Bercuti di Danang
Bagi yang sukakan pantai, bolehla mencari penginapan
yang berhampiran dengan pantai Danang. Pantai ini sangat meriah dengan orang
ramai yang berkunjung ke sini untuk mandi manda dan bersantai. Jika di
Malaysia, pantai di sana biasanya meriah pada waktu petang tetapi disini, pada
waktu pagi orang tersangat laa ramai. Mereka kesini seawal 6 pagi dan akan mulai
lengang sekitar pukul 8 pagi. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh warga tempatan sama
ada berjemur, melakukan senaman Tai Chi, atau mandi manda.
Jika anda mempunyai masa terhad tetapi masih ingin menjejakkan kaki ke sini, bergerak dengan tour lebih menjimatkan masa. Check pakej tour di Danang di sini. Terdapat trip satu hari yang boleh diikuti untuk melawat tempat menarik dalam masa satu hari yang berbaloi dengan wang dan masa anda. Buat tempahan di sini.
Perjalanan Danang ke Hanoi
Untuk membeli tiket bas ke Hanoi, anda perlu
membelinya di pejabat bas Futabus atau The Singh Bas. Pembelian tiket juga
boleh ditempah melalui pihak hostel. Perjalanan memakan masa lebih 8 jam dan
sebaiknya mengambi bas pada waktu malam dan sampai di Hanoi keesokan paginya.
Ini akan menjimatkan kos penginapan anda. Jika anda membeli sendiri di pejabat Futabus anda perlu menunggu di lobi pejabat tersebut dan akan ada pick up van
yang akan mengambil anda menuju ke stesen bas Danang dimana bas bertolak. Terdapat
sesetengah yang mana syarikat bas tidak menyediakan perkhidmatan pick up di
hostel terutamanya bagi hostel yang jauh. Anda perlu menunggu di lobi pejabat bas
atau hadir sendiri ke stesen bas Danang. Pembelian tiket boleh ditempah melalui pihak hostel.
Baca info tentang Hoi An disini. Catatan tentang Hanoi klik sini.
Baca info tentang Hoi An disini. Catatan tentang Hanoi klik sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan