Disini penggunaan plug adalah dua pin pipih yang sama sekali tidak sama dengan plug pin di Malaysia. Jadi, bawa bersama travel plug adapter.
Waktu di Thailand awal sejam berbanding Malaysia. Ini bermakna jika Thailand pukul 9 malam, waktu di Malaysia ialah 10 malam. Selaraskan jam anda sebaik memasuki Thailand bagi mengelakkan anda terlewat yang menyebabkan anda terlepas menaiki flight atau train.
Tidak banyak tandas di setiap tempat tumpuan pelancongan. Lebih baik untuk kencing siap-siap di hotel dan rancang makanan supaya tidak mengalami cirit-birit.
Jika beratur pastikan sentiasa di sebelah kanan dan bukan kiri seperti kebiasannya di Malaysia.
Rancang perjalanan untuk ke mana-mana destinasi. Sebaiknya beli Rabbit Card (ala ala Touch n Go) untuk naik BTS dia jika anda jenis naik BTS tegar. Jika tidak, anda perlu beratur panjang dan sediakan duit syiling setiap kali hendak membeli tiket BTS. Mesin tiket BTS sangat tidak efisyen. Top up kad rabbit card secukupnya kerana baki kad tidak boleh dipulangkan.
Pengangkutan awam paling murah dan berbaloi adalah ARL, BTS dan juga MRT. Tambang tuk-tuk lebih mahal dan penggunaan taxi atau grab akan menempuh kesesakan jalan raya. Baca lagi di sini.
Sim kad di Thailand sangat murah dan internet yang sangat laju. Dengan harga 290 bath untuk 3Gb cukup untuk update media social, mencari info, guna untuk google maps dan juga Grab.
Lihat pakej tour murah di Bangkok sini atau sini.
Baca sini tips elak scammer di sempadan Thailand-Kemboja. Lokasi makanan halal di Bangkok, baca sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan