Khoasan Road terkenal dengan
penginapan backpackers. Tempat ini merupakan kegemaran para backpackers mat
salleh yang tinggal disini memandangkan waktu malam tempat ini sangat happening
dan meriah dengan pasar malam dan aktiviti hiburan untuk golongan bukan muslim.
Terdapat banyak hostel-hostel murah
di sekitarnya. Untuk ke Khoasan Road
jika dari Hua Lamphong stesen, keluar ikut exit 4, jalan dalam 100 meter dan
naik bus no 53 tambang dalam 20 bath. Apa yang menariknya disini ialah tempat
ini sangat dekat dengan tempat-tempat pelancongan di Bangkok.
1) Grand Palace
Khoasan Road sangat dekat dengan Grand Palace, kediaman rasmi raja Thailand yang
boleh dimasuki dengan bayaran tiket sebanyak 500 Bath. BTS Saphan Taksin adalah
yang terdekat jika ingin ke sini menggunakan keretapi.
2) Muzium
Di Bangkok terdapat banyak muzium
yang dibina untuk menyimpan koleksi tertentu. . Sekiranya anda pencinta sejarah
tentunya muzium merupakan tempat yang mesti dikunjungi jika berkunjung ke Negara
orang. Di area berdekatan Khoasan Road terdapat beberapa muzium iaitu Muzium Coin,
National Museum, Theather Museum.
3) Jetty
Berdekatan dengan Grand Palace,
sekiranya berkunjung ke Grand Palace adalah sangat rugi jika tidak menaiki feri
menyeberangi sungai Chao Phraya. Tambang feri juga murah dan tidak perlu
menunggu lama. Tidak perlu mengambil pakej tour river cruise kerana ianya
sangat mahal. Anda boleh berjalan sendiri kerana ianya sangat mudah dan tambang
boat jauh lebih murah.
4) Makanan
halal mudah didapati
Disini terdapat masjid Chakrapong berhampiran dengan Khaosan Road. Jadi sangat mudah bagi pelancong muslim untuk
menikmati makanan Thailand. Disekitar masjid ini terdapat kedai makan yang
menjual makanan halal.
Booking hostel online sini atau Traveloka lebih selamat untuk mengelakkan hostel penuh terutamanya ketika perayaan di Bangkok.
Baca tentang night market happening di Bangkok sini. Ketahui cara ke pusat bundle terbesar di Asia klik.
Booking hostel online sini atau Traveloka lebih selamat untuk mengelakkan hostel penuh terutamanya ketika perayaan di Bangkok.
Baca tentang night market happening di Bangkok sini. Ketahui cara ke pusat bundle terbesar di Asia klik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan