Hatyai ke Bangkok boleh menggunakan keretapi. Untuk ke Bangkok adalah lebih mudah dengan menggunakan train. Ini kerana, stesen keretapi sangat dekat dengan Lee Garden dan boleh dituju dengan hanya berjalan kaki. Stesen Keretapi Hatyai juga terdapat hotel di dalamnya. Bagi yang tercari-cari atau malas untuk mengooggle hotel di Hatyai, boleh menempah hotel ini yang hanya terletak di luar pintu keluar dan masuk ke Stesen Keretapi Hatyai.
Bagi mendapatkan tiket perjalanan ke Bangkok, adalah lebih mudah menempah secara online, tetapi jika tidak rushing dan tidak terikat dengan masa lebih baik membeli di kaunter. Tiket perlu dibeli awal bagi mengelakkan kehabisan terutamanya ketika musim cuti di Malaysia ataupun jika adanya festival di Hatyai. Terlalu ramai rakyat Malaysia yang akan mengambil kesempatan cuti-cuti Thailand sekalipun sekadar ke Hatyai bagi mengisi masa cuti mereka.
Bagi membeli tiket secara online sila rujuk Klik sini Sekiranya membeli di kaunter, dinasihatkan untuk membuat terjemahan kepada bahasa Thailand maklumat perjalanan seperti tarikh, masa, dan kelas keretapi. Ini kerana, ketika hendak membeli tiket ke Bangkok, saya menghadapi masalah komunikasi disebabkan penjaga kaunter tidak faham Bahasa Inggeris dan gagal memahami Bahasa Melayu.
Tiket keretapi kelas ketiga adalah lebih murah, namun terpaksa berhadapan dengan keadaan kerusi yang tidak selesa. Adalah dinasihatkan untuk mencuba coach sleeper seat yang tentunya satu pengalaman baru menaiki keretapi yang tempat duduknya akan diubah menjadi katil apabila malam. Tersangat berbeza dengan keadaan train di Malaysia yang old school.
Baca perkongsian tentang Hatyai klik sini. Ketahui tentang penginapan backpacker di Bangkok baca di sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan