Di Siem Riep sangat mudah mendapatkan makanan halal. Hanya perlu mencari Masjid An Nekmah yang terletak tidak jauh dari Old Market dengan hanya berjalan kaki sahaja. Disini merupakan penempatan bagi penduduk muslim Kemboja. Bagaimana penduduk muslim boleh berpindah ke sini dan membina komuniti muslim ianya berkait rapat dengan sejarah penindasan kerajaan Pol Pot. Sepanjang jalan menuju ke sini, dapat dilihat keadaan kampong sebenar. Rumah-rumah orang Kemboja rata-ratanya rumah kayu dengan keadaan yang sangat daif.
Menu hidangan halal yang paling popular disini di kalangan penduduk tempatan dan pelancong Malaysia adalah “ lembu naik bukit”. Bagi yang kesini, menu ini adalah menu yang wajib dicuba. Bagaimanakah rupa lembu naik bukit, tentunya ianya menjadi persoalan di benak fikiran anda. Tetapi setelah melihat sendiri menu tersebut dan bagaimana kreatifnya orang Kemboja memberikan nama masakan tersebut yang akan keluar daripada mulut anda ialah….”oooooo..mcm ni rupanya”.
Info berkaitan penginapan baca sini. Perjalanan dari Bangkok ke Siem Riep klik sini. Tempat menarik di Battambang klik sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan