Fasa 3 Trip Indochina: Overland Kemboja ke Vietnam
Overland dari Kemboja ke Vietnam memasuki bandar yang paling banyak melakukan perhentian iaitu HCMC, Mui Ne, Dalat, Hoi An, Danang dan Hanoi sebelum meneruskan memasuki sempadan China.
Overland dari Kemboja ke Vietnam memasuki bandar yang paling banyak melakukan perhentian iaitu HCMC, Mui Ne, Dalat, Hoi An, Danang dan Hanoi sebelum meneruskan memasuki sempadan China.
Tiket bas boleh di tempah
melalui pihak hostel atau membeli sendiri dengan survey di kedai-kedai tour
yang banyak terdapat di sekitar kawasan belakang Royal Palace. Pastikan anda
membeli tiket yang menyediakan khidmat pick up dari hostel ke stesen bas.
Perjalanan ke stesen bas mengambil masa agak lama dengan tempatnya yang agak
jauh ditambah dengan kesesakan bandar Phnom Penh.
Tiket boleh dibeli sama ada
untuk perjalanan siang atau malam. Perjalanan ke Phnom Penh akan mengambil masa
antara 7 jam. Jika bertolak dari Phnom Penh pagi akan sampai di border
dalam tengah hari dan sampai di Ho Chi Minh
City menjelang petang dalam pukul 4 petang. Di sempadan Kemboja ialah
Bavet terletak di Svay Rieng Province manakala sempadan Vietnam ialah Moc Bai
di Tay Ninh Province.
Phnom Penh hanya perlu
mengikuti prosedur biasa imigresen seperti di negara lain. Memasuki sempadan
Vietnam akan banyak kelihatan motosikal bertebaran diatas jalan-jalan di
Vietnam. Disini juga pencemaran bunyi berlaku dengan kenderaan yang saling
membunyikan hon antara satu sama lain.
Sebaik sampai di Vietnam, bas
akan berhentikan anda di kawasan yang tidak seperti stesen bas. Ianya tidak
ubah seperti tempat di hadapan kedai-kedai. Untuk bergerak ke tempat penginapan
adalah lebih baik anda mengambil teksi, tuk tuk atau grab car.
Baca sini info tentang Bangkok. Klik sini untuk catatan seterusnya.
Baca sini info tentang Bangkok. Klik sini untuk catatan seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan