Info melancong di Siem Riep baca sini. Lebih banyak info tentang Phnom Penh sini.
DISQUS SHORTNAME
Rabu, 4 April 2018
Perjalanan ke Battambang dari Siem Riep: Tip dan panduan untuk melancong ke Battambang
Tip dan panduan untuk mereka yang bercadang melancong ke Battambang. Batambang agak kurang dikenali dikalangan
backpackers. Tetapi disinilah letaknya Bamboo Train satu-satunya keretapi yang
diperbuat daripada buluh tetapi digerakkan oleh enjin di dunia. Tetapi,
janganlah salah sangka ianya keretapi seperti yang anda difikirkan. Bamboo
train tidak lebih sekadar buluh yang dijadikan seperti hamparan buluh tetapi
bergerak di sepanjang landasan keretapi.
Kedudukan Battambang lebih dekat dengan Bangkok
berbanding Siem Riep. Ini mengikut maklumat yang diperoleh daripada penduduk
disitu. Bandar ini lebih aman dan sunyi daripada pelancong. Tidak banyak kelihatan
pelancong berbanding di Siem Riep. Harga hotel juga lebih murah. Ga Penginapan
untuk dorm boleh dapat dengan harga serendah USD 3 semalam manakala dengan
harga USD 5 anda boleh menginap di bilik dengan katil jenis queen bersama
kelengkapan tv, aircond dan tandas di dalam. Tersangat murah dan berbaloi untuk
ke sini jika ingin lari dari kesibukan kota dan bangunan pencakar dan kurang
tumpuan pelancong.
Sewa basikal disini sangat murah dengan harga kurang
USD 2 untuk sehari sewa. Tetapi anda perlu meninggalkan passport semasa menyewa
dan akan dipulangkan apabila anda memulangkan basikal. Mereka akan memastikan
keadaan tayar dan basikal dalam keadaan baik sebeum menyerahkan basikal
tersebut untuk digunakan. Untuk meneroka sekitar Batambang dan pergi ke Bambo
Train boleh sewa basikal dan bergerak sendiri. Ianya tidak begitu jauh dari
pekan dan masih lagi boleh pergi dengan menunggang basikal.
Di Batambang pekan ini ibarat pekan mati apabila
waktu malam. Kedai akan tutup awal dan disini tidak ada shopping mall untuk
dikunjungi. Untuk kesini boleh melaui beberapa cara sama ada menggunakan
pengangkutan udara, air atau darat.
1) Jika ingin kesini melalui udara, lapangan terbang
yang terdekat adalah di Siem Riep. Daripada Siem Riep boleh menggunakan bas
yang hanya memakan masa selama 2-3 jam
2) Jika daripada Siem Riep atau hendak ke Siem Riep
melalui jalan air, terdapat bot yang mengerak melalui Tasik Tonle Sap untuk ke
dua-dua destinasi. Tetapi tambang bot agak mahal berbanding bas.
3) Jika dari Siem Riep atau Bangkok terdapat direct
bas yang akan berhenti di Batambong.
Makanan halal bagi muslim agak sukar didapati di
sekitar bandar melainkan anda mengunjung perkampungan muslim yang terletak
tidak jauh dari bandar dalam 10 km. Untuk ke perkampungan tersebut perlu
menggunakan teksi atau jika larat berbasikal. Tetapi masih terdapat gerai
makanan halal di sekitar pekan Batambang iaitu berhampiran dengan tepian
sungai. Ada gerai-gerai makanan halal berhampiran tepian sungai itu. Di luar
kawasan pasar ada makanan halal yang dijual oleh orang muslim tetapi disebabkan
mereka tidak bertudung maka sukar untuk mengenalpasti diri mereka.
Info melancong di Siem Riep baca sini. Lebih banyak info tentang Phnom Penh sini.
Info melancong di Siem Riep baca sini. Lebih banyak info tentang Phnom Penh sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari
Like Us
Tabs
Hot in weekRecentComments
Hot in week
-
KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award. Immigratio...
-
Di sesetangah negara, sektor pelancongan merupakan sector utama menjana pendapatan negara. Thailand antara negara yang betul-betul memfokus...
-
XIFU Naser telah mengulas tentang penggunaan colok oleh Cina Muslim dalam ruangannya minggu lepas. Ia lanjutan penularan video yang menunju...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan