DISQUS SHORTNAME

Sabtu, 21 Oktober 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: penginapan percuma di Batam

Bagi backpackers yang ingin berjimat dengan penginapan, boleh menumpang tidur di Masjid Raya Batam yang merupakan masjid utama di Batam. Untuk kesini dari pelabuhan utama Batam Center tidak lah begitu jauh. Dengan hanya 10 minit berjalan kaki.

Bagi yang ingin menjimatkan kos boleh menumpang tidur di dalam kawasan Masjid Raya Batam. Hanya perlu memberitahu kepada pengawal keselamatan masjid dan mereka akan memberikan bilik kosong. Walau bagaimanapun, bilik yang disediakan tidak berkunci justeru keselamatan beg dan barang-barang yang ditinggalkan ketika keluar bersiar-siar adalah menjadi tanggungjawab sendiri.

Bilik ini merupakan bilik pengajian pada waktu siang. Dan malamnya pihak pengurusan masjid memberi kebenaran kepada pelancong muslim yang ingin bermalam di masjid tanpa mengenakan apa-apa bayaran tetapi mereka akan meminta passport untuk dipegang. Passport ini akan dikembalikan semula apabila pelancong ingin keluar dari masjid tersebut. Bilik tersebut hanya beralaskan karpet usang. Justeru, bagi yang ingin tidur selesa bertilamkan katil, selimut dan bantal, bermalam di masjid ini amatlah tidak sesuai.

Untuk ke masjid ini daripada jetty Batam Central hanya perlu berjalan kaki sahaja dan boleh menggunakan laluan shortcut untuk cepat sampai. Masjid terletak berhadapan dengan Batam jetty, Batam Centre tetapi perlu melintasi kawasan padang  berhadapan dengan bangunan ala-ala muzium kesultanan Melayu.Namun, sekiranya anda bertanya arah kepada penduduk tempatan apatah lagi kepada teksi motor mereka tidak akan menjawabnya dengan jujur. Adalah lebih mudah dan mempercayai google maps. 


Baca pengangkutan untuk ke Batam dari Singapore di sini. Ketahui tentang lokasi hotel strategik di Batam baca disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

item