Urusan Imigresen Rantau Panjang-Sungai Kolok/ Sempadan Malaysia- Thailand
Sempadan Malaysia-Thailand ialah Rantau Panjang di sebelah Kelantan, Malaysia dan Thailand ialah Sungai Kolok. Jika menggunakan bas,
minta driver bas turunkan di bus stop sebelum bangunan imigresen. Tidak perlu
turun ke hentian akhir Rantau Panjang (perlu berpatah balik dan berjalan jauh).
Dari bus stop tersebut akan kelihatan bangunan imigresen dan teruskan masuk serta
beratur bagi menyelesaikan urusan cop passport. Dari bangunan Imigresen Rantau
Panjang ke Imigresen Sungai Kolok boleh dikatakan agak jauh. Jika ingin
mengambil tuk-tuk atau menggunakan pembonceng motosikal dinasihatkan untuk
bargain harga sampai ke Stesen Keretapi Sungai Kolok.
Di Imigresen Sungai Kolok, seperti biasa
perlu mengisi visa on arrival yang diberikan secara percuma. Rakyat Malaysia
boleh memasuki Thailand tanpa dikenakan visa. Disini, terdapat bilik khas
yang menyediakan perkhidmatan mengisi white card dengan dikenakan cas. Tetap,
tidak perlu berhabis duit mengupah orang mengisi borang voa memandangkan ianya
sangat mudah untuk diisi.
Baca catatan sebelumnya klik sini. Catatan seterusnya baca sini.
Baca catatan sebelumnya klik sini. Catatan seterusnya baca sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan