Tips travel budget ini berguna bagi yang ingin merasai pengalaman ke Singapore tetapi dengan budget yang minimum. Disini disertakan tips-tips dan panduan bagi
traveler yang ingin menjimatkan kos semasa berkunjung ke Singapore.
Baca lagi tentang tempat shopping best di sini. Untuk ke Singapore Zoo klik sini.
Buat photobook murah di sini.
1)Penginapan
Untuk menjimatkan wang pilihan
terbaik ialah dengan balik bermalam di hostel sekitar johor. Dengan kadar sewa
single room serendah rm 35 sudah boleh tidur lena tanpa gangguan. Tetapi jika
memilih untuk bermalam di Singapore, pilihan hostel terbaik bagi traveler solo ialah
menyewa bilik jenis dorm. Manakala bagi yang travel berdua atau dalam kumpulan
boleh memilih bilik yang boleh dikongsi. Kadang-kadang dengan diskaun daripada
hostel atau kupon diskaun daripada website traveloka menyewa bilik lebih
berbaloi jika dapat berkongsi sewa. Baca lanjut di sini.
2)Pengangkutan
Jika berkungjung ke Singapore
sekadar 2-3 hari dengan kesuntukan masa tetapi masih ingin berkunjung ke
tempat-tempat menarik di sekitar Singapore adalah lebih berbaloi menggunakan
tourist pass. Boleh
terus beli pass tanpa had dengan harga2 berikut:
1 hari Pass - 10 SGD + 10 SGD
2 hari Pass - 16 SGD + 10 SGD
3 hari Pass - 20 SDG + 10 SGD
1 hari Pass - 10 SGD + 10 SGD
2 hari Pass - 16 SGD + 10 SGD
3 hari Pass - 20 SDG + 10 SGD
Kad ini merupakan kad tanpa had
untuk menaiki MRT dan bas dan hanya boleh digunakan untuk pengangkutan sahaja.
Kad ini tidak boleh digunakan untuk tujuan bayaran di kedai-kedai 7e dan
sebagainya. Deposit 10 Sgd akan dipulangkan balik apabila kad ini dipulangkan
semula. Baca lagi di sini.
Kad ini boleh didapati di
stesen-stesen MRT berikut:
i)
Bugis
ii)
Changi Airport
iii)
Chinatown
iv)
City Hall
v)
Lavender
vi)
Orchard
vii) Raffles
Palace
viii) Samorset
ix)
Tanjung Pagar
x)
Woodlands
3) Internet
Di Singapore sangat banyak
tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan open wifi seperti di MRT, Mall, masjid, tempat tumpuan
pelancong seperti Marina Bay, Chinatown. Malah adalah lebih berbaloi untuk
menggunakan kemudahan wifi percuma di hostel sekiranya memilih bermalam di
Singapore. Baca lanjut di sini.
4) Makanan
Jika backpacker tegar yang hanya melancong ke Singapore untuk
tempoh 2-3 hari semata-mata untuk ziarah dan makan tidak menjadi keutamaan,
adalah lebih menjimatkan untuk membawa bekalan makanan segera yang mudah
disediakan sekadar menghilangkan lapar seperti roti, maggi, biskut dan sedikit
jajan. Tetapi, anda masih lagi boleh menikmati makanan dengan harga yang murah
di port-port makanan muslim berikut klik sini.
Tempat-tempat ini merupakan tempat
makan tumpuan warga muslim Singapore dengan harga yang murah berbanding di
restoran.
5) Tempat
menarik free
Banyak tempat menarik di Singapore
yang tidak memerlukan tiket masuk tetapi masih lagi menjadi tumpuan pelancong
bagi melihat keindahan Kota Singa. Antara kawasan menarik yang perlu dilawati
apabila berkunjung ke Singapore ialah Merlion Park, Marina Bay Sand, Kampung Glam,
Bugis street, Little India, Chinatown, Clark Quay. Perkongsian lengkap baca di sini.
6) Tempat
shopping murah
Dengan kadar tukaran Ringgit Malaysia
ke Singapore 3 kali ganda adalah sangat
mahal untuk shopping di sana. Tetapi, harga barangan disana ada yang jauh lebih
murah daripada Malaysia jika pandai membeli di tempat yang murah. Tidak semua
barangan di sana mahal. Harga makanan disana jika tidak ditukar ke ringgit Malaysia
secara relatifnya lebih murah berbanding Malaysia. Disana harga nasi beriyani
boleh didapati dengan harga bawah 4-5 Sgd. Tetapi di Malaysia sepinggan nasi
beriyani berharga RM 10 keatas. Bagi yang ingin membeli cenderahati
murah disarankan untuk survey di 3 lokasi ini iaitu:
i)
Bazar Mustafa di area Little India
ii)
Bugis market
iii)
China town
Buat photobook murah di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan