Panduan penting ini akan membantu memudahkan anda ketika melancong ke Kemboja.
1) Negara Kemboja
1) Negara Kemboja
Rakyat Kemboja mempunyai bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Khmer dan warga Kemboja turut dikenali sebagai orang Khmer. Justeru, bahasa akan menjadi halangan untuk anda berkomunikasi disini. Kemboja antara negara yang mempunyai raja sebagai pemerintah atasan selain daripada Perdana Menteri sebagai Ketua Negara sama seperti sistem yang diamalkan di Malaysia kecuali Yang Dipertuan Agung akan dilantik setiap 5 tahun sekali mengikut penggiliran kuasa raja-raja tanah Melayu.
2) Penggunaan mata wang
Mereka menggunakan mata wang USD dan
juga riel dengan meluas. Untuk kesini tukar RM ke USD dan apabila sampai
airport atau di bandar cari money changer untuk tukar USD ke Riel. Riel masih
diperlukan untuk beli air mineral atau tambang tuk-tuk. Tukaran USD ke Riel
biasanya 1 USD=4000 Riel.
3) Plug elektrik
Plug elektrik disana berbeza dengan
lubang plug Malaysia. Pastikan membawa travel adapter untuk mengecas phone dan
juga powerbank. Bersedia dengan plug Kemboja jika ke Kemboja.
4) Pengangkutan
Perkhidmatan tuk-tuk banyak disana.
Boleh dikatakan tuk-tuk merupakan pengangkutan utama di sana. Hanya perlu tahan
dan bargain harga. Anda harus berhati-hati jika menaiki tuk-tuk supaya tidak menjadi mangsa scammer tuk-tuk.
5) Sleeper bas
Jika anda mengambil bas untuk perjalanan jarak jauh pada waktu malam, anda akan menaiki sleeper bas yang amat
rare dan tidak pernah dilihat di Malaysia. Patut dicuba untuk merasai pengalaman sleeper bas ini sekali seumur hidup.
Info berkaitan Siem Riep klik sini. Baca sini info makanan halal di Phnom Penh
Info berkaitan Siem Riep klik sini. Baca sini info makanan halal di Phnom Penh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan