Gardens by The Bay adalah tempat wajib dikunjungi bagi pencinta alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan bungaan.
MRT terdekat ialah stesen Bay Front. Taman-taman di sekitarnya adalah free
untuk lepak-lepak dan sighseeing. Tempat ini akan diterangi dengan lampu-lampu
berwarna-warni pada waktu malam dan suasananya snagat memukau dan
mempersonakan. Disinilah juga salah satu tempat pengambaraan dalam cerita
Hitman Agent 47. Disini tempat yang ada bangunan macam pokok besar .
Tarikan utama di Gardens by The Bay:
1) Flower Dorm
Tempat ini
sahaja seluas 2 padang bola yang dicantumkan kira-kira 1.2 hektar tetapi
berbentuk kubah dan diperbuat dari kaca. 5 taman tema mengikut bunga dari seluruh dunia dengan
jutaan bunga-bungaan pelbagai versi dan jenis. Bunga Sakura dari Jepun dan
Korea, Kaktus dari Amerika Selatan dan macam-macam bunga dari negara berlainan.
Banyak pokok bunga dan tanaman eksotik boeh dijumpai disini. Jika datang pada musim sakura datang tengok
bunga sakura disini tanpa perlu ke Japan. Ada musin tulip mania, dahlia.
Hari:
Isnin-Ahad
Waktu
operasi: 9 am-9pm
Tiket masuk Flowers Dorm: SGD 28 ( sekali dengan Cloud Forest)
Beli tiket online dan kombo lebih murah dengan harga diskaun di sini.
2) Cloud
Forest Dorm
Konsep
pembuatan yang sama dengan Flower Dorm iaitu berbentuk kubah daripada kaca. Tempat
ini adalah air terjun buatan paling tinggi dan terkenal di dunia. Tarikan utama di Garden by the Bay. Suasana di tempat ini akan
memberikan anda pengalaman merasai suasana hutan yang diliputi bunga-bungaan
dan tanaman dengan air terjun buatan
manusia di tengah bandar. Terletak bersebelahan Flower Dorm.
3) OCBC
Skywalk
Enjoy
pemandangan menarik bandar Singapore dari tempat tinggi sambil mengelilingi
supertree Groove. Sky bridge ini tidak sesuai untuk orang yang gayat tempat
tinggi. Jambatan akan bergoyang-goyang jika berangin kuat. Tempat ini lebih
cantik pada waktu malam. Super tree groove show pada pukul 7.45 malam. Show ini
sangat lawa dan menarik dengan pancaran lampu warna-warni. Untuk tengok light
show ini dengan lebih dekat perlu beli tiket masuk. Naik dalam pukul 7.40 pm
dapat tengok light show ini dari atas jambatan gantung. Naik lift ke atas
bangunan dan ada jambatan gantung untuk melihat pemandangan pelabuhan, marina
bay sand dan kawasan sekitar.
Waktu
operasi:
Tiket masuk OCBC Skywalk: SGD 8
4) Super
tree Groove
Bangunan
yang berbentuk pokok buatan setinggi 50 meter. Tempat ini akan sangat indah
pada waktu malam dengan dihiasi lampu berwarna-warni.
5) Far East
Organization Children’s Garden
Taman untuk
kanak-kanak beriang ria dan bergelak tawa menikmati taman air sambil
bermain-main air.
Tips untuk
ke Garden by The Bay ialah datang pada waktu petang dan menjelang malam
pengunjung berpeluang melihat pertunjukkan cahaya dan muzik yang dimainkan
secara percuma di kawasan Supertree Groove. Elakkan pada waktu tengahari kerana
keadaan akan panas. Dapatkan photobook lebih murah dengan harga diskaun di sini.
Baca tentang panduan travel budget di sini. Untuk ke USS klik sini.
Baca tentang panduan travel budget di sini. Untuk ke USS klik sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan