DISQUS SHORTNAME

Selasa, 28 April 2020

COVID-19: langkah keselamatan dan kesihatan sebelum dan dalam penerbangan demi terbang dengan selamat bersama AirAsia

COVID-19: Terbang dengan selamat bersama AirAsia - Berikut adalah langkah keselamatan sebelum dan dalam penerbangan
Untuk memastikan anda tiba dengan selamat di destinasi anda
Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini kepada anda, lebih-lebih lagi apabila kami bersiap-sedia untuk memulakan perkhidmatan penerbangan tidak lama lagi.

Kami tidak sabar untuk sekali lagi menghubungkan orang ramai ke destinasi mereka, dan menyedari kewajipan untuk melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.

AirAsia bekerjasama rapat dengan pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mematuhi nasihat pakar mereka.

Kami memerlukan kerjasama anda untuk mengikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar:
Anda perlu memastikan kelayakan untuk melakukan perjalanan sebelum menempah sebarang penerbangan tidak kira penerbangan domestik atau antarabangsa. Sila rujuk di sini untuk menyemak senarai sekatan perjalanan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi sebelum membuat perjalanan. 

Semua tetamu AirAsia dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya dengan cara yang betul sebelumsemasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasiTetamu tanpa topeng muka tidak dibenarkan menaiki pesawat.

- Hanya SATU bagasi kabin yang tidak melebihi 5kg dibenarkan bagi setiap tetamu. Langkah ini untuk memastikan penjarakan sosial terutamanya semasa proses menaiki dan turun dari pesawat dan mengurangkan kontak antara bagasi anda dan tetamu lain. Maklumat lanjut ada di sini

- Sila tiba sekurang-kurangnya 3 jam lebih awal sebelum waktu perlepasan untuk memastikan anda mempunyai masa secukupnya untuk menyelesaikan kesemua proses yang diperlukan.
Bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan tertinggi terpelihara pada setiap masa, berikut adalah beberapa langkah yang diambil oleh AirAsia sebelum dan semasa penerbangan:
Pembersihan pesawat:

Pesawat akan menjalani pembasmian kuman termasuk pembersihan sepenuhnya menggunakan bahan pembersih mengikut Manual Penyelenggaraan Pesawat Airbus (AMM) oleh pasukan pembersihan profesional

Untuk setiap hentian semalaman, pesawat menjalani prosedur pembersihan yang teliti selama 2 jam, selaras dengan arahan daripada pihak berkuasa kesihatan

- Untuk maklumat lanjut mengenai proses pembasmian kuman pesawat, klik di sini.
Sebelum penerbangan:

Semua tetamu AirAsia dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya dengan cara yang betul sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasiTetamu tanpa topeng muka tidak dibernarkan menaiki pesawat.

Pemeriksaan suhu akan dilakukan di beberapa lokasi, termasuk di balai berlepas

Kru kabin akan menjalani pemeriksaan suhu selepas setiap syif 

Penjarakan sosial akan diamalkan dengan lantai ditanda di kawasan beratur, termasuk di kaunter daftar masuk & kiosk

Kaunter daftar masuk secara selang-seli akan dibuka untuk memastikan penjarakan sosial

Cecair basmi kuman akan disediakan di setiap lokasi pemeriksaan untuk tetamu dan kakitangan

Kabin pesawat akan dibasmi kuman melalui penyemburan aerosol sebelum berlepas untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa

Taklimat pra-penerbangan mengenai keselamatan dan kebersihan akan dilakukan untuk semua kru kabin bagi memastikan semua dikemas kini dengan nasihat terkini

Daftar masuk web dan mudah alih tanpa sentuhan bagi mengurangkan kontak permukaan dan fizikal semasa proses daftar masuk dan menaiki pesawat
Dalam penerbangan:

- Semua pesawat AirAsia menggunakan penapis HEPA untuk penapisan udara bertaraf hospital, yang menapis 99.999% zarah debu dan bahan pencemar di udara seperti virus dan bakteria

- Semua kru kabin akan menggunakan alat pelindung termasuk topeng muka dan sarung tangan

- Kami akan mengamalkan penjarakan tempat duduk, bergantung kepada kepadatan pesawat, untuk tetamu bergerak di dalam zon masing-masing, dengan bantuan kru kabin

Keselamatan Makanan
    - Semua hidangan disediakan dan dibungkus dengan bersih mengikut syarat-syarat keselamatan makanan yang ketat
    - Semua kakitangan produksi akan dipantau secara berkala mengikut garis panduan Covid-19
    - Kru kabin yang mengendalikan makanan hendaklah memakai sarung tangan

Kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan apa jua situasi perubatan ketika dalam penerbangan termasuk mengenal pasti dan mengasingkan sesiapa yang menunjukkan gejala kurang sihat

Pemeriksaan suhu akan dilakukan sebelum tiba di destinasi di mana proses ini adalah wajib
Ketibaan:

Borang pengisytiharan kesihatan akan diedarkan dan perlu diisi sebelum atau semasa ketibaan

Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan semasa ketibaan

Penumpang transit harus berada di lapangan terbang

Wajib menjalani kuarantin mengikut peraturan di negara destinasi anda
Bagaimana anda boleh memastikan keselamatan diri?

Anda dinasihatkan untuk mematuhi langkah pencegahan perlindungan yang disyorkan secara universal, seperti mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

Anda diingatkan sekali lagi, bahawa anda dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasi. Jika tidak, anda tidak dibenarkan menaiki penerbangan tersebut.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan kami tidak sabar untuk terbang bersama anda lagi.

Kapten Ling Liong Tien
Ketua Penguatkuasaan Keselamatan
AirAsia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

item