar Masjid ini merupakan perkampungan melayu Islam rakyat Thailand. Banyak gerai-gerai tepi jalan dibuka sepanjang laluan ini seawal untuk sarapan pagi. Makanan untuk sarapan pagi seperti nasi berlauk, nasi paprik, mee goreng dan lain-lain hanya berharga sekitar 20 bath. Menjelang tengah hari gerai berdepan dengan laluan masuk ke masjid ini akan menjual pelbagai jenis makanan siap berbungkus dengan harga sekitar 20 ke 30 bath. aneka bubur berharga sekitar 10 bath semangkuk dan laksa dengan pelbagai variasi kuah hanyalah berharga 30 bath. Makanan boleh dibungkus atau makan di bangku yang disediakan. Untuk menjamu selera di sekitar lorong ini sesuai untuk sarapan pagi dan tengah hari kerana menjelang petang gerai akan ditutup. 





2) Depan pagar Hospital Hatyai

Disini gerai-gerai hanya dibuka sekitar petang iaitu dalam pukul 4 petang dan keatas sehingga ke malam. Banyak gerai pelbagai jenis makanan seperti dim sum, nasi ayam, nasi kerabu, bakar-bakar (lokcing), dan pelbagai lagi korang boleh beli disini tanpa rasa was-was dengan status halal makanan tersebut. Penjual di tempat ini semuanya adalah muslim. Diseberang jalan ini terdapat food court halal yang menempatkan banyak gerai halal untuk menikmati aneka masakan panas. Untuk kesini sebenarnya ianya hanyalah berdekatan dengan Masjid Majjamoh iaitu masjid dibelakang manakala pagar hospital ini terletak dihadapan jalan utama. Hanya sekitar 2-3 minit berjalan anda sudah boleh mendapatkan makanan street food yang sedap dan murah tanpa perlu bergerak jauh ke Khlong Hae Floating Market. 


2 lokasi makanan halal ini sudah cukup melengkapkan perjalanan trip bercuti korang ke Hatyai untuk jalan-jalan cari makan dengan budget ciput dan ala-ala backpackers. 

Untuk ladies yang akan travel, pastikan korang simpan duit di tempat yang selamat. Percutian korang akan berakhir dengan sadis jika terkena pickpocket. Untuk keselamatan duit korang ketika travel, simpan duit di banyak tempat. Gunakan ANTI THEFT INNER untuk keselamatan duit dari pickpocket. Duit selamat, travel pun happy. Untuk detail klik sini.


Untuk cara ke lokasi street food tersebut, klik sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item