DISQUS SHORTNAME

Selasa, 28 November 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: Panduan perjalanan ferry ke Batam

Trip Singapore-Batam-Malaysia

Batam merupakan Bandar ketiga tertinggi yang banyak dikunjungi pelancong di Indonesia. Bandar ini merupakan kesukaan warganegara Singapore untuk bercuti mungkin disebabkan mata wang negara Indonesia lebih murah berbanding dolar Singapore.

1) Perjalanan ke Batam dari Singapore

Untuk kesini melalui Singapore boleh mengambil ferry dari dengan tiket berharga 25 dollar Singapore ke Batam Center yang memakan masa sejam perjalanan. Terdapat beberapa kaunter tiket yang menyediakan perkhidmatan ferry sama ada ke Batam Center, Tanjung Pinang, Sekupang dan lain-lain pelabuhan di Batam. Ada beberapa pelabuhan ferry di Batam. Jadi kenal pasti pelabuhan yang terdekat dengan hotel sekiranya penginapan telah ditempah terlebih dahulu. Jika tidak, boleh turun di pelabuhan Batam Center. 

Di Singapore, boleh pilih untuk mengambil ferry di Harbour Front atau Tanah Merah. Jika menggunakan bas atau MRT turun di stesen Harbour Front dan juga Tanah Merah. Adalah sangat rekemen untuk menggunakan perkhidmatan ferry dari Majestic. Ferry yang baru, mempunyai aircond, tempat duduk yang selesa.


2)  Perjalanan ke Batam dari Stulang Laut

Bagi pelancong Malaysia yang ingin terus ke Batam boleh mengambil ferry dari Stulang Laut, Johor. Ferry bergerak pada setiap jam dan tambang jika dibeli untuk pergi dan balik adalah lebih murah dalam RM 130. Tiket sehala agak mahal.Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam jika turun di Batam Center. Dalam perjalanan ini akan dapat melihat negara Singapore. Jika masih belum menukar duit rupiah, sebelah kedai jual tiket ferry terdapat money changer.

3) Perjalanan pulang dari Batam Center ke Stulang Laut dan ke  Larkin, Johor

Perjalanan pulang dari Batam Center ke Stulang Laut mengambil masa 2 jam. Terminal ferry di Stulang Laut terletak di dalam shopping kompleks Berjaya Waterfront. Setelah urusan imigresen untuk cop passport  masuk ke Malaysia, perlu keluar dari bangunan shopping kompleks tersebut dan dari pintu utama jalan terus menghala ke kanan sehingga bertemu dengan perhentian bas berhadapan dengan pesisir laut. Tunggu bas disitu untuk ke Kompleks Imigresen sebelum mengambil bas seterusnya ke Terminal Bas Larkin, Johor. Tambang untuk kedua-dua perjalanan tersebut kurang dari RM 5. Lebih jimat daripada mengambil teksi.


Kesimpulannya, bagi yang ingin travel ke luar negara tetapi malas menggunakan flight, Batam merupakan pilihan terbaik untuk makan angin tanpa perlu risau kehabisan tiket ferry kerana perkhidmatan Batam ke Stulang dan sebaliknya adalah sejam sekali. Dengan duit rupiah yang lebih murah berbanding RM, pilihan melancong ke sini boleh dibuat dengan budget minimum. 

Baca tentang trip di Singapore klik sini. Ketahui tempat makan di Batam disini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item