1) Singapore Zoo
Tempat paling gembira bagi pencinta haiwan. Disini anda boleh
meet and greet haiwan dengan lebih dekat.
Aktiviti utama disini;
i) Melihat kehidupan haiwan liar dan ganas dan pelbagai jenis
haiwan seperti berada dalam hutan. (cheetah, zirafah, badak zumbu dan
sebagainya)
ii) “Splash sari show” –pertunjukan singa laut
iii) Pertunjukan elephant
iv) Mandi-manda di kolam bagi kanak-kanak
v) Pertunjukan api
Hari:
Isnin-Ahad
Waktu:
8.30am - 6pm
Tiket Singapore Zoo: SGD 35
(Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)
2) River Safari
River safari berkonsepkan zoo dan aquarium dengan keluasan 12 hektar persegi. Terletak
diantara Singapore Zoo dan Night Safari Singapore. Matlamat utama tempat ini
adalah menyediakan tarikan hidupan air di tepian sungai sambil melayari
bot. Disini boleh temukan 6000 spesis
binatang termasuk 40 spesies binatang terancam.
Aktiviti utama:
i) Menyelusuri sungai menggunakan bot sambil melihat kehidupan
binatang air dan juga binatang yang hidup di pesisir sungai.
ii) Melihat kehidupan haiwan yang hidup di dalam kolam-kolam
air.
Hari: Isnin-Ahad
Waktu: 10am - 7pm
Tiket River Safari: SGD 35
(Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)
3) Night Safari
Bersebelahan
sahaja dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di
dunia. Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti
majoriti haiwan yang lain. Di sini anda dapat melihat lebih daripada 2500 ekor
haiwan daripada 130 spesies. Antara zon yang
terdapat di sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian
Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan
Nepalese River Valley.
Aktiviti utama:
1) Meneroka
kehidupan haiwan noktumal sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki tram safari
yang disediakan.
2) Pertunjukan
binatang pada waktu malam.
3) Makan malam
sambil mengelilingi zoo melihat binatang buas.
Hari: Isnin-Ahad
Waktu Operasi: 7.15pm – 12.00am
Waktu Operasi: 7.15pm – 12.00am
Tiket Night Safari: SGD 35
(Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)
4) Jurong Bird Park
Taman burung
terbesar di Asia meliputi kawasan seluas 49 hektar. Juga terkenal sebagai taman
burung paling famous di dunia. Disini terdapat konservasi pelbagai jenis burung
dari seluruh dunia termasuk dari jenis bangau. Taman ini sangat sesuai untuk
ibu bapa yang ingin membawa anak-anak menghadapi cabaran dalam hutan tetapi
bertemankan pelbagai spesies burung. Sangat bermanfaat bagi ibu bapa
memperkenalkan pelbagai spesies burung dalam proses memberi pendidikan kepada
anak-anak. Baca lanjut di sini
Tips membeli tiket ke Singapore Zoo
1) Belian tiket secara Park Hopper iaitu 4 dalam 1 tiket masuk
dalam 7 hari termasuk tram rides (Singapore Zoo, Jurong Bird Park,
Night Safari) dan boat rides (River Safari). Kalau beli satu-satu jumlah tiket
ialah SGD 144 tanpa rides. Sangat mahal. Tetapi harga tiket kombo boleh dapat
SGD 88 klik sini.
2) Pembelian tiket secara online lebih murah dan ada diskaun
berbanding walk in di kaunter. beli disini
3) Lebih baik beli tiket online bagi mengelakkan anda terpaksa
beratur panjang. Check harga tiket sini.
Buat photobook murah dan jimat disini. Untuk ke tempat menarik free baca disini.
Buat photobook murah dan jimat disini. Untuk ke tempat menarik free baca disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan