Hanya ada 4 aktiviti utama yang menarik untuk dilakukan di Mui Ne. Pastikan anda ke tempat menarik ini sebelum meninggalkan bumi Mui Ne. Tarikan utama di Mui Ne ialah gurun pasir halus
seolah-olah berada di gurun sahara. Dengan bajet yang rendah hanya di Vietnam
anda dapat merasai pengalaman bermain di bukit pasir yang sejauh mata
memandang. Tidak hanya itu, di Mui Ne banyak tempat menarik yang semestinya
sangat berbaloi untuk anda bercuti di sini. Dalam satu tempat segalanya ada
disini pantai yang cantik, bukit pasir yang indah, perkampungan nelayan yang
menarik dan bukit stream yang memukau pandangan mata.
Untuk mencari pakej tour murah di Mui Ne klik sini.
Perkongsian sebelumnya klik sini. Tips ke Dalat baca sini.
1) White
sand dunes
Sejauh mata memandang melihat
pemandangan bukit pasir yang tersangat luas dengan pasir putih haus dan gebu.
Perlu sewa jeep untuk mendaki ke atas bukit yang sangat meletihkan dan tidak
mampu mendaki sampai ke atas disebabkan kekangan masa yang diberikan oleh pihak
tour yang memperuntukan masa lebih kurang sejam sahaja disini.
2) Red
sand dunes
Disini bukit pasirnya kelihatan
kemerahan dan lebih kecik, tidak seindah
white sand dunes. Butiran pasirnya juga lebih kasar dan basah dan sangat
crowded dengan budak-budak yang menawarkan sewa papan gelongsor untuk sliding.
3) Fairy steam
Fairy stream ini adalah sebuah sungai yang melalui sebuah sand dunes yang mana setelah bertahun-tahun ia mencipta sebuah landskap jujuran tebing pasir yang membentuk bentuk-bentuk pelik seakan-akan batu-batu di Cappadocia di Turki.
4) Fishing
village
Sebuah perkampungan nelayan yang
mana para nelayan menambat bot-bot mereka di laut lepas. Bentuk bot yang
digunakan oleh para nelayan disini berbeza dengan tempat melayan. Dengan bot
yang berbentuk bulat dan variasi pelbagai jenis warna bot menjadikan tempat ini
sangat menarik dan berbeza dari perkampungan nelayan yang lain.
Untuk mencari pakej tour murah di Mui Ne klik sini.
Perkongsian sebelumnya klik sini. Tips ke Dalat baca sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan