Perkongsian ini mengelakkan anda dari disaman di
Singapore
“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak”. Pepatah ini amat perlu dihadam bagi warga Malaysia yang
berkunjung ke Singapore, negara yang banyak dengan undang-undang yang sama
sekali jauh berbeza dengan Malaysia.Undang-undang Singapore amat tegas dan
tanpa kompromi dengan mana-mana pesalah.
Sebaik memasuki tambak Johor menuju ke imigresen Singapore semua tabiat
dan perangai Malaysia perlu dibuang jauh-jauh. Disana setiap langkah harus diingatkan
untuk mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang ditetapkan jika tidak
ingin kena saman. Tukaran wang Singapore yang tinggi boleh menyebabkan anda
bakal mengeluarkan beribu ringgit
Malaysia jika dikenakan saman.
1) Memandu
di Singapore
Had memandu di Singapore hanyalah
60km. Di sana kamera dipasang di tempat-tempat tertentu bagi mengesan pemandu
yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
2) Parking
kenderaan
Kenderaan tidak boleh diletakkan
sesuka hati terutamanya bagi yang membawa motosikal ke Singapore. Motor
hendaklah di parking di tempat yang dibenarkan sahaja.
3) Asap
kenderaan
Kenderaan yang mengeluarkan asap
tebal dan hitam melebihi syarat yang diperuntukan oleh National Environment Agencies.
4) Tidak
membayar tambang pengangkutan awam
Setiap kali menaiki bas, pastikan
anda membayar tambang atau mengetang kad Ezlink. Pihak penyedia bas mempunyai
petugas khas yang akan masuk mana-mana bas bagi memastikan setiap penumpang membayar tambang.
5) Larangan
merokok dan membuang potong rokok
Merokok di kawasan terbuka di
tempat awam sememangnya satu kesalahan seperti juga di Malaysia. Namun di
negara ini, penguatkuasaan undang-undang ini tidak setegas di Singapore.
Perbuatan merokok dan membuang puntung rokok merata-rata menyebabkan anda boleh
dikenakan saman jika ditangkap.
6) Larangan
meludah
Jika berada di tempat awam pastikan
anda tidak meludah sebarangan. Meludah sebarangan di kawasan awam menyebabkan
anda boleh dikenakan saman. Pegawai penguatkuasa sentiasa berada di mana-mana
tanpa anda mengetahui kerana lazimnya mereka hanya berpakaian biasa.
7) Larangan
memberi binatang makanan
Di sini, mereka sangat menjaga
kebersihan alam sekitar. Untuk seseorang memberi makanan kepada kucing terbiar
memerlukan mereka untuk berdaftar. Begitu juga untuk memberi makan kepada
burung di taman-taman awam. Sebaiknya anda mengelakkan diri daripada bersikap
prihatin terhadap binatang jika tidak mahu mengeluarkan duit membayar saman.
Untuk setiap kesalahan yang
dilakukan minimum saman adalah 300 Sgd atau kurang lebih Rm 900. Jika anda
dikenakan saman, tidak susah untuk membayar saman tersebut hanya melalui mesin
sahaja. Cari mesin dibawah ini untuk menyelesaikan saman anda sebelum anda
dihalang daripada memasuki Singapore. Semua jenis saman boleh dibayar
menggunakan mesin ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan