Mengetahui sistem pengangkutan awam di Bangkok dapat membantu anda merangka dan merancang perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain dan memilih pilihan pengangkutan yang paling mudah, jimat dan efisyen. Bangkok seperti bandar besar lain di rantau ini mempunyai sistem pengangkutan train terbaik seperti juga di Malaysia. Pilihan pengangkutan di Kota Bangkok lebih banyak kerana disini adanya pengangkutan air iaitu bot dan ferry untuk menghubungkan satu pekan ke pekan yang lain. selain itu, teksi bermotor dan tuk-tuk motor beroda tiga antara pengangkutan yang perlu dicuba disini. Disini dijelaskan mengenai sistem pengangkutan awam di Kota Bangkok yang perlu anda tahu.
1) 3 jenis keretapi di
Thailand dengan route yang berbeza iaitu:
a) BTS (Skytrain) seperti LRT di Malaysia
b) MRT (Subway)
c) ARL (Airport Rail Link) seperti ERL di Malaysia
b) MRT (Subway)
c) ARL (Airport Rail Link) seperti ERL di Malaysia
2)Ada 2 airport utama di
Bangkok iaitu:
a) Dong Mueng airport
b) Survanabumi airport
3) Pengangkutan boat - ada 2 route utama iaitu
a) Chao Phraya Express Boat - banyak bangunan menarik di sepanjang sungai Chao Pharaya ni seperti Wat Arun, Grand Palace, Asiatique dll. Boleh river cruise untuk tengok sunset atau sunrise
b) Saen Saep Express Boat - bot ni pulak lalu belakang2 rumah orang menyusuri
canal (longkang besar). Bagus sebab boleh elak trafik jem dan murah.
4) Bas stesen dikenali sebagai
Mo Chit iaitu terminal bas terbesar yang menghubungkan pengangkutan bas untuk ke negeri-negeri lain di Thailand dan juga untuk mengambil bas ke Kemboja. Satu lagi stesen bas ialah Sai Tai Mai.
5) Stesen keretapi utama ialah
Hua Lamphong. Stesen ini bergerak keInilah stesen terakhir keretapi dari Hatyai ke Bangkok.
6) Dari airport Dong Mueng, Bangkok
ambik bas no 504 dengan bayaran 20 bath dan turun betul-betul di area Pratunam
Bangkok.
7) Pengangkutan BTS sangat
efektif dengan keadaan train yang bersih, laju dan amat selesa. Tetapi pada
waktu peak hour iaitu pagi keadaan dalam train sangat pack tetapi pengangkutan
BTS sangat mudah untuk ke mana-mana shopping mall kerana ianya bersambung terus
dengan mall.
8) Rancang perjalanan untuk ke mana-mana destinasi. Sebaiknya beli Rabbit
Card (ala ala Touch n Go) untuk naik BTS, jika anda jenis naik BTS tegar. Jika
tidak, anda perlu beratur panjang dan sediakan duit syiling setiap kali hendak
membeli tiket BTS. Mesin tiket BTS sangat tidak efisyen. Top up kad rabbit card
secukupnya kerana baki kad tidak boleh dipulangkan.
9) Pengangkutan awam paling murah dan berbaloi adalah ARL, BTS dan
juga MRT. Tambang tuk-tuk lebih mahal dan penggunaan taxi atau grab akan
menempuh kesesakan jalan raya.
Lokasi night market klik sini. Panduan hotel murah baca sini.
Lokasi night market klik sini. Panduan hotel murah baca sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan