Keretapi Sungai Kolok ke Hatyai
Sebaik tiba di Stesen Keretapi Sungai Kolok, bagi rakyat Thailand untuk keretapi kelas ketiga ianya adalah percuma. Tetapi bagi rakyat Malaysia, tiket diperlukan dengan bayaran sebanyak 42 Bath. Sebelum ketibaan keretapi dapat dilihat petugas stesen (mungkin juga polis Thailand) memulakan rutin harian mereka sebelum bekerja dengan menaikan bendera Thailand diiringi lagu Negara Thailand.
Disini, banyak menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan. Bagi rakyat Kelantan tentunya satu kelebihan kerana dapat memahami dengan mudah percakapan masyarakat setempat. Keretapi hanya akan dinaiki menuju ke hatyai, akan melalui banyak (terlalu banyak) stesen-setesen kecik. Justeru, bagi perjalanan dari pukul 10 pagi (waktu Thailand) akan sampai hatyai lebih kurang pukul (3 petang).
Namun, walaupun perjalaan adalah panjang tetapi tidak perlu risau soal lapar ketika dalam perjalanan. Di sepanjang perjalanan, terdapat ramai yang akan menaiki keretapi semata-mata untuk berjualan. Banyak makanan seperti nasi, air, jajan (kerepok) dijual dalam keretapi dengan harga yang agak murah.
Keretapi ini juga akan membuat persingahan di patani. Bagi yang ingin menuju ke Patani boleh menggunakan keretapi. Ianya lebih mudah dan murah berbanding menggunakan bas. Rata-rata yang menggunakan perkhidmatan keretapi adalah rakyat muslim Thailand. Dapat dilihat, perempuan bertudung malah ada yang memakai jilbab manakala bagi lelaki boleh dilihat ada yang mengenakan jubah.
Ini tidaklah menghairankan memandangkan di daerah Patani terkenal dengan pengajian pondok. Terdapat ramai rakyat muslim Thailand yang masih meneruskan pengajian agama dengan belajar di madrasah menggunakan kitab-kitab lama sebagai rujukan pengajian.
Catatan perjalanan sebelumnya klik sini. Seterusnya perkongsian panduan hotel di Hatyai baca sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan