Tip memilih pengangkutan terbaik jika berkunjung ke Batam.
Jika kesini satu cara yang paling murah untuk meneroka ke seluruh Batam ialah dengan menggunakan bas. Tambang bas disini ialah 4000 rupiah tanpa mengira jauh atau dekat perjalanan. Kondisi bas lengkap dengan aircond dan radio serta masih mengekalkan konduktor bas. Namun jika tidak bernasih baik, ada bas yang kelihatannya sangat uzur dengan tiada tangga. Untuk naik ke dalam bas, anda perlu memanjat. Kebiasaan bas seperti ini digunakan untuk perjalanan yang agak jauh ke pedalaman Batam. Bas di sekitar bandar berkeadaan baru, moden, dan bersih serta beraircond.
Disini juga ada bas van yang mana tambang bagi teksi
jenis ini lebih kurang 7000 rupiah. Ianya dikendalikan oleh orang perseorangan
yang menjalankan teksi tanpa permit yang sah.
Tetapi, jika ingin bergerak cepat ke mana-mana
destinasi pilihan mudah ialah dengan menaiki teksi yang tersangat banyak di Batam.
Tambahan pula grab crab turut
menyediakan perhidmatan disini.
Untuk perjalanan yang tidak begitu jauh sekiranya
malas berjalan kaki terdapat banyak teksi motor atau dipanggil ojek yang
bersedia membonceng anda membawa ke destinasi yang ingin dituju. Disini,
kehidupan mereka sangat susah dengan peluang pekerjaan yang terhad. Ramai yang
menggunakan pelbagai cara yang ada untuk mencari sumber rezeki termasuk juga
dengan hanya berjualan pelbagai jenis kekacang dan menjaja dari satu tempat ke
tempat lain. Dapatkan photobook murah dan berbaloi-baloi di sini.
Baca tentang sejarah Kelantan di Batam klik sini. Untuk mengetahui lokasi hotel murah baca sini.
Baca tentang sejarah Kelantan di Batam klik sini. Untuk mengetahui lokasi hotel murah baca sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan