Baca lanjut tentang tempat penginapan percuma di sini. Buat photobook lebih murah di sini.
DISQUS SHORTNAME
Rabu, 13 Disember 2017
Trip ke Batam melalui Singapore: Jejak kepulauan Melayu, sejarah Kelantan di Batam, Indonesia
Hari ke-2 di Batam, dengan tidak ada perancangan
yang jelas untuk dibuat pada hari itu kerana trip ini hanya bertujuan untuk
jalan-jalan sambil makan dan menjejak masjid di Batam. Keluar seusai Subuh, jam 7 pagi sudah pun terlalu
cerah di sini. Hanya bercadang ronda-ronda bandar Batam dengan menaiki bas
disebabkan harga tambang yang murah 4000 Rupiah ke mana-mana destinasi. Hari
ini hanya menaiki saja bas tanpa tujuan dari perhentian bas depan Batam Center. Bas henti-henti ini melalui bandar, pekan sehingga ke kawasan yang agak pedalaman dan berhenti di perhentian terakhir
berhampiran jetty setelah sejam.
Akhirnya setelah bertanya dan mendapatkan sedikit
info dengan pemandu bas, saya memutuskan untuk ke Pulau Penawar kerana pulau kecil ini lebih dekat dan boleh
balik hari. Dengan tambang sebanyak 15000 rupiah seorang sehala kurang setengah
jam perjalanan, bot yang menggunakan enjin ini melabuhkan sauhnya di jetty Pulau Penawar.
Sebaik melangkah keluar dari jetty ini, tempat pertama yang boleh dilihat ialah pasar yang menjual pelbagai jenis barang dan keperluan harian penduduk. Disini juga terdapat banyak restoran dan dapat dilihat aktiviti harian penduduk disini. ada yang menjual, lepak di kedai makan, dan ramai yang mencari rezeki dengan upah ojek. Tidak jauh daripada pasar ini, terdapat masjid dan balai polis serta segala kemudahan untuk penduduk termasuk balai raya dan tadika.
Tanpa arah tujuan, hanya berjalan menyelusuri jalan-jalan di pulau ini sehingga akhirnya bertemu dengan papan tanda yang membuatkan mulut terlopong, otak berfikir tetapi bibir mengukir senyuman. Keletihan berjalan dengan panas terik matahari akhirnya memberikan kegembiraan sebaik terpandang dengan pintu gerbang yang tertulis
Tentunya ada sejarah dan cerita di sebalik nama kampung tersebut menyamai dengan salah sebuah daerah di negeri Kelantan iaitu Pasir Puteh. Tambahan pula nama kampung tersebut sepenuhnya sama kecuali perkataan Bugis memandangkan Kelantan dikenali sebagai Kelantan Darul Naim. Kesimpulannya kampung ini diambil bersempena dengan nama salah sebuah jajahan di Kelantan dan juga nama Darul Naim.
Pertanyaan yang masih lagi menjadi persoalan dan keinginan untuk tahu yang membuak-buak. Jika anda mempunyai maklumat berkaitan dengan kampung ini dan kaitannya dengan Kelantan. Mohon komen atau bagi email ke mypearlady@gmail.com
Baca lanjut tentang tempat penginapan percuma di sini. Buat photobook lebih murah di sini.
Baca lanjut tentang tempat penginapan percuma di sini. Buat photobook lebih murah di sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari
Like Us
Tabs
Hot in weekRecentComments
Hot in week
-
KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award. Immigratio...
-
XIFU Naser telah mengulas tentang penggunaan colok oleh Cina Muslim dalam ruangannya minggu lepas. Ia lanjutan penularan video yang menunju...
-
Di sesetangah negara, sektor pelancongan merupakan sector utama menjana pendapatan negara. Thailand antara negara yang betul-betul memfokus...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan