Lokasi hotel murah dan mudah di Hatyai
Hatyai Hotel tidak susah bagi orang yang biasa datang ke Hatyai. Hatyai bagi penduduk Kedah dan Perlis mungkin tidak asing bagi mereka. Dengan hanya jarak yang tidak sampai setengah dari pekan Danok, mereka yang berada di utara semestinya tidak melepaskan peluang hujung minggu dan cuti umum untuk menghabiskan masa di Hatyai. Mereka tentunya tidak menghadapi masalah untuk memilih hotel yang selesa dan harga yang berpatutan. Tetapi bagi yang tidak biasa dan belum pernah sampai di Hatyai, tentunya akan sangat mengusarkan fikiran.Bagi yang ingin mencari hotel, adalah lebih baik untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan Lee Plaza iaitu kawasan tumpuan utama di Hatyai. Penginapan di Area Lee Plaza merupakan kawasan penginapan yang popular dan sering menjadi pilihan pelancong untuk menginap. Berdekatan dengan kawasan ini adalah tempat membeli belah dan juga pasar malam pada hujung minggu. Hotel berbintang dan tidak berbintang sangat banyak di kawasan ini dan menawarkan pilihan harga yang berbaloi. Cari hostel murah di sini.
Jika sampai ke Hatyai menggunakan keretapi, Stesen keretapi ini juga turut mempunyai hotel iaitu The Train Hotel yang terletak di pintu masuk ke stesen ini. Adalah lebih senang dan mudah untuk bergerak ke mana-mana jika menginap di sini kerana berhadapan dengan stesen ini adalah stesen teksi dan juga tuk-tuk. Pilihan pengangkutan dan makanan serta penginapan sangat mudah di kawasan ini. Mencari photobook murah klik sini.
Baca perkongsian sebelumnya baca sini. Lokasi makanan halal di Hatyai klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan