Chatuchak Weekend Market adalah pasar malam terbesar di Bangkok yang
diadakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jika ke Bangkok tidak sah jika tidak ke sini. Tempat ini
merupakan tempat yang wajib dikunjungi dengan lebih 8000 gerai yang menjual pelbagai jenis barang dan merupakan market terbesar di Thailand untuk membeli belah. orang tempatan disini mengelarnya sebagai JJ Market atau Jatuchak Market. Pengangkutan untuk kesini lebih mudah dengan menggunakan MRT dan juga BTS.
1) Turun di MRT Kampheng Phet,exit dia
betul-betul dalam Chatucak Market
di tempat orang jual coconut ice cream
dan teh tarik.
2) Kalau turun kat Mo Chit BTS (maybe sbb nampak exchange to
MRT Chatuchak Park), perlu jalan kaki menghala ke Chatuchak Park. Taman ini
bersebelah dengan kawasan pasar malam Chatuchak.
3) Berhampiran Chatuchak Weekend Market, terdapat Chatuchak
Flea Market yang menjual barang-barang antik dan pelik. Keadaan di pasar ini
lebih tenang dan tidak ramai orang. Untuk ke sini, keluar ikut toilet yang ada
jual buku-buku dan cross jalan belakang Chatuchak.
4) Peta Chatuchak
weekend market boleh ambil free je kat information kaunter di antara
entrance 3 dan 2. Info kaunter ada kat tepi jalan berhampiran tandas di antara
section 5 dan 6.
5) Kedai makan muslim berada di Clock Tower. Salah satu kedai
nama Saman Islam dan beberapa lagi kedai makan halal di sekitar pasar tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan