Bangkok
memang terkenal dengan syurga membeli belah, siang malam ade je tempat nak
melabur wang.
Lokasi stesen train untuk turun di tempat shopping
1)
Pratunam market
Tidak jauh dari platinum mall dan central world dan boleh
berjalan kaki sahaja. Mall ini dibuka dari pagi hingga malam.Tempat ni sangat best untuk membeli
blouse yang cantik-cantik dengan harga murah. Untuk mencari makanan halal di
kawasan ini terdapat banyak restoran Arab di sekitar Baiyoke Sky Hotel.
2)
MBK
Untuk ke sini turun di BTS National
Stadium. Boleh berjalan kaki dari Siam Mall. Terdapat pelbagai jenis barangan
di jual disini. Kedai disini tidak sebanyak di Chatuchak Market tetapi disini
tidak perlu risau tentang panas kerana ianya dilengkapi dengan aircond. Disini
terdapat food court halal dan Yana Restoran terletak di tingkat 5.
3)
Siam Mall
Siam
Paragon, Siam Center berada di BTS Siam. Siam Paragon umpama Pavillion Kl, barang mahal kebiasaannya untuk orang kelas kenamaan shopping. Berdekatannya adalah Siam Discovery, dan dari sini boleh berjalan kaki ke Madame Tussauds Bangkok.
4)
Terminal 21
Shopping kompleks ini berkonsepkan mall yang mempunyai tema bandaraya di setiap tingkat. Ada Istanbul, Tokyo, San Fransisco dan macam-macam lagi. Malah toilet pun turut dideko mengikut tema bandaraya tersebut. Untuk ke sini berhenti di BTS Asok atau MRT Sukhumvit. Untuk makan di food court level 5 Pier 21, nama kedai tu Bismillah. Menunya ialah nasi berlauk. Sini juga famous dengan pulut mangga dan fruit smoothies dengan harga agak murah.

5)
Platinum Mall
BTS terdekat untuk ke sini ialah
stesen Ratchathewi dan perlu berjalan kaki dalam 15 minit. Mall ini ala-ala Kenanga
Wholesale, boleh dapat harga borong jika beli banyak. Night market disini agak
special kerana menyediakan barang-barang cenderahati seperti casing handphone,
keychain dan lain-lain custom made yang akan dibuat berdepan dengan pelanggan
tetapi harganya tentulah agak mahal.
6)
Asiatique
Pasar malam moden mempunyai 2000 gerai di tepi sungai Chao Phraya. Harga barang mahal sedikit tapi barang lebih rare dan classy dari tempat lain. Tempat pun cantik, boleh bergambar atau cuba naik ferris wheel.
Seberang jalan Asiatique ini ada halal food court sebelah dengan masjid. Atau dalam Asiatique tu dekat dengan clock tower ada jual kebab. Untuk ke sini dari BTS Saphan Taksin, kemudian jalan kaki ke Chao Phraya Express Dari Sathorn Pier naik bot Asiatique (foc).

7)
Sampeng market
Lubuk kain cotton bagi peminat kain dan pemakai kain cotton.
Disini boleh dibeli dengan harga borong yang jauh lebih murah. Tetapi belian runcit
juga dijual tetapi harga sedikit mahal antara 10-20 bath. Jika dimalaysia ianya
pasar ini seperti GM Klang atau Jalan TAR. Ianya dibuka seawall 8 pagi hingga 6
petang. Pastikan anda merancang jadual perjalanan anda jika ke sini dan
memperuntukkan sehari suntuk disini. Terdapat masjid yang berdekatan dengan
tempat ini iaitu Luang Kocha Itasahak Mosque
8)
Chatucak Weekend Market
Untuk kesini BTS Mo Chit atau MRT Chatucak Park. Market yang paling besar di Thailand mempunyai 27 seksyen menempatkan 8,000 gerai jualan.Terdapat pelbagai jenis barangan dijual disini seperti beg, tshirt, cenderahati, makanan, barangan kraftangan dan lain-lain.

9)
Aranpayphet
Terletak di
sempadan Thailand dan Kemboja merupakan pusat bundle pengeksport ke dua
terbesar didunia dan disini dapat ditemukan barang-barang original yang lari
dari cukai sempadan. Banyak dijual kasut, cadar, beg,anak patung dan lain-lain.
Disini ialah syurga bundle bagi kaki bundle.
Klik sini untuk ke Maeklong Railway Station. Tips elak scammer ketika overland ke Kemboja baca sini.
Klik sini untuk ke Maeklong Railway Station. Tips elak scammer ketika overland ke Kemboja baca sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan