DISQUS SHORTNAME

Ahad, 17 Mac 2019

5 tips penting keselamatan di airport elak menjadi mangsa keldai dadah antarabangsa

Airport merupakan tempat terpenting untuk berlepas ke luar negara melalui pengangkutan udara. prosedur keselamatan di airport tidak hanya perlu dipatuhi malah perlu sentiasa dipertingkatkan. Pihak pengurusan airport semestinya mempunyai prosedur standard keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pelancong. Ribuan manusia yang keluar masuk negara setiap hari dari pelbagai negara dan tujuan menjadikan airport bukan tempat selamat untuk individu. 
Kesedaran individu penting untuk memastikan keselamatan diri, harta benda supaya tidak menjadi mangsa penyeludupan sindiket dadah antarabangsa. Pelancong perlu menyedari sindiket-sindiket ini menjadikan airport sebagai cara paling cepat untuk penghantaran dadah ke luar negara. sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa sindiket ini tanpa disedari.

Adalah amat penting untuk pelancong mengetahui trick-trick yang digunakan oleh sindiket ini untuk mengaburi atau menjadikan anda kambing hitam membawa barang terlarang ke luar negara. Baca langkah keselamatan penting ini semasa di airport. 


1) Wrap beg
Banyak sindiket penghantaran dadah antarabangsa menjadikan airport sebagai platform mencari mangsa keldai dadah.  Wrapp beg anda sendiri dengan wrapping plastic dan pastikan semua zip compartment di kunci. Pad lock kecik hanya berharga kurang RM 4. Laburkan sedikit wang untuk membeli kunci untuk keselamatan beg dan barang berharga anda ketika travel. Lebih penting ini antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan beg anda dimasukkan oleh sesuatu yang menyalahi undang-undang tanpa pengetahuan anda.



2) Elakkan menjaga barang yang diminta untuk dijaga oleh orang yang tidak dikenali
Semasa di airport, sangat perlu untuk menjadi manusia kejam yang pentingkan diri sendiri demi keselamatan diri sendiri. Jangan menolong sesiapa sahaja yang meminta anda untuk tengok-tengokkan begnya atau meninggalkan bagasinya kepada anda semata-mata untuk ke tandas dan sebagainya. 

3) Jangan check in beg atau kotak orang lain
Anda sudah tentu tidak ingin merengkot dalam penjara kerana kecuaian kecil akibat terlalu percaya dengan orang dan atas sikap anda yang terlalu baik hati menolong sesiapa untuk check in barang, melihat beg dan sebagainya. Walau apa jua alasan yang diberikan termasuk jika ingin dibayar untuk check in barang orang lain atas nama anda, keputusan yang mesti anda buat ialah "NO".

4) Jangan tinggalkan beg sebarangan tanpa pemantauan
Jika perlu untuk menggunakan tandas, bawa beg bersama ke dalam tandas. Jangan sesekali meninggalkan beg anda tanpa pemantauan. Jika tidak dicuri mungkin anda bakal menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa yang sentiasa mencari mangsa untuk menjadi kambing hitam. Jika perlu, rancang masa untuk ke toilet dan sebagainya supaya anda tidak perlu meninggalkan beg..

5) Elakkan letak barang berharga dalam bagasi kargo
Telah banyak berlaku kecurian barang ketika proses pemindahan barang. Adalah sangat tidak selamat untuk meletakkan barang berharga anda di dalam luggage. Semua barang berharga terutamanya duit, passport, latop atau benda yang sensitif lebih baik dibawa sebagai hand carry dan jika perlu untuk dideclare tulis kan saja. Ini lebih baik daripada barang berharga tersebut dicuri yang akan menyebabkan percutian anda tergendala dan kehilangan mood travel.




Proses pemindahan bagasi juga menyebabkan kerosakan beg yang teruk sehingga ada yang pecah dan tidak boleh digunakan langsung. Sekiranya ini berlaku tuntut hak anda di airlines yang berkenaan.

Pembelian SMART SAFETY INNER klik travel safety shop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

item