Perjalanan ke Kemboja
Fasa ke-2 trip Indochina memasuki negara Kemboja selepas melepasi sempadan Thailand dan Kemboja. Perjalanan diteruskan ke Siem Riep sebagai pit stop pertama di Kemboja. Battambang ke-2 dan Phnom Penh bandar ke-3 persinggahan.
Trip ke Siem Riep
Bandar ini amat terkenal di
kalangan pelancong asing seluruh dunia sebagai kota Angkor Wat. Rata-rata
pelancong kesini semata-mata kerana
Angkor Watt iaitu kota lama yang diiktiraf sebagai salah sebuah UNESCO World Heritage.
Tidak hairanlah dibandar ini banyak terdapat hotel-hotel besar
berbintang-bintang malah hostel budget juga mudah didapati disini.
Dari Bangkok selepas melepasi
imigresen Thailand dan Kemboja, perjalanan untuk ke Siem Riep akan mengambil masa
lebih kurang 4- jam. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan
pemandangan yang jauh berbeza semasa di Thailand. Di Kemboja dapat dilihat
keadaan rumah-rumah rakyat Kemboja diperbuat daripada kayu, kecil, buruk dan
ada yang kelihatan sangat daif.
Banyak tanah-tanah yang hanya
dibiarkan kosong tanpa diusahakan dengan tanaman. Keadaan ini yang menjadikan
Kemboja sangat miskin di kalangan negara Asia lain. Mereka tidak ada inisiatif
untuk membangunkan kawasan pedalaman dengan sector pertanian. Akibatnya rakyat
mereka hidup miskin dan merana dengan kesempitan hidup ditambah kesukaran
mendapatkan pekerjaan. Pekerjaan di Kemboja rata-rata ramai yang membawa
tuk-tuk. Hanya itu sahaja peluang pekerjaan yang banyak tersedia dengan
kemasukan pelancong asing ke Siem Riep.
Di Kemboja, mereka menggunakan
matawang USD dan juga Khemer Riel. Penggunaan USD diterima secara meluas
disini. Inilah yang menjadikan melancong ke sini agak mahal kerana rata-rata
barangan atau tiket masuk ke Angkor Wang ditetapkan mengikut kadar USD.
Jangan keliru, jika anda
diberhentikan di stesen bas yang tidak menyerupai stesen bas dan ianya terletak
bukan di Old Town seperti yang dinyatakan semasa membeli tiket. Perhentian bas
ini tidak lebih seperti garaj bas. Selepas turun daripada bas, terdapat banyak
(lebih kurang 5 buah) tuk tuk yang siap menunggu untuk dibargain bagi membawa
anda ke destinasi sebenarnya iaitu Old Town.
Untuk ke kawasan Old Town dimana
terdapatnya banyak kedai-kedai dan hotel agak memakan masa. Serasanya lebih
kurang 20 minit menggunakan tuk-tuk. Memang tidak ada jalan melainkan perlu
mengambil tuk-tuk sama ada berkongsi dengan 2 atau 3 orang atau perlu berjalan
keluar dari lorong tersebut ke jalan besar, dan ambik tuk-tuk di situ. Tidak
perlu menyeberang jalan.
Baca tentang Aranyaprathet, pusat bunde terbesar di sini. Tips hostel backpacker di Siem Riep baca sini.
Buat photobook murah dan dapatkan harga diskaun di sini.
Baca tentang Aranyaprathet, pusat bunde terbesar di sini. Tips hostel backpacker di Siem Riep baca sini.
Buat photobook murah dan dapatkan harga diskaun di sini.
Informasi yang sangat bermanfaat, 4 Film Motivasi Suskses buat yang para pembisnis pemula yang membutuhkan inspirasi
BalasPadam