Amalan pengambilan makanan yang betul dan sihat tersangat penting untuk dijaga ketika melancong. pengambilan makanan yang salah dan tidak menyihatkan akan mendatangkan keracunan atau keradangan pada perut. Akibatnya, mood travel akan berkecai sekiranya anda terpaksa berkejar ke hospital. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian sebelum mahupun ketika anda melancong di negara orang.
Share jika artikel ini bermanfaat
a) Persediaan bekalan makanan
Makan tetap menjadi keperluan walaupun ketika
travel. Boleh berjimat dengan menghadkan pengambilan makanan tetapi anda lebih
tahu tentang tahap kesihatan tubuh sendiri. Bagi yang mengalami gastrik
tentunya akan menjadi masalah besar sekiranya lambat makan atau tidak menjamah
makanan dalam tempoh yang lama. Jadi rancang perjalanan dan bawa makanan yang
bersesuaian untuk keperluan tubuh anda.
b) Pengambilan makanan ketika travel
Elakkan memakan makanan pedas ketika travel
sekiranya perut anda tidak tahan pedas. Makanan street food memang murah dan
nampak menyelerakan. Tetapi jangan sebarang membeli street food sebelum anda
memastikan tahap kebersihan makanan dan keadaan persekitaran. Hanya makan
makanan tersebut setelah anda berpuas hati dengan tahap keselamatan makanan
tersebut. Ini penting bagi mengelakkan anda mengalami cirit birit. Cirit birit
yang teruk boleh menyebabkan anda dehidrasi yang teruk dan membahayakan nyawa.
Anda tentu tidak mahu masuk wad di negara orang. Selain menganggu aktiviti
melancong, anda juga perlu menanggung bil hospital yang mahal kerana bukan
warganegara. Makan makanan sihat, elakkan makanan jalanan yang terlalu terdedah dengan pencemaran habuk, debu dan sebagainya.
c) Elakkan ditipu ketika membeli makanan
Jika anda memilih untuk makan di mana-mana restoran
atau membeli apa jua makanan, perkara kedua yang mesti anda perhatikan adalah
harga. Hanya makan di kedai atau beli makanan yang mempunyai harga atau anda
boleh mengambil langkah bertanya dulu harga makanan sebelum membeli. Ramai
penjual di mana-mana negara sekalipun akan cuba mengambil kesempatan ketika
anda membeli-belah.
d) Makanan halal
Bagi pelancong
muslim, perkara ini sangat penting untuk diambil perhatian. Sekalipun ketika
melancong, pengambilan makanan halal perlu dititik beratkan demi menjaga
syariat Agama. Skop makanan yang diiktiraf sebagai halal perlu difahami
betul-betul bagi mengelakkan anda terjebak dalam perkara syubhah. Umumnya
sekiranya anda mengambil makanan vegetarian, belum tentu ianya halal jika
peralatan yang digunakan daripada bekas memasak babi dan juga jika tukang masak
tersebut menggunakan rencah/perasa masakan yang mengandungi unsur babi. Maka
disini, langkah yang perlu diambil bagi memastikan anda benar-benar yakin
dengan status halal makanan/ restoran tersebut ialah dengan menyemak logo halal
yang dikeluarkan oleh badan agama negara terbabit.Share jika artikel ini bermanfaat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan